Followers

Wednesday 24 August 2011

Tak Boleh

`ape pun tak boleh` - JAMBU Maharaja Lawak. heheh

hehe ni bukan nak cerita pasal kumpulan jambu tu... ni nak cerita pasal susu kambing..
plan asal nak minum susu kambing 2 kali sehari.
tapi, tak tahanlah, rasa panas dan tekak perit.
jadi, sekarang kena minum sekali sehari je, waktu pagi :)
dulu kakak stokis HR tu ada pesan, kalau minum 2 kali sehari rasa panas, tukar sekali sehari saja..
ok, jadi sekarang saya dah fahamlah, saya perlu minum sehari sekali saja ;)

Sunday 21 August 2011

Gembira Tetapi Sedih

Alhamdulillah,
setelah hampir 2 bulan lebih menunggu, akhirnya kunjung juga period ku.
bersyukur sangat, rasa dah lama tak rasa saat macam ni...
ingat nak solat isyak tadi, tengok2........ bendera merah...
itu berita gembira bagi orang yang period ting tong macam saya.
tapi... agak sedih, tak dapat nak berpuasa di akhir 10 ramadhan ini..
sayunya........
insyaAllah, amalan2 lain boleh buat dalam bulan yang penuh barakah ini.
teruskan juga berdoa, insyaAllah, moga Allah perkenankan :)
oh ya, saya berazam sebelum ini. jika saya period, saya nak amalkan minum susu kambing + kurma setiap pagi dan malam. sebelum ini hanya minum pada waktu pagi sahaja... insyaAllah dengan usaha ini Allah akan permudahkan :)))
baru saja lepas minum, sedap! :)

Sunday 14 August 2011

Cerita Berhabuk Ku

Aiyaaa.. lama tak jenguk blog!
Kesian blogku, hampir berhabuk. uhuk
Hari ni baru ada kekuatan nak update...

1. Hmm.... period ku masih tak mahu tunjuk muka... lewat dah 3 bulan :( last period masa awal bulan mei. sekarang dah bulan ogos. uhuk!

2. Jadi... disebabkan period masih degil nak keluar, saya start makan semula Maajun Anggun Bistari (MAB) masa 7 ogos, ahad. insyaAllah, mungkin awal raya period mai kot... ni botol kedua saya cuba. first time ambil masa bulan april, then saya period bulan mei tu.. -,-`

3. Perut dah 4 hari sakit2 macam senggugut, tapi on off... malam tadi terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut. tak tau la kalau kesan daripada mab.. kalau ikut pengalaman yang lepas, masa hari ke-15 makan baru rasa sakit perut senggugut macam nak period tu. sekarang ni pula, masa hari ke-5 makan dah rasa senggugut. haissh, tak tau la disebabkan MAB ke apa...

4. Harap dapat puasa penuh ramadhan kali ni... harap period datang awal syawal.. amin ^ ^

5. Berkenaan dengan upt hari tu - main cak2 kan... saya anggap mungkin -ve kot sebenarnya... rasanya, mungkin urine saya panas, then saya terus celup upt guardian tu, then terhasillah evaporation line. uhuk! walaupun, tak sampai seminit line kat T tu dah nampak tau :( apa boleh buat... upt tu menguji kesabaranku dan nak main teka-teki.. ok, kenapa saya kata macam tu, sebab... kebetulan saya simpan urine tu lama sikit sebab nak tunggu hubby dan tengok sama2 line tu naik. akhirnya... langsung takde keluar line kat T tu... tak puas hati, selang beberapa hari lepas tu saya cuba lagi. bagi masa lama sikit baru test, dan ya, -ve! so....maybe la sebab urine tu panas menghasilkan line!-evaporation line. sob2. tapi serius cakap, memang teruja la nampak `2 line` tu =P

7. Ok, saya baru seminggu pakai pantyliner AVAIL.. katanya bagus untuk macam2 masalah kaum wanita. period tak teratur, senggugut, ikhtiar anak etc.. saya suka pakai, berangin dan dibuat daripada campuran herba... bila saya pakai, sakit perut (yang saya ceritakan di atas) berkurangan bila pakai. siapa nak tau, boleh tanya encik google :)

6. Sempena bulan ramadhan yang penuh berkat ini, tidak putus2 saya berdoa agar dikurniakan zuriat + buat solat hajat... hati rasa lebih tenang :) terasa sungguh kelainan, susah hendak diungkapkan dengan kata2 ^ ^

Semoga saya dan rakan-rakan TTC yang lain mendapat  berita yang amat gembira selepas bulan ramadhan ini. AMIN! :)

* Orang yang bersabar akan mendapat rezeki yang tidak akan disangka-sangka, insyaAllah :) *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...