Followers

Sunday 30 October 2011

Baca, Fahami dan Fikirkan


    
    
    
    
    
    
    

    

Bila sampai bulan Zulhijjah, kita akan cakap pasal nak pergi haji, nak raya haji, tentang pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s. Saya pun nak cakap pasal pengorbanan gak lah. Boleh?
 
Ramai yang ada segalanya, tapi tiada pula penyeri rumahtangga - zuriat. Sebab tiada anak ni, ada suami-suami yang kurang sabar lalu ceraikan isteri. Ada yang sabar sikit, cari isteri lain lepas dapat keizinan. Ada juga yang tak sabar-sabar cari isteri lain bila tahu isteri tak hamil lagi selepas setahun dua kahwin. Bila lambat dapat anak ni, maklum sahajalah masyarakat kita, pasti ada kata-kata yang tak sedap didengar dari saudara-mara terdekat ataupun dari pendengki-pendengki setia.

Ayuh kita susuri sedikit kesabaran dua Nabi, Nabi Zakariyya a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Zakariyya a.s. juga impikan untuk mendapatkan zuriat tetapi isterinya mandul. Adakah Nabi Zakariyya a.s. tinggalkan isterinya itu? Tidak sekali-kali. Ceraikan? Tidak juga. Nabi Zakariyya a.s. bersabar, terima seadanya, malah layan isterinya dengan baik dengan kasih sayang dan kesetiaan. Pengorbanan yang mulia kan? Seorang Nabi yang Allah kurnia kelebihan, boleh sahaja kalau beliau hendak pilih perempuan lain untuk dijadikan isteri jika beliau mahu.

Bukti al-Quran: Firman Allah Surah Aali 'Imran (3):40 yang bermaksud:
Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
Demikian juga ceritanya dengan Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s. Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:
(Mendengarkan berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Nota:"Mereka" dalam firman Allah di atas ni adalah malaikat yg diutuskan untuk membinasakan kaum Luth ketika itu, singgah sebentar beri khabar gembira kepada Nabi Ibrahim a.s.

Pada umur Siti Sarah 90 tahun dan Nabi Ibrahim a.s. umurnya 100 tahun, barulah dapat zuriat. Jika tak silap saya, Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak a.s. dan Hajar (dari perkahwinan kedua) melahirkan Nabi Ismail a.s. Nabi Zakariyya a.s. pula mendapat Nabi Yahaya a.s. Adakah kedua-dua Nabi a.s. ini curang pada isteri-isterinya? Tidak. Mereka setia. Nabi Ibrahim a.s. dah tua barulah adanya pernikahan yang kedua.

Allah.. kuasa Allah kan? Berkat kesetiaan, kesabaran dan kasih sayang kerana Allah semata-mata. Ini semua adalah pengorbanan. Buah sabar akhirnya terbalas. Mudah bagi Allah segala-galanya. Yang penting, jangan putus asa. Bertabah jangan rebah. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat ke-9:


Setialah pada pasangan anda. Sabarlah. Allah bagi dapat hidup berpasangan pun dah cukup baik.

Bersyukurlah. Dapatkan zuriat itu sunnah. Setia juga sunnah. Setia pada yang halal.
 
Kredit kepada facebook : Jannati Baiti

Friday 28 October 2011

Sebulan Bersama EPO

beberapa hari lagi genaplah sebulan saya menelan epo. start makan masa 1 okt tempoh hari. perubahan ketara yang saya rasa adalah cervical mucus (cm) semakin nyata, sentiasa ada dan sudah tidak kering lagi! memang susah nak tengok cm sejak saya kahwin.. kering! saya ingat lagi, masa zaman belajar, setiap kali nak solat mesti saya tukar under***r, barulah yakin rasa bersih nak solat.. senang cerita memang ada la cm tu... cuma waktu tu, manalah faham sangat kan.. bila kenang2 balik, oh itulah cm.. zaman anak dara pun period cantik, tiap2 bulan ada..tapi sekarang...huwaaaa... saya pun tak faham..... cik p pun tak muncul lagi.... dah sebulan makan epo ni, nak tunggu berapa lama lagilah agaknya.. (@-@)

Tuesday 25 October 2011

Janin Hidup - Allah Maha Berkehendak Terhadap Sesuatu

JANIN HIDUP

 

Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat di atas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.


Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?


Terlintas di fikiran begitulah rupanya janin 15 minggu yang sanggup sesetengah orang gugurkan. Sudah bernyawa!


Kredit penuh kepada : http://ohmedia.fm/oh-janin-hidup/

Peluang Yang Dinantikan

20 nov (khamis), 8pm -

saya ditemani suami ke klinik. niat utama nak dapatkan mc untuk 21 nov (jumaat). padahal tak sakit apa pun. terpaksa nak dapatkan mc untuk 21hb sebab dah mohon cuti sebulan sebelum tu tapi tak dapat.. adik ipar lelaki kahwin 21 & 22 nov. takkan tak pergi kan..

jadi terpaksalah fikir, nak bagi alasan apa ya kat doktor.. berdebar2 juga. memandangkan saya sudah lewat period hampir 2 bulan, saya fikir nak bagi alasan tu lah.. kali ni saya ke klinik lain, yang saya tak pernah pergi lagi. dah malu rasanya nak pergi ke klinik yang sama dengan alasan yang serupa! oops, bukan nak dapatkan mc di klinik lain tu, cuma nak dapatkan kepastian tentang period yang lewat tu. sesampai di sana, daftar. tunggu sekajap, kemudian nama pun dipanggil. kebetulan tiada patient lain waktu tu. saya dan suami sahaja. masuk, alhamdulillah doktor perempuan, india..

bla bla bla bla bla...
akhirnya, doc bagi reference letter! maksudnya saya bolehlah memulakan rawatan kesuburan dengan lebih serius di tempat yang betul. dah lama saya menantikan peluang ni. yalah, kalau kita nak ke GH (hospital kerajaan) mana boleh suka hati saja pergi kan kalau tiada reference letter.. nanti pihak hospital tak layan. macam tu jugalah yang doc tu bagitau.. nak ke tempat kesuburan swasta, saya takut tengok harganya yang riban-riban itu. kos hidup di tempat tinggal saya tinggi, masih tak biasa dengan tempat2 rawatan yang disediakan di sini. lainlah kalau saya berada di selangor, teringin juga cuba di lppkn. tapi apakan daya, saya jauh nun di utara mengikut suami bertugas di sini..

sebenarnya doktor ni bekerja di GH, bahagian o&g. dia bekerja part time saja di klinik tu. belum berkahwin, umur pun sebaya saya. alhamdulillah rezeki saya berjumpa dengan doc yang betul malam tu. dia kata saya sangat patut untuk memulakan rawatan memandangkan saya sudah kahwin hampir 2 tahun. dia pesan jangan tangguh2, lebih2 lagi di GH ambil masa sedikit, lama nak tunggu appointment.. nampaknya, saya kena tunggu pertengahan nov, bila cuti sekolah bermula... malas rasanya nak minta cuti, susah sangat nak dapat.. [ huuu orang selalu kata cikgu banyak cuti. ya, cuti sekolah yang banyak. tapi cuti (crk) hanya 7 hari setahun. itu pun payah nak lulus ]

selama ni bila saya ke klinik lain, asyik dapat ubat turun darah sahaja. pernah sekali pergi ke maternity hospital swasta sebab dah 4 bulan tak period, doc pun bagi ubat turun darah. tiada pun doc nak komen lebih2...

hikmah disebalik cuti saya tidak diluluskan, saya dapat berjumpa doc yang sangat caring! ya Allah, terima kasih kerana membukakan jalan untukku.. terima kasih ya Allah, doa2 yang ku panjatkan Kau makbulkan. ya Allah, Kau sebaik2 perancang. permudahkanlah. amin! :)

Saturday 15 October 2011

Hikmah Lambat Dapat Anak


Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka. Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya. Dalan hadis Rasullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".
kredit : Facebook Hospital Bersalin
sungguh bagus pengisian di atas, sharing is caring  ^ - < 

Kalau Sudah Rezeki

setiap anak adam telah ditetapkan rezekinya, dalam rukun iman yang ke-6 "percaya kepada qada` dan qadar". semua orang sudah arif bukan. di sini saya nak ceritakan bebarapa pengalaman orang2 yang terdekat dengan saya...

1. mak : mak menceritakan kepada saya, dia mengandungkan adik saya yang last sekali waktu tu dah lewat period 3 bulan, alih2 tau mengandung.. tapi masa cek kat doktor kandungan mak baru beberapa minggu. mak pun tak cerita banyak, segan mungkin..

2. kakak sulung : 4 tahun menanti zuriat. tahun pertama, pregnant 5 weeks tapi gugur.. tahun keempat baru pregnant.. tu pun dah lewat period 2 bulan lebih.. cek kandungan baru 6 weeks.. anak yang kedua pula, kandungan meninggal dalam perut masa 5 bulan (kakak agak lasak waktu tu). then anak yang ketiga pula terus lekat lepas period selepas gugur..

3. jiran : tak sedar diri pregnant hinggalah kandungan sudah 4 bulan! period dia memang tak menentu. jadi tak terfikir la pregnant ke apa.. padahal anak dah dua. lagipun tiada alahan, bak kata orang, tiada tanda2 hamil. dah selamat bersalin dah kakak tu, anak yang ketiga..

4. Kak siti : dia seorang penggemar kopi. hari2 mesti kena minum kopi, kalau tidak dia akan rasa `lemau`. masa tu pun dia tengah usaha nak pregnant anak yang kedua.. tapi Allah kata Kun Fa Ya Kun, maka jadilah... akhirnya berjaya juga kak siti pregnant, rezeki dia... saya? punyalah pantang caffein, tapi......... Allah belum nak bagi... perut kak siti dah semakin bulat... mesti perut saya pun bulat macam kak siti jika saya pun pregnant. bersalin pun sama2. hihihi

5. kawan mak : umurnya dah akhir 30-an. tiba2 period lewat beberapa hari. gelisah kakak ni.. dia tak mau la pregnant, sebab anak dah besar2. sekali pagi tu muntah2... wah terus dia bertambah gelisah. cek doc... ye, memang pregnant! rezeki kan... dia tak mahu, tapi Allah bagi. saya mahu, tapi Allah belum mahu bagi lagi ;) ok, percaya rukun iman yang ke-6 :)

6. Kawan mak juga : kakak ni dah 8 tahun kahwin masih belum dikurniakan zuriat, umur pun dah nak masuk 30-an. alih2 hari tu tanpa dia duga, dia pregnant. rasanya dia tiada buat apa2 rawatan waktu tu. kira natural la. gembira tak terkata kakak tu :) dah selamat bersalin tahun lepas :)

7. blogger / forum ratuhati : beberapa ttc dah lewat period beberapa bulan, alih2 pregnant. tapi baru beberapa weeks :) samalah macam kes mak dan kakak saya tu... adakah saya juga akan seperti mak dan kakak serta rakan2 ttc??? :)

lately ramai ttc yang sudah pregnant.. tersentuh. bukan cemburu, tapi gembira... bila baca balik kisah mereka, lama mereka tunggu. tapi akhirnya Allah bagi bila SAMPAI MASANYA.. insyaAllah.. 

sejak beberapa hari ni minda saya semakin positif perihal ttc... harap akan terus positif. 
sebab susah untuk kekalkannya bukan?? ( _  _ )

Saturday 8 October 2011

Mana Awak?

macam biasalah, cik p belum kunjung. ni dah lewat lebih sebulan. saya mengharapkan period datang normal sekiranya tidak pregnant. imbas kembali rekod period saya pada tahun ini:


jan: 
5 hb (tu pun sebab makan norculat ke sonulat, lupa dah namanya. pastu on clomid 50mg)
feb: 
5 hb ( tiada rezeki dengan clomid, cun pula period datang)
mac: 
x
apr:
x
mei: 
4 hb (sebab makan maajun anggun bistari (mab), hari ke-17 makan period datang)
jun: 
x
jul: 
X
ogos: 
21 hb (sebab makan mab juga, hari ke-14 makan period datang)
sept: 
x
okt: 
???????

saya sudah seminggu makan epo. pada mulanya was2 juga hendak makan. takut2 pregnant.. tapi asyik -ve saja bila cek. niat saya makan epo untuk normalkan kembali period, moga berhasil. sekarang cubaan untuk diet/tidak makan malam :P setiap kali makan epo, saya selawat dan berdoa.. asid folik pula sejak kahwin memang saya amalkan, jarang miss makan.

moga berhasil! #-^


**tahniah kepada rakan2 ttc, makin ramai berjaya. sudah tiba masa, rezeki kalian sampai :) **
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...