Followers

Tuesday 22 November 2011

Rawatan Kesuburan 1

Alhamdulillah. sudah sebulan dari tarikh dapat referral letter (entri di sini), akhirnya hari ini saya bersama suami melangkah kaki jua ke hospital kerajaan sebagai usaha yang serius untuk melakukan rawatan kesuburan di tempat yang betul. walaupun saya tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, saya mengharapkan ini sebagai satu permulaan yang baik dan semoga Allah permudahkan. semoga hati saya tidak dibolak-balikkan.

ok, pagi-pagi lagi dah bersiap. sampai saja di hospital lebih kurang jam 9 pagi, terus ke bahagian pesakit luar untuk mendaftar. di kuanter, saya berikan referral letter yang saya dapat tu dan adik manis di kuanter itu meminta kad pengenalan dan GL saya. selesai mendaftar, saya diarahkan untuk ke Bilik 10, angka giliran 13. sementara menunggu, sempat saya melihat nama doktor yang bertugas di pintu bilik itu. alhamdulillah, perempuan. tidak lama saya menunggu, tidak sampai 15 minit. bilik-bilik doktor di sini banyak. cepat la sikit untuk dipanggil :)

masuk di dalam bilik itu, macam biasa, perkara-perkara basic doktor tanya. beliau kemudian meminta saya untuk membuat upt, memandangkan sudah 3 bulan saya tidak period (saya tidak menceritakan tentang spotting yang keluar pada 18 nov tempoh hari). saya ke A2, iaitu tempat ujian air kencing/darah. kebetulan saya memang nak terkencing pun. hehe bila sampai di A2 tu, saya beri form yang doktor bagi pada petugas di situ. saya diberikan botol dan macam biasalah apa yang perlu dibuat. lebih kurang 15 minit nama dipanggil menandakan result sudah diperoleh. result bertukar tangan, dengan sekali pandang saya melihat pada kertas tersebut. oh, dibulatkan pada perkataan `negatif`. jadi, tahu la maksudnya kan........ saya pun dah agak... hehehehe

masuk semula ke bilik doktor tadi di Bilik 10. saya hulurkan result tersebut. bla2.... doktor pun kata `saya refer kes puan ni ke gynecology`. wuhuuu itulah yang saya nak. *dalam hati je jawab. hehe* doktor pun isi la referral form dan sementara tu, nurse/pembantu doktor tu call ke bahagian O&G, mungkin nak dapatkan tarikh temujanji untuk saya (saya fikir). call tak dapat2. dan untuk memberikan laluan kepada pesakit di luar yang ramai lagi menunggu, saya pun keluar la sebentar. hampir 10 minit menunggu, nurse tersebut memanggil dan menyerahkan referral letter tersebut. dia sempat berpesan `jangan lupa bawa ye, nanti mereka tak layan`. saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya. mahal harganya referral letter ni ye.. saya akan simpan baik2. insyaAllah... tarikh temu janji di O&G adalah 21 Disember 2011 akan datang. ada sebulan lagi..

bagaikan mimpi saya telah selesaikan perkara di atas. sepanjang melakukan proses-proses di atas, tidak putus-putus saya berdoa agar dipermudahkan. dan saya risaukan tarikh temu janji jika dapat tarikh yang saya tidak free..(saya ada google tentang rawatan kesuburan di hospital ni. dan rawatan kesuburan hanya dijalankan pada setiap hari rabu sahaja) sesunguhnya Allah Maha Mendengar. tarikh tersebut dalam perancangan saya, memang saya free! :) lebih kurang sejam saja saya di hospital tersebut. alhamdulillah, tidak mengambil masa yang lama. untuk temu janji seterusnya tidak pasti lagi. Ya Allah, hanya pada-Mu ku bersandar, permudahkanlah.. amin.. ;)

Sunday 20 November 2011

Penjelasan Sains : Seks, Babi & JANGGUT!

Oleh Dr. Jamal Al-Din Ibrahim



Dr. Jamal Al-Din Ibrahim




Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:



(1) Seks
 
Pengacara:
 
Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?

Jamal Al-Din Ibrahim:

Berhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.
Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. 






Pengacara:
Bagaimana sebenarnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

Interviewer: 


Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ya, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

Pengacara: 


Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi. 

Pengacara: 


Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi... 

Jamal Al-Din Ibrahim:

Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika. 

Pengacara: 

Apakah sebabnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.


(2) Babi


Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.
Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

Pengacara: 


Adakah ini satu fakta? 

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ianya memang benar. 

Pengacara: 


Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik? 

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.


(3) Janggut




Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.


Pengacara:

Subhanallah!

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang. 

Interviewer: 



Subhanallah!


Kredit Facebook:
Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden






 Kredit gambar di atas: Facebook kawan;)





notakakitangan: indah sungguh Islam. setiap apa yang digariskan ada hikmahnya. teringin benar melihat suamiku menyimpan janggut. tapi apakan daya, tuntutan tugasnya tidak membenarkan :( kepada TTCian, rebutlah peluang ni. mungkin ada rezeki anda nanti! :))



Saturday 19 November 2011

6 Minggu

6 minggu tanpa cabaran emosi
6 minggu tanpa tekanan
6 minggu tanpa sakit hati
6 minggu tanpa tempikan
6 minggu tanpa pening kepala
6 minggu minggu yang tenang..................
insyaAllah :)
dan 6 minggu sebagai suri rumah sepenuh masa
;)

Yahoooo!! cuti sekolah - 6 minggu
minda saya pun nak cuti jugalah!
^_______^

Akhirnya? #2

update pasal period kali ni. semalam:
- hanya secalit darah selama di tempat kerja (2.30 petang - 6.30 petang)
- hanya setitik darah sejak malam tadi sehinggalah pagi/subuh ni (semasa tidur)

confuse.. tak pernah alami period macam ni. normalnya saya kalau 1st day period sikit2 saja keluar dan berterusan. tapi ni sikit sangat dan tak berterusan. mungkin hormon nak betul semula kot. alhamdulillah sekurang2nya darah tu keluar tanpa saya paksa. mungkin juga kesan makan epo, hormon nak stabil semula. jika tengok di sini, period saya macam dah jadi 2 bulan sekali. itupun kira dipaksa keluar dek kerana maajun. syukur kali ni tidak dipaksa, sikit pun sikit la :) alhamdulillah.

Friday 18 November 2011

Akhirnya?

terjaga saja dari tidur pagi tadi, sekeliling ar**la terasa sangat gatal dan terasa sedikit t*gang. [terfikir - adush, kenapa ni]. kemudian ke blik air. terasa lidah sangat pahit. [terfikir - oh, mungkin penangan malam tadi minum teh tarik di kedai mamak]. selepas itu ternampak secalit darah pada under***r. terdiam dan terkejut! barulah tersenyum simpul :) aik, tiada apa2 tanda tiba2 cik period muncul? tapi selepas lebih 3 jam pakai pad ni, hanya setitik darah saja yang ada...... ok, nak tengok sehari dua ni heavy flow ke tidak. atau hanya setakat apa yang saya tengok saja tadi.

Tuesday 15 November 2011

Adik2 Ipar VS Diriku

minggu lepas, minggu yang sangat emosi.
.tersentuh
.hiba
.sedih
.risau
.cemburu
Ya Allah......... aku tak mahu sifat ini..........

ok, nak dijadikan cerita, adik ipar lelaki saya sudah pun selamat dinikahkan macam yang saya cerita di sini. minggu lepas, tarikh yang orang rebut2kan untuk berkahwin, adik ipar perempuan saya pula bernikah.. jadi 2 pasangan pengantin la... adik ipar lelaki ku bersama pasangannya dan adik ipar perempuan ku bersama pasangannya..

saya dan suami tiba di majlis tersebut lewat, hampir nak bersanding. kami tidak dapat pulang awal, kerana kekangan masa, jarak dan kerja... lagipun suami ada kursus. semata2 kami ni macam jadi tetamu. kelasss tau, tak tolong apa pun sebelum majlis. ok la, dah salam semua di situ, makan dan tiba la waktu bersanding.. saya duduk memerhati. terpampang kegembiraan di wajah mereka. kemudian.....................................................................................................
seorang demi seorang mak ayah yang ada baby kecil mendukung anak mereka dan menghulurkan baby tersebut kepada setiap pengantin yang sedang bersanding untuk dicium........................................................ terkesima, tersentuh! huwaaaaaaaaaaaaaaaaa tau tak! rasa nak menangis juga di situ! lebih kurang sepuluh baby pula tu. kalau setakat seorang dua mungkin saya tak rasa apa2 sangat. rasa kecil je saya waktu tu............... saya sangat terasa. sebab, waktu kami bersanding dulu, tiada pun mak ayah yang ada baby bagi saya cium anak mereka sewaktu bersanding. ya, tidak ada! huuu....saya rasa sangat sedih, rasa nak menitik air mata saat menaip ni  (-.-,) dalam otak fikir, kenapa? kenapa? kenapa?????? sebab saya masih tak dapat beri lagi cucu pada my MIL dan FIL mereka buat macam tu?????? oh, saya sangat terasa waktu tu dan terasa malu dengan kekurangan diri. huhuuuuuu (`-.-,)

sementara pengantin menunggu nak makan beradab, mereka turun dari pelamin, adik ipar perempuan ku yang bongsu mengusap perut biras ku... huwaaaaaaaaaaaaa terkesima dan rasa berkecai hati! tersentuh betul naluri perempuan ku... *ye.... akak tak dapat lagi nak bagi anak buah kat adik :( sedih sangat masa terlihat situasi tu....................................................*

ok, itu kisah sanding, ni ada lagi kisah yang saya sebak................................ selesai bersanding, saya menolong MIL memasukkan pulut kuning ke dalam goodies bag. datang seorang makcik, nak salam my MIL. dia berkata dengan nada berbisik `tahun depan timang cucu la ye`. wuuhuuuu saya terkesima sekali lagi! terus MIL kata `eh, yang ni belum lagi. tahun depan sama2 la dapat 3 terus`.. oh....MIL macam nak menyelamatkan perbualan tu. mungkin, makcik tu tak kenal saya menantu kat rumah tu...tu la kot makcik tu tercakap kat MIL macam tu.... aiyoo tu la orang kata, cakap siang pandang2. huhu  :(

ada lagi satu situasi.. selepas ramai tetamu bersurai.. saudara mara hubby pun nak balik.. saya pun salam la mak ngah hubby.. berlaku la dialog :

mak ngah : dah lekat dah?
saya : belum
mak ngah: alhamdulillah *terkesima sekali lagi* nanti ada lah tu
saya : *senyum kelat*

aduh... adakah mak ngah tersalah sebut. sepatutnya `insyaAllah`. tapi `alhamdulillah`. bersyukur sebab saya masih tiada anak?? huhuuhuuuu

sepanjang majlis tu, saya rasa senyuman saya terasa kelat dan tak ikhlas. emosi telah terganggu. sampai adik ipar perempuan yang bongsu tegur. `kenapa akak masam je? takut tengok akak. duduk sorang2 je ni`. huhu kan dah kata.... saya kalau sedih ke apa, tak boleh nak sorok. tak pandai nak plastik!

sepanjang perkahwinan ini, situasi di atas la yang saya rasa sangat beremosi.. boleh dikatakan, teramat jarang orang bertanya soal anak kepada saya. kalau ada pun setakat `dah ada ke?` dan saya tidak rasa terusik dengan soalan itu. mungkinkah kerana 2 orang adik iparku sudah kawin saya rasa tercabar?????? bagaimana perasaan saya nanti jika mereka dah hamil dulu? oh, sungguh saya tak mahu memikirkan yang buruk2..

Ya Allah, bantulah dan kuatkanlah hamba-MU ini..

-.-,

Friday 4 November 2011

Tersentak

berita yang dikhabarkan, 
rakan sekerja sudah pregnant. 
tahniah kak F! 
senyum di bibir ku ukir saat itu,
tapi di dalam, hati menangis! 
rasa macam bertakung air mata!

kak H yang khabarkan kepadaku.
sedangkan kak H hampir 6 tahun kahwin masih berdua menyulam cinta dengan suaminya.
tapi kak H tetap maintain saja.

Kak F, memang mengharap untuk pregnant.
dia kahwin bulan feb tempoh hari.
berjauhan pula tu dengan suaminya.
seorang di utara, seorang di selatan.
tapi, masa bulan okt lepas, memang selalu suaminya pulang ke sini.
hoho, adakah sebab itu lekat ;)

padahal, baru 2 minggu lepas ku tanya pada dia.
dan waktu itu masih belum ada lagi.
nadanya seperti kecewa juga.
tapi sekarang,
rezeki kan...

hurm...
ku?
masih beginilah

*ish, tak baik mengeluh*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...