setelah berclomid 100mg dan bergonal f 75iu, tvs kali pertama dilakukan pada 11 mei (cd10) untuk lihat perkembangan telur. hati berdebar Allah saja yang tahu..
sebelum tvs, saya kena buat pap smear (ujian untuk selepas period). jadi 2 kali kena buat pap smear.. sebelum dan selepas period.
lepas tu baru tvs.. kena kosongkan pundi kencing. result:
- ovari kiri - telur kecil2. tiada telur yang besar :(
- ovari kanan - ada satu je besar.. saiz 13 x 16
- ketebalan dinding rahim - 6mm
doc decided tak tambah ubat pun.. doc nak tengok telur tu boleh membesar sendiri lagi tak... Allahu.. agak kecewa doc tak tambah ubat..
next tvs on 13mei = cd12..
selesai urusan.. dalam kereta.. saya speechless. sedih... husband yakinkan saya.
saya rasa rendah diri.. telur satu je besar.. Allahu.. Allah nak kami suami isteri sabar lagi <3
tipu la kalau tak nangis kan.. terharu bila husband kata 'kalau satu hari nanti Allah bukakan pintu hati sayang suruh B kahwin lain, B takkan kahwin lain~~..'
huhuu next.....
2 comments:
Smg Allah permudahkan buat Raudhah... amin...
terima kasih sis sweet tooth :)
Post a Comment