Followers

Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday ; What`s Happening Inside

The blastocyst prepares to embed itself in the lining of the uterus-the endometrium. Once it is completely implanted-usually around seven days after fertilization-the pregnancy will become established.

berdoa agar kejadian seperti gambar di atas akan berlaku di dalam rahimku ini... begitu juga kepada TTCian yang lain.. amin...
;))

Monday, 26 December 2011

UPT ; Double Line yang Pertama


terkedu, kaget dan rasa seperti tidak percaya bila upt yang saya uji menunjukkan dua line. ada 3 upt. upt yang di atas sekali tu very faint / sangat samar. dalam gambar tak nampak, tapi dalam keadaan sebenar ada garis di T tu.  rasa nak peluk upt ni. tak berkedip mata saya memandang..... tapi.. upt ni bukanlah saya uji semalam, hari ini, mahupun sebentar tadi.......... tapi... akhir jun/awal julai 2010... dah lama nak kongsikan kisah ni, juga sebagai catatan saya di hari mendatang. malam ini baru terdorong untuk membelek semula upt tersebut...

kisahnya, saya kahwin disember 2009. pada awalnya, saya tidak kisah sangat pasal baby. terasa nak berdua-dua dulu dengan hubby.. tapi, pada hari ulang tahun saya pada penghujung bulan april 2010, terdetik di hati kecil untuk mempunyai baby... membuak-buak perasaan ketika itu nak mempunyai zuriat sendiri.... dan sejak hari ulang tahun saya  itu, tiada lagi perasaan `takut` sekiranya saya `termengandung`. sebelum itu, memang saya berjaga-jagalah... [huhu, tak patut betul pemikiran / tindakan saya waktu ini.....] 

kemudian period saya pada bulan mei 2010 adalah 5hb..
period jun 2010 adalah 4 jun....
bulan jun tu memang saya rasa nak sangat baby, hari-hari dok fikir.... jangkaan period saya untuk bulan julai adalah 5 julai. tapi punyalah tak sabar perasaan saya nak cek upt. saya cek masa tu 30 jun a.k.a 5 hari lagi sepatutnya due period saya... bagaikan tidak percaya, naik dua line! walaupun samar-samar (lihat gambar : upt tu yang di atas sekali) tak tentu arah perasaan waktu tu.. call kakak, dia nasihatkan agar uji sekali lagi 2 atau 3 hari lagi. masa tu pun rasa macam tak sedap badan, perut rasa banyak angin dan tegang.. kemudian, seperti yang kakak nasihatkan, 2 julai saya test lagi... masih keluar dua line. kali ni nampak semakin jelas (lihat gambar : upt yang di tengah tu).

kemudian, saya ajak hubby ke klinik pada 3 julai walaupun tarikh jangkaan period yang sebenar 5 julai.. waktu tu rasa teruja sangat. takde la fikir nak tunggu 2 minggu lewat period ke atau apa... sebab dah naik dua line, mesti la pregnant kan [adush, pemikiran saya waktu itu]. upt yang di bawah sekali dalam gambar tu adalah upt di klinik.... doktor siap buatkan buku cek up ibu mengandung lagi untuk saya. due date dah siap tulis dah - 13 mac 2011. memandangkan sebenarnya saya masih belum lewat period, doktor menasihatkan supaya banyakkan bersabar sekiranya saya tiba-tiba period nanti. anggap sekiranya tidak menjadi, ada hikmahnya. Allah nak beri yang lebih baik nanti.. sebab doktor kata, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. saya angguk faham walaupun harapan saya menggunung tinggi!

dan.... sesungguhnya.... bukanlah rezeki saya.... 5 julai, seperti tarikh jangkaan - saya period... waktu itu lebih kurang jam 8.30 pagi sewaktu hubby baru pulang dari kerja, saya masih lagi baring-baring di katil - hubby tegur `sayang, darah...` rasa nak luruh jantung waktu tu. terus saya dakap hubby dengan seeratnya sambil air mata mengalir laju di pipi.... [huhu, rasa sebak pula nak menaip...] hubby pujuk, lega sikit..  rasa bersalah pada diri, sebab semalam tu (4 julai) habis satu rumah saya mengemas. angkat itu ini, menyapu, mengemop... lasak!

ok... mulai detik tu, makin rajin lah saya google berkenaan pregnancy. dan melalui pembacaan, saya  mengalami CHEMICAL PREGNANCY... banyak sangat informasi berkenaan chemical pregnancy ni bila kita google.. ni sedikit info secara umum: 

A chemical pregnancy is the clinical term used for a very early miscarriage. In many cases, the positive pregnancy test was achieved before the woman’s period was due but a miscarrige occured before a heartbeat was able to be seen on an ultrasound.

huhu.... sedih... lemah rasanya nak teruskan menaip... 
insyaAllah.. sampai masanya yang TEPAT, pasti Allah berikan jua zuriat buat kami...


nota: saya mula buat blog mac 2011... mac 2011 - bulan di mana saya akan bersalin sekiranya pregnant hari tu menjadi... dan... salah satu sebab blog ini wujud, saya nak luahkan apa yang terpendam di hati, dan mungkin boleh berkongsi cerita dengan orang lain.. next entri saya nak cerita pasal bidan yang pernah  mengatakan saya telah pregnant 3 bulan.. insyaAllah..


kisah klasik untuk masa depan....


Saturday, 24 December 2011

Kos Rawatan Kesuburan di Hospital Kerajaan

kos rawatan kesuburan di hospital kerajaan (GH) tentulah jauh lebih murah daripada private bukan.. atau mungkin anda langsung tidak akan dikenakan bayaran di GH. ok, setakat ni saya masih belum dikenakan sebarang bayaran setelah dua kali ke GH.

1. pertama kali saya datang, saya daftar di pesakit luar. waktu itu saya bawa referral letter daripada klinik swasta. TIADA BAYARAN waktu ini, sebab pihak kaunter minta GL tanpa saya serahkan terlebih dahulu. setelah diperiksa oleh doktor, saya mendapat referral letter sekali lagi untuk dirujuk ke Obstetrical & Gynaecological (O&G).

2. Lagi sekali, TIADA BAYARAN dikenakan semasa temujanji saya baru-baru ini di O&G. saya agak, mungkin saya tidak dikenakan bayaran kerana menggunakan referral letter daripada GH (pesakit luar).

ok, setakat ni total sudah tentulah RM 0. untuk yang akan datang tidak pastilah macam mana pula...

kalau nak cerita tentang layanan, bagi saya ok. jururawat dan doktor di situ baik-baik, peramah dan sedia membantu. tidak lah seperti apa yang saya fikirkan sebelum ini - garang, suka marah-marah, sombong. kecuali la doktor senior tu, agak sedikit menjengkelkan...

Wednesday, 21 December 2011

Rawatan Kesuburan 2 ; Sambungan... Suspen 2!


sambungan daripada cerita di sini..

akhirnya keputusan perbincangan mereka : saya perlu buat ujian darah dan scan hari ni + hubby perlu buat Semen Fluid Analysis (SFA) untuk tarikh yang akan ditentukan. alhamdulillah. sekurang-kurangnya ada sesuatu yang doktor lakukan untuk hari ini, daripada saya balik begitu saja dan datang 3 bulan kemudian. huhu ok, ikut hasil google saya, blood test  dibuat pada cd 2. maknanya kita perlu datang ke hospital semula bila period. itu pun perlu tengok hari. contohnya blood test di hospital tu boleh dibuat pada hari selasa je. tapi cd 2 kita jatuh hari isnin. dah lari pula cd 2 tu kan... lagipun, mesti ternanti-nanti period kan. lagi lah saya period yang tidak teratur ni. ibarat menunggu bulan jatuh ke riba (cewahh, ayat!). alhamdulillah, mungkin ini hikmahnya saya period. boleh lompat terus buat blood test.. benarlah......... kita merancang. Allah juga merancang. tetapi sebaik-baik perancang, Allah jualah yang terbaik.

ok, seterusnya saya diarahkan ke bilik scan. tunggu giliran lagi, dalam 15 minit. doktor lelaki berbangsa cina... alamak, segan pula. jururawat tiada pula, hanya doktor tu seorang. kemudian doktor scan. kiri, kanan, tekan, tekan lagi. adoii, rasa nak terkencing. terpusing-pusing kepala doc tu tengok skrin. ada tak kena ke doc?? - dalam hati je.

doc  : u period ke?
saya : ye doc [pandai doc teka]
doc  : nampak macam ada cyst.
saya : erkk [terkejut]

kemudian doc pun tulis sesuatu di atas buku rawatan dan saya kembali ke bilik 9 tadi bersama keputusan scan. doc jr tu terangkan keputusan scan saya. beliau kata rahim saya normal. alhamdulillah. saya tanya berkenaan cyst tu. doc jr kata tiada cyst..... saya sempat menjeling keputusan scan yang ditulis pada buku rawatan tersebut:

uterus 6.8 cm x 3.1 cm
UT  thin
uniloculated cyst *something, tak ingat apa* 4.3 cm x 4.1 cm
x * something*
x *something*

apa maksud `uniloculated cyst` tu?????? tapi doc jr kata saya tiada cyst.. doc scan kata tadi macam ada cyst... entah la, saya pun tak pasti...

seterusnya saya ke kaunter temu janji. nak dapatkan temu janji dulu baru ke makmal untuk SFA dan blood test. ok, temu janji seterusnya 14 mac 2012, rabu. kemudian ke makmal untuk SFA. jururawat di situ menerangkan prosedur nak buat SFA ni dan beliau berikan botol sekali.. tarikh untuk hantar SFA ke makmal patologi ialah pada 9 mac 2012 nanti. sampel perlu ada di sana sebelum jam 8.00 pagi. jadi, hubby la yang uruskan hal itu nanti. akhir sekali saya ke makmal untuk ujian darah. tengok pada kertas memo tu, ujian untuk FSH, LH dan PROLACTIN. lama tak kena cucuk jarum. tak ingat bila kali terakhir. sekali cucuk je.. alhamdulillah. kebas dan lemah tangan selepas tu... harap keputusannya nanti baik-baik sajalah...

jadi, keputusan darah saya dan ujian SFA hubby akan diketahui pada temu janji yang akan datang iaitu pada 14 mac 2012, rabu... tengok kalendar kebetulan cuti sekolah masa tu. tak perlu la saya minta cuti nanti.. alhamdulillah. selesai urusan hari ni. malam tadi siap call mak minta doakan dipermudahkan urusan hari ni.... 

perjalanan ini.... tidak tahu panjang mana.... terdetik di hati kecil, alangkah indahnya sekiranya saya berjaya pregnant untuk cycle kali ini.. secara semula jadi.. sekurang-kurangnya, tidak perlu la saya menempuh prosedur rawatan  kesuburan di hospital yang biasanya mengambil masa yang lama.... doakan saya...



Rawatan Kesuburan 2 ; Suspen!

sejak cd 1 saya terfikir, macam mana nanti dengan temu janji di hospital pada 21 dec nanti (hari ini). daripada hasil google, saya menjangkakan temu janji nanti (sekiranya tidak period) saya akan membuat pap smear dan TVS. tapi, saya period sekarang. mana mungkin nak buat dua benda tersebut? sepatutnya mesti dalam keadaan `bersih` kan.... oh, rupanya benarlah apa yang saya fikirkan. suspen saja tadi sewaktu di hospital a.k.a klinik sakit puan. hampir-hampir tidak buat rawatan tadi!

awal-awal pagi tadi saya dan hubby dah bersiap. sampai di klinik sakit puan jam 8.30 pagi. temu janji di referral letter tu jam 9.00 pagi. sampai awal lagi bagus kan. terus saja daftar sejurus sampai dan dapat nombor 2004.. saya dipanggil dan jururawat pelatih KDU mengisi kad rawatan saya sambil bertanyakan beberapa soalan ringkas. sejam menunggu barulah nombor saya dipanggil, ke bilik 9! di sinilah bermulanya cerita yang bagi saya rasa suspen je..............................

dalam bilik tersebut ada 2 orang doktor (nampak macam/mungkin seorang doktor senior [india, lelaki] dan seorang doktor junior [cina, perempuan]. mungkin doktor junior tu doktor pelatih kot... muda belia je) dan juga ada seorang jururawat di situ. lebih kurang dialog di bawah berlaku:

doc jr : bila last period puan?
saya   : 18 dec, saya tengah period sekarang.
doc jr : oh.. so doc? [merujuk doc lagi sorang]
doc sr : oh, kalau macam tu kami tak boleh buat apa-apa. awak tengah period sekarang. lepas 3 bulan baru datang balik la. tengok period cycle awak. kami tak boleh nak buat apa-apa sekarang. nak ambil sample pun tak boleh. [so, nak suruh saya balik macam tu je?? dush, rasa nak tumbuk je doc ni]
saya    : oh... [agak sedih dan kecewa]. tapi doc, period saya tak teratur... tahun ni saya period 5 kali je. itu pun 4 kali sebab makan ubat dan 1 kali datang sendiri.. saya ingat nak mulakan rawatan kesuburan.. [hmm nada sedih].
doc sr  : kalau 4 - 5 kali setahun ok la tu, normal. [haaaaa??? biar betul doc ni. setahu saya tak normal. period mesti datang tiap-tiap bulan kan. adoi, sakit jiwa saya masa ni]
doc jr : bila last period sebelum sekarang ni?
saya   : 21 ogos...
doc sr : normal la tu, kalau lebih 4 bulan baru tak normal. [`kau ni biar betul doc` - dalam hati je. haha adoi, doc ni lelaki tak faham perempuan kot... ke memang betul kata doc tu saya tak tahu la... ??]


doc jr + doc sr dok bincang-bincang... saya tau, doc jr tu harapan saya! daripada kata-kata dia macam nak yakinkan doc sr tu... yela, doc jr tu perempuan.. tentu dapat memahami hati perempuan... huhuhuhu (ecehh, pandai-pandai je saya. hehe) kemudian jururawat di situ menyampuk.

nurse  : doc, kalau nak buat blood test dulu boleh. dia baru cd 4 kan.. blood test boleh buat dari cd 2 to cd 5. [oh, akak nurse ni juga harapan saya!]


huhu.... bersambung.. perlu keluar sebentar...

Sunday, 18 December 2011

CD 1 ; Tidak Diduga

wah, jam 5.30 petang tadi, tanpa ada tanda apa-apa, habis berdarah seluar yang saya pakai di rumah hari ni. saya tidak perasan pada mulanya, sebab tiada pula rasa basah atau apa, rasa senggugut apatah lagi. itu pun semasa saya bangun dari sofa nak minum air, hubby tegur `eh, darah apa tu?`. fuh, saya fikir hubby nak main-main la tu. tak terfikir langsung pun period ke apa. saya buat tak tau. lepas tu hubby tegur lagi `cuba sayang tengok, ada darah tu!`. aik, panik je muka hubby. saya pun tengok la. `ha? ha? ha?` sangat terpinga-pinga saya ok! hehe tiba-tiba je.... tak bagi sign pun... alhamdulillah, muncul juga ye awak cik period tanpa saya paksa... suka! ;)) mungkin...... memang kena kuruskan badan la baru horman dalam badan ni betul balik kot ek......

ok, updated rekod period tahun 2011... tahun 2012 entah macam mana pula la nanti... harap kalau tak datang pun, disebabkan ada baby! amin...

jan: 
5 hb (tu pun sebab makan norculat ke sonulat, lupa dah namanya. pastu on clomid 50mg)
feb: 
5 hb ( tiada rezeki dengan clomid, cun pula period datang)
mac: 
X
apr:
X
mei: 
4 hb (sebab makan maajun anggun bistari (mab), hari ke-17 makan period datang)
jun: 
X
jul: 
X
ogos: 
21 hb (sebab makan mab juga, hari ke-14 makan period datang)
sept: 
X
okt:
X
nov:
spotting pada 18 nov. sehari je. tersangat la sikit... tak tau la nak kira darah period ke tak..
dis:
hari ni cd 1, 18 dis.... tak tau la berapa hari pula period ni.

rekod period saya yang di ambil di sini.
ok, kalau tak tengok yang nov tu, period saya 5 kali je tahun ni.. itu pun 4 kali dipaksa dan 1 kali datang suka rela..... wuhuuuuuu mari la kita berfikiran positif!  =P

Saturday, 17 December 2011

Lupa Tarikh Anniversary!

Allah... bila tengok tarikh entri yang baru di post tadi - `eh, 17 december 2011. eh, tarikh wedding aku la...` hahahahahahaha macam mana boleh lupa ni???????? disebabkan terlampau sakit tekak ke. haha hubby pun mesti tak ingat ni... nanti tanya dia bila dia balik kerja sekejab lagi. ish2... dah malam baru saya teringat??? itu pun sebab tengok tarikh entri dipost. haha lawak la........

*daisypath ticker kat bawah tu tak betul... dah banyak kali ubah tapi tak tau kenapa tak sama dengan  tarikh yang sebenar..
*alhamdulillah, sudah 2 tahun usia perkahwinan kami.. moga Allah kurniakan penyejuk mata buat kami pada tahun 2012.. insyaAllah... amin :)

Nikmat Yang Ditarik

kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur dan menikmati nikmat yang Allah beri. betapa banyak nikmat yang Allah berikan, lihat saja pada diri kita. satu anggota badan sakit, merana seluruh badan. begitulah yang saya alami sejak 6 hari lepas. SAKIT TEKAK! fuh... dasyat betul rasanya. dah lama tak sakit tekak. sekali dah kena memang betul-betul teruk. nak telan air liur sendiri pun seksa! Allah...........

saya tak tahu apa punca sakit tekak tu. sama ada disebabkan makan mi udang atau teh tarik pada ahad lepas, 11 nov. maklumlah, geram tengok udang tu, sampai makan lupa orang sekeliling. hehe air teh tarik pula memang rasa agak kelat, ditambah lagi dengan warnanya yang `semacam`. maksudnya teh tarik tersebut seperti banyak bahan pewarna. tapi......... saya bedal je semua tu. hehe bangun pagi pada hari isnin, tekak terasa tak selesa. tapi boleh makan/menelan lagi. malam tu tengok tekak, ada 3 dot (titik) di tekak dan 3 dot lagi di sebelah rahang kanan. huhuhu memang tak leh tidur malam tu. dah mula rasa nak telan air liur pun susah, perit :( awal-awal pagi hubby ke kedai runcit beli dequadin.......... dah makan 4 biji makin bertambah sakit rasanya. tengok tekak dah jadi macam ulser dan putih di sekeling tekak... huhuuu

sampai la dah macam-macam ubat makan - mac dan difflam + ubat kumur, masih tak baik lagi. saya dah juga cuba minum air asam jawa. fuh, pedih... tapi lepas tu rasa selesa. tapi, tak lama dah rasa sakit balik :( jadi semalam saya ke klinik. doktor cuma bagi ubat sakit tekak deq + tahan sakit + ubat kumur. doktor tiada pula bagi antibiotik. hmmm.. doktor bagi deq tu kandungannya macam sama je dengan dequadin. fobia nak makan. keluar dari klinik tu terus cakap dekat hubby nak pergi farmasi la, beli antibiotik. saya malas nak cakap banyak dengan doktor masa jumpa tu. doktor india, lelaki, tua dan nampak garang.... saya nak bercakap pun terasa sakit. jadi dalam hati je la doa dengan harapan doktor tu bagi antibiotik. *saya berinteraksi dengan hubby pun main buat bahasa isyarat je. hihi serius sakit nak bercakap~~

pharmacist bagi antibiotik, ubat surut bengkak dan ubat sakit tekak yang jenis telan terus, dan ditambah dengan air cap badak. segarnya minum air tu... balik je terus makan ubat dari farmasi... alhamdulilah, malam tadi saya dapat tidur! cuma 2 kali terjaga. jika dibandingkan dengan malam sebelumya, saya tidak lena tidur. tidur 10 -15 minit, lepas tu terjaga. dah penat duduk, baring pula. sampai menangis-nangis. siap panggil `mak..... mak.... sakit....` huhuhuuhuhuhuhu macam budak-budak. alhamdulillah, dengan izin Allah, ubat farmasi dapat melegakan tekak saya... hari ini terasa semakin pulih, alhamdulillah. sekurang-kurangnya sudah tidak sakit lagi untuk menelan air liur! ^__^ 

ada hikmahnya saya sakit tekak ni. setiap kejadian tu bukanlah sia-sia kan? bayangkan dalam tempoh 6 hari saya tak jamah nasi. cuma dua hari makan bubur mcd. yang selebihnya minum air sahaja. yang peliknya tak rasa lapar pula tu. mungkin sakit tekak lebih mengatasi daripada rasa lapar. terasa badan dah susut sedikit, hubby pun kata begitu. terbukti bila rakan tegur saya nampak kurus. hehehe inilah hikmahnya kan, 4 hari lagi (21 nov, rabu) saya ada appointment dengan gynae di GH ;)) tak mau lah nanti gynae tengok saya ni gedabak sangat. haha memang sebelum tu berfikir... macam mana nak turunkan berat badan ni, dapat turun sikit pun sudah cukup... ditambah lagi sebelum tu berada di kampung seminggu, bertambah selera makan. akhirnya..... Allah beri saya kurus sedikit melalui tekak saya yang sakit :) oh, Ya Allah~~ Kau tarik nikmat yang ada, tetapi Kau berikan nikmat yang lain............ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...