Followers

Thursday, 10 May 2012

Rawatan Kesuburan 4 : HSG 2

sambung daripada entri di sini.

lepas perempuan A selesai buat hsg, nama saya dipanggil masuk ke dalam. tukar baju yang disediakan. seksi la baju tu, tak suka pakai. kebetulan saya pakai baju kurung, saya buka kain baju kurung dan panty je. bahagian baju masih pakai. rasa selamat sikit daripada terselak. huhu sebab ada beberapa lelaki di situ. sebelum saya diarahkan tukar baju tu, nurse tu ada tanya :
  1. bila last period 
  2. ada bersama suami atau tidak selepas habis period

dah siap tukar baju, doc datang pada saya. kusss semangat. doc lelaki lah. indian dan muda belia gitu. very soft spoken. dia terangkan prosedur yang akan dibuat nanti. saya kongsikan apa yang doc tu terangkan. walaupun banyak info di internet berkenaan prosedur hsg, saya tulis juga di sini. sebagai rujukan saya masa akan datang.

"puan, saya terangkan serba sedikit tentang hsg ni. nanti puan akan baring seperti orang bersalin pada x-ray table. saya akan masukkan 2 wayar. satu keras dan satu lembut. kemudian dye yang bewarna kontras akan dimasukkan. jika tidak tersumbat dye tu akan mengalir keluar melalui tiub fallopio. jika tersumbat, aliran dye akan tersekat. setiap orang pengalaman berbeza. ada orang tak rasa sakit, sesetengah pula berasa sakit. jadi bergantung kepada individu."

itulah penerangan doc, saya cuba ingat sebutir-sebutir ayat dia.

kemudian saya masuk bilik x-ray tu. wah, seram tengok alat-alatnya. saya diarahkan baring di atas x-ray table di mana bahagian lutut hingga hujung kaki saya terjuntai ke bawah. maknanya saya baring sampai paras lutut je. tunggu doc dalam 5 minit sementara nurse (perempuan) dan juru x-ray (perempuan juga) menyiapkan alatan-alatan.

bila doc datang, dia minta saya kangk*ng. mak aihhh malu sangat lahhh. dia minta izin dulu untuk cuci. bermula la proses masukkan spekulum dan wayar tu. ngilu... tapi boleh tahan lagi. sementara tu juru x-ray adjust alat x-ray bagi betul-betul di atas kawasan rahim saya. kemudian terasa dye masuk tapi keluar balik. rasa macam darah period mengalir kat bawah tu. kira bocor la.

haaa... doc masukkan balik spekulum kali kedua. bocor lagi.

masukkan lagi spekulum kali ketiga. bocor lagi lah.

kemudian doc arahkan sesuatu kat nurse. alamak! saya nampak jarum! ada suntikan yang nurse nak bagi saya. huwaaa... nurse nak cucuk... mula-mula dia nak cucuk kat punggung, tapi tak jadi. dia cucuk kat lengan sementara doc pula rodok guna spekulum buat kali ke empat! atas bawah diriku kena cucuk serentak. aduh, apakah? rasa nak nangis dah sebab sakit. saya tak pasti apakah fungsi suntikan tu. tak sempat nak google lagi.

ok.. doc cuba masukkan kan dye lagi. dan......... bocor lagi. huuuu~

haaa masukkan lagi spekulum kali ke lima. pun bocor. sakit dah macam apa dah. aiyooyooo doc... tau ke tak ni?? bayangkanlah, setiap kali doc rodok spekulum tu saya kena kangk*ang. rasa-rasa dah ok, juntaikan kaki semula. sampai lenguh rasa kaki.

haaa kali ni doc rodok spekulum buat kali ke enam agak ganas, siap suluh bawah tu guna lampu terang betul. terus saya rasa sangat senak dan bertambah sangat senak bila dye dimasukkan. siap saya menjerit (tak lah kuat) `aduh doc.... sakit!!!!` saya dapat bayangkan dye tu bergerak dari tengah terus ke kiri dan kanan. seperti terasa aliran dye tu. rasa nak meletup perut. sakit!

bila saya kata sakit, terus doc kata `ok puan, selesai`.  rasa sangat senak tu tak lama, dalam 30 saat macam tu. bila saya bangun daripada baring, terus rasa sakit tu hilang. eh, macam magic pula.

emm, tapi doc tiada pula suruh saya mengiring ke kiri dan kanan. saya baring statik je masa proses tu.

jumlah saya kena rodok dengan spekulum adalah enam kali!
fuhh~~ ada sesiapa rekod macam saya tak? huhu

saya tak sempat nak beramah mesra dengan doc tu tanya keputusan tak rasmi. sebab doc tu terus keluar  pergi ke komputer tengok saya punya x-ray tu. cuma saya tanya ringkas dengan juru x-ray tu. ok ke tak? dia kata ok... urmmm. dan alas yang digunakan tu ada darah saya.

saya salin semula pakaian dan pakai pad. alhamdulillah, saya dapat berjalan seperti biasa. memang hilang terus rasa sakit tu. tapi bila dah 2 jam selepas tu, ada rasa senak-senak manja macam tu. darah yang keluar tu tak lama, sampai malam je. spotting ala-ala habis period. hari ini (10 mei) darah dah tak keluar. bagus lah.

saya terus ke klinik o&g untuk bagi no siri x-ray dan buat appointment. huraayyyy appointment berikutnya adalah 23 mei ni. insyaAllah masa tu nanti boleh la tau keputusan hsg dan blood test - tiroid hari tu... berdebar ni...

total kos hsg : RM 0
total kos sepanjang `rawatan kesuburan` : RM 0

urmm, kelebihan di GH tak perlu bayar apa-apa... tapi menunggu daripada satu appointment ke seterusnya memerlukan kesabaran.


#B.. terima kasih sangat teman sayang. B sumber kekuatan sayang. tak dapat nak ungkap dengan kata-kata :)


#terima kasih juga kepada ttcian, kamu juga sumber kekuatan saya. seronok bila dapat saling berkongsi cerita :)


~kisah klasik untuk masa depan~

Rawatan Kesuburan 4 : HSG 1

alhamdulillah, syukur akhirnya saya lalui juga prosedur hsg semalam, 9 mei (rabu). jika dulu cuma baca pengalaman ttcian, kali ini saya yang rasai sendiri. sesungguhnya pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. akan saya ceritakan pada zuriat kami nanti (sekiranya ada rezeki). betapa susahnya nak dapatkan `dia`. kali ni, baru saya begitu tersedar, seolah-olah terjaga, bahawa hakikat sebenar - bukan mudah untuk mendapatkan zuriat bagi saya yang golongan ttc ni. bersyukurlah........ siapa yang bunting pelamin, siapa yang tak nak lagi baby tetapi Allah bagi.... bukan macam saya yang ttc ni, mental sakit, fizikal pun sakit...

intro bernada begitu bukannya apa... jika diberi skala kadar kesakitan buat hsg sama ada :
  1. tidak sakit
  2. sakit sedikit
  3. sangaattt sakit
saya akan pilih nombor 3.

kenapa sangat sakit?  huh~

cuba teka berapa kali saya kena rodok dengan spekulum tu??

.
.
.
.

nanti saya jawab.


appointment hsg saya jam 2.00 petang. di surat hsg tu telah diingatkan supaya datang tepat pada masanya. sekiranya lambat, pihak hospital berhak membatalkan appointment tersebut. tapi semalam ada meeting semua guru, nak tak nak saya terpaksa la masuk sekejap dan kemudian saya minta izin keluar awal  daripada pengetua jam 1.15 petang. masa ubah appointment yang sepatutnya 2 mei tu, saya dah minta nak buat appointment jam 3.00 petang supaya saya boleh santai bersiap. tapi adik di hujung telefon tu tak bagi. alasannya nanti bertindih dengan appointment orang lain.

sampai di rumah saya bersihkan diri. tak sukanya bersiap dalam keadaan kelam kabut. hubby temankan saya, terpaksa dia cuti. sampai di GH dah dekat jam 2.30 petang. alamak, janganlah orang kuanter tu bebel dengan saya nanti. hubby turunkan saya dekat bangunan x-ray sementara hubby cari parking. macam apa dah saya jalan, laju bukan main. sampai kuanter saya terus serah surat hsg tanpa cakap sepatah pun. mengah! adik tu arahkan saya tunggu di depan bilik 7 dan nanti nama saya akan dipanggil. saya angguk je.

saya tengok ada seorang perempuan A sedang tunggu giliran. rasanya nak buat hsg juga kot. [dan andaian saya tepat bila tiba giliran dia]. sementara saya dan perempuan A menunggu, ada seorang perempuan B ni keluar dengan jalan terkangkang-kangkang. fikiran saya, mesti akak ni baru buat hsg. adoi, seram dah masa tu.....


#bersambung.... ambil nafas dulu. huuu~


~kisah klasik untuk masa depan~



Tuesday, 8 May 2012

Esok = 9 Mei = HSG

Ya Allah..
permudahkanlah urusan hsg ku esok.
hati gundah gulana memikirkan apa yang akan berlaku esok.

kalau sakit, boleh tahan.
tapi kalau dapat doktor lelaki?
GH kan, tiada pilihan..
harap sangat dapat doktor perempuan.
moga ada la rezeki. 

cepatnya masa berlalu.
sedar tak sedar esok dah 9 mei.
last appointment di GH 21 mac.

hurm.
:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...