Followers

Wednesday 28 December 2011

Wordless Wednesday ; What`s Happening Inside

The blastocyst prepares to embed itself in the lining of the uterus-the endometrium. Once it is completely implanted-usually around seven days after fertilization-the pregnancy will become established.

berdoa agar kejadian seperti gambar di atas akan berlaku di dalam rahimku ini... begitu juga kepada TTCian yang lain.. amin...
;))

Monday 26 December 2011

UPT ; Double Line yang Pertama


terkedu, kaget dan rasa seperti tidak percaya bila upt yang saya uji menunjukkan dua line. ada 3 upt. upt yang di atas sekali tu very faint / sangat samar. dalam gambar tak nampak, tapi dalam keadaan sebenar ada garis di T tu.  rasa nak peluk upt ni. tak berkedip mata saya memandang..... tapi.. upt ni bukanlah saya uji semalam, hari ini, mahupun sebentar tadi.......... tapi... akhir jun/awal julai 2010... dah lama nak kongsikan kisah ni, juga sebagai catatan saya di hari mendatang. malam ini baru terdorong untuk membelek semula upt tersebut...

kisahnya, saya kahwin disember 2009. pada awalnya, saya tidak kisah sangat pasal baby. terasa nak berdua-dua dulu dengan hubby.. tapi, pada hari ulang tahun saya pada penghujung bulan april 2010, terdetik di hati kecil untuk mempunyai baby... membuak-buak perasaan ketika itu nak mempunyai zuriat sendiri.... dan sejak hari ulang tahun saya  itu, tiada lagi perasaan `takut` sekiranya saya `termengandung`. sebelum itu, memang saya berjaga-jagalah... [huhu, tak patut betul pemikiran / tindakan saya waktu ini.....] 

kemudian period saya pada bulan mei 2010 adalah 5hb..
period jun 2010 adalah 4 jun....
bulan jun tu memang saya rasa nak sangat baby, hari-hari dok fikir.... jangkaan period saya untuk bulan julai adalah 5 julai. tapi punyalah tak sabar perasaan saya nak cek upt. saya cek masa tu 30 jun a.k.a 5 hari lagi sepatutnya due period saya... bagaikan tidak percaya, naik dua line! walaupun samar-samar (lihat gambar : upt tu yang di atas sekali) tak tentu arah perasaan waktu tu.. call kakak, dia nasihatkan agar uji sekali lagi 2 atau 3 hari lagi. masa tu pun rasa macam tak sedap badan, perut rasa banyak angin dan tegang.. kemudian, seperti yang kakak nasihatkan, 2 julai saya test lagi... masih keluar dua line. kali ni nampak semakin jelas (lihat gambar : upt yang di tengah tu).

kemudian, saya ajak hubby ke klinik pada 3 julai walaupun tarikh jangkaan period yang sebenar 5 julai.. waktu tu rasa teruja sangat. takde la fikir nak tunggu 2 minggu lewat period ke atau apa... sebab dah naik dua line, mesti la pregnant kan [adush, pemikiran saya waktu itu]. upt yang di bawah sekali dalam gambar tu adalah upt di klinik.... doktor siap buatkan buku cek up ibu mengandung lagi untuk saya. due date dah siap tulis dah - 13 mac 2011. memandangkan sebenarnya saya masih belum lewat period, doktor menasihatkan supaya banyakkan bersabar sekiranya saya tiba-tiba period nanti. anggap sekiranya tidak menjadi, ada hikmahnya. Allah nak beri yang lebih baik nanti.. sebab doktor kata, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. saya angguk faham walaupun harapan saya menggunung tinggi!

dan.... sesungguhnya.... bukanlah rezeki saya.... 5 julai, seperti tarikh jangkaan - saya period... waktu itu lebih kurang jam 8.30 pagi sewaktu hubby baru pulang dari kerja, saya masih lagi baring-baring di katil - hubby tegur `sayang, darah...` rasa nak luruh jantung waktu tu. terus saya dakap hubby dengan seeratnya sambil air mata mengalir laju di pipi.... [huhu, rasa sebak pula nak menaip...] hubby pujuk, lega sikit..  rasa bersalah pada diri, sebab semalam tu (4 julai) habis satu rumah saya mengemas. angkat itu ini, menyapu, mengemop... lasak!

ok... mulai detik tu, makin rajin lah saya google berkenaan pregnancy. dan melalui pembacaan, saya  mengalami CHEMICAL PREGNANCY... banyak sangat informasi berkenaan chemical pregnancy ni bila kita google.. ni sedikit info secara umum: 

A chemical pregnancy is the clinical term used for a very early miscarriage. In many cases, the positive pregnancy test was achieved before the woman’s period was due but a miscarrige occured before a heartbeat was able to be seen on an ultrasound.

huhu.... sedih... lemah rasanya nak teruskan menaip... 
insyaAllah.. sampai masanya yang TEPAT, pasti Allah berikan jua zuriat buat kami...


nota: saya mula buat blog mac 2011... mac 2011 - bulan di mana saya akan bersalin sekiranya pregnant hari tu menjadi... dan... salah satu sebab blog ini wujud, saya nak luahkan apa yang terpendam di hati, dan mungkin boleh berkongsi cerita dengan orang lain.. next entri saya nak cerita pasal bidan yang pernah  mengatakan saya telah pregnant 3 bulan.. insyaAllah..


kisah klasik untuk masa depan....


Saturday 24 December 2011

Kos Rawatan Kesuburan di Hospital Kerajaan

kos rawatan kesuburan di hospital kerajaan (GH) tentulah jauh lebih murah daripada private bukan.. atau mungkin anda langsung tidak akan dikenakan bayaran di GH. ok, setakat ni saya masih belum dikenakan sebarang bayaran setelah dua kali ke GH.

1. pertama kali saya datang, saya daftar di pesakit luar. waktu itu saya bawa referral letter daripada klinik swasta. TIADA BAYARAN waktu ini, sebab pihak kaunter minta GL tanpa saya serahkan terlebih dahulu. setelah diperiksa oleh doktor, saya mendapat referral letter sekali lagi untuk dirujuk ke Obstetrical & Gynaecological (O&G).

2. Lagi sekali, TIADA BAYARAN dikenakan semasa temujanji saya baru-baru ini di O&G. saya agak, mungkin saya tidak dikenakan bayaran kerana menggunakan referral letter daripada GH (pesakit luar).

ok, setakat ni total sudah tentulah RM 0. untuk yang akan datang tidak pastilah macam mana pula...

kalau nak cerita tentang layanan, bagi saya ok. jururawat dan doktor di situ baik-baik, peramah dan sedia membantu. tidak lah seperti apa yang saya fikirkan sebelum ini - garang, suka marah-marah, sombong. kecuali la doktor senior tu, agak sedikit menjengkelkan...

Wednesday 21 December 2011

Rawatan Kesuburan 2 ; Sambungan... Suspen 2!


sambungan daripada cerita di sini..

akhirnya keputusan perbincangan mereka : saya perlu buat ujian darah dan scan hari ni + hubby perlu buat Semen Fluid Analysis (SFA) untuk tarikh yang akan ditentukan. alhamdulillah. sekurang-kurangnya ada sesuatu yang doktor lakukan untuk hari ini, daripada saya balik begitu saja dan datang 3 bulan kemudian. huhu ok, ikut hasil google saya, blood test  dibuat pada cd 2. maknanya kita perlu datang ke hospital semula bila period. itu pun perlu tengok hari. contohnya blood test di hospital tu boleh dibuat pada hari selasa je. tapi cd 2 kita jatuh hari isnin. dah lari pula cd 2 tu kan... lagipun, mesti ternanti-nanti period kan. lagi lah saya period yang tidak teratur ni. ibarat menunggu bulan jatuh ke riba (cewahh, ayat!). alhamdulillah, mungkin ini hikmahnya saya period. boleh lompat terus buat blood test.. benarlah......... kita merancang. Allah juga merancang. tetapi sebaik-baik perancang, Allah jualah yang terbaik.

ok, seterusnya saya diarahkan ke bilik scan. tunggu giliran lagi, dalam 15 minit. doktor lelaki berbangsa cina... alamak, segan pula. jururawat tiada pula, hanya doktor tu seorang. kemudian doktor scan. kiri, kanan, tekan, tekan lagi. adoii, rasa nak terkencing. terpusing-pusing kepala doc tu tengok skrin. ada tak kena ke doc?? - dalam hati je.

doc  : u period ke?
saya : ye doc [pandai doc teka]
doc  : nampak macam ada cyst.
saya : erkk [terkejut]

kemudian doc pun tulis sesuatu di atas buku rawatan dan saya kembali ke bilik 9 tadi bersama keputusan scan. doc jr tu terangkan keputusan scan saya. beliau kata rahim saya normal. alhamdulillah. saya tanya berkenaan cyst tu. doc jr kata tiada cyst..... saya sempat menjeling keputusan scan yang ditulis pada buku rawatan tersebut:

uterus 6.8 cm x 3.1 cm
UT  thin
uniloculated cyst *something, tak ingat apa* 4.3 cm x 4.1 cm
x * something*
x *something*

apa maksud `uniloculated cyst` tu?????? tapi doc jr kata saya tiada cyst.. doc scan kata tadi macam ada cyst... entah la, saya pun tak pasti...

seterusnya saya ke kaunter temu janji. nak dapatkan temu janji dulu baru ke makmal untuk SFA dan blood test. ok, temu janji seterusnya 14 mac 2012, rabu. kemudian ke makmal untuk SFA. jururawat di situ menerangkan prosedur nak buat SFA ni dan beliau berikan botol sekali.. tarikh untuk hantar SFA ke makmal patologi ialah pada 9 mac 2012 nanti. sampel perlu ada di sana sebelum jam 8.00 pagi. jadi, hubby la yang uruskan hal itu nanti. akhir sekali saya ke makmal untuk ujian darah. tengok pada kertas memo tu, ujian untuk FSH, LH dan PROLACTIN. lama tak kena cucuk jarum. tak ingat bila kali terakhir. sekali cucuk je.. alhamdulillah. kebas dan lemah tangan selepas tu... harap keputusannya nanti baik-baik sajalah...

jadi, keputusan darah saya dan ujian SFA hubby akan diketahui pada temu janji yang akan datang iaitu pada 14 mac 2012, rabu... tengok kalendar kebetulan cuti sekolah masa tu. tak perlu la saya minta cuti nanti.. alhamdulillah. selesai urusan hari ni. malam tadi siap call mak minta doakan dipermudahkan urusan hari ni.... 

perjalanan ini.... tidak tahu panjang mana.... terdetik di hati kecil, alangkah indahnya sekiranya saya berjaya pregnant untuk cycle kali ini.. secara semula jadi.. sekurang-kurangnya, tidak perlu la saya menempuh prosedur rawatan  kesuburan di hospital yang biasanya mengambil masa yang lama.... doakan saya...



Rawatan Kesuburan 2 ; Suspen!

sejak cd 1 saya terfikir, macam mana nanti dengan temu janji di hospital pada 21 dec nanti (hari ini). daripada hasil google, saya menjangkakan temu janji nanti (sekiranya tidak period) saya akan membuat pap smear dan TVS. tapi, saya period sekarang. mana mungkin nak buat dua benda tersebut? sepatutnya mesti dalam keadaan `bersih` kan.... oh, rupanya benarlah apa yang saya fikirkan. suspen saja tadi sewaktu di hospital a.k.a klinik sakit puan. hampir-hampir tidak buat rawatan tadi!

awal-awal pagi tadi saya dan hubby dah bersiap. sampai di klinik sakit puan jam 8.30 pagi. temu janji di referral letter tu jam 9.00 pagi. sampai awal lagi bagus kan. terus saja daftar sejurus sampai dan dapat nombor 2004.. saya dipanggil dan jururawat pelatih KDU mengisi kad rawatan saya sambil bertanyakan beberapa soalan ringkas. sejam menunggu barulah nombor saya dipanggil, ke bilik 9! di sinilah bermulanya cerita yang bagi saya rasa suspen je..............................

dalam bilik tersebut ada 2 orang doktor (nampak macam/mungkin seorang doktor senior [india, lelaki] dan seorang doktor junior [cina, perempuan]. mungkin doktor junior tu doktor pelatih kot... muda belia je) dan juga ada seorang jururawat di situ. lebih kurang dialog di bawah berlaku:

doc jr : bila last period puan?
saya   : 18 dec, saya tengah period sekarang.
doc jr : oh.. so doc? [merujuk doc lagi sorang]
doc sr : oh, kalau macam tu kami tak boleh buat apa-apa. awak tengah period sekarang. lepas 3 bulan baru datang balik la. tengok period cycle awak. kami tak boleh nak buat apa-apa sekarang. nak ambil sample pun tak boleh. [so, nak suruh saya balik macam tu je?? dush, rasa nak tumbuk je doc ni]
saya    : oh... [agak sedih dan kecewa]. tapi doc, period saya tak teratur... tahun ni saya period 5 kali je. itu pun 4 kali sebab makan ubat dan 1 kali datang sendiri.. saya ingat nak mulakan rawatan kesuburan.. [hmm nada sedih].
doc sr  : kalau 4 - 5 kali setahun ok la tu, normal. [haaaaa??? biar betul doc ni. setahu saya tak normal. period mesti datang tiap-tiap bulan kan. adoi, sakit jiwa saya masa ni]
doc jr : bila last period sebelum sekarang ni?
saya   : 21 ogos...
doc sr : normal la tu, kalau lebih 4 bulan baru tak normal. [`kau ni biar betul doc` - dalam hati je. haha adoi, doc ni lelaki tak faham perempuan kot... ke memang betul kata doc tu saya tak tahu la... ??]


doc jr + doc sr dok bincang-bincang... saya tau, doc jr tu harapan saya! daripada kata-kata dia macam nak yakinkan doc sr tu... yela, doc jr tu perempuan.. tentu dapat memahami hati perempuan... huhuhuhu (ecehh, pandai-pandai je saya. hehe) kemudian jururawat di situ menyampuk.

nurse  : doc, kalau nak buat blood test dulu boleh. dia baru cd 4 kan.. blood test boleh buat dari cd 2 to cd 5. [oh, akak nurse ni juga harapan saya!]


huhu.... bersambung.. perlu keluar sebentar...

Sunday 18 December 2011

CD 1 ; Tidak Diduga

wah, jam 5.30 petang tadi, tanpa ada tanda apa-apa, habis berdarah seluar yang saya pakai di rumah hari ni. saya tidak perasan pada mulanya, sebab tiada pula rasa basah atau apa, rasa senggugut apatah lagi. itu pun semasa saya bangun dari sofa nak minum air, hubby tegur `eh, darah apa tu?`. fuh, saya fikir hubby nak main-main la tu. tak terfikir langsung pun period ke apa. saya buat tak tau. lepas tu hubby tegur lagi `cuba sayang tengok, ada darah tu!`. aik, panik je muka hubby. saya pun tengok la. `ha? ha? ha?` sangat terpinga-pinga saya ok! hehe tiba-tiba je.... tak bagi sign pun... alhamdulillah, muncul juga ye awak cik period tanpa saya paksa... suka! ;)) mungkin...... memang kena kuruskan badan la baru horman dalam badan ni betul balik kot ek......

ok, updated rekod period tahun 2011... tahun 2012 entah macam mana pula la nanti... harap kalau tak datang pun, disebabkan ada baby! amin...

jan: 
5 hb (tu pun sebab makan norculat ke sonulat, lupa dah namanya. pastu on clomid 50mg)
feb: 
5 hb ( tiada rezeki dengan clomid, cun pula period datang)
mac: 
X
apr:
X
mei: 
4 hb (sebab makan maajun anggun bistari (mab), hari ke-17 makan period datang)
jun: 
X
jul: 
X
ogos: 
21 hb (sebab makan mab juga, hari ke-14 makan period datang)
sept: 
X
okt:
X
nov:
spotting pada 18 nov. sehari je. tersangat la sikit... tak tau la nak kira darah period ke tak..
dis:
hari ni cd 1, 18 dis.... tak tau la berapa hari pula period ni.

rekod period saya yang di ambil di sini.
ok, kalau tak tengok yang nov tu, period saya 5 kali je tahun ni.. itu pun 4 kali dipaksa dan 1 kali datang suka rela..... wuhuuuuuu mari la kita berfikiran positif!  =P

Saturday 17 December 2011

Lupa Tarikh Anniversary!

Allah... bila tengok tarikh entri yang baru di post tadi - `eh, 17 december 2011. eh, tarikh wedding aku la...` hahahahahahaha macam mana boleh lupa ni???????? disebabkan terlampau sakit tekak ke. haha hubby pun mesti tak ingat ni... nanti tanya dia bila dia balik kerja sekejab lagi. ish2... dah malam baru saya teringat??? itu pun sebab tengok tarikh entri dipost. haha lawak la........

*daisypath ticker kat bawah tu tak betul... dah banyak kali ubah tapi tak tau kenapa tak sama dengan  tarikh yang sebenar..
*alhamdulillah, sudah 2 tahun usia perkahwinan kami.. moga Allah kurniakan penyejuk mata buat kami pada tahun 2012.. insyaAllah... amin :)

Nikmat Yang Ditarik

kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur dan menikmati nikmat yang Allah beri. betapa banyak nikmat yang Allah berikan, lihat saja pada diri kita. satu anggota badan sakit, merana seluruh badan. begitulah yang saya alami sejak 6 hari lepas. SAKIT TEKAK! fuh... dasyat betul rasanya. dah lama tak sakit tekak. sekali dah kena memang betul-betul teruk. nak telan air liur sendiri pun seksa! Allah...........

saya tak tahu apa punca sakit tekak tu. sama ada disebabkan makan mi udang atau teh tarik pada ahad lepas, 11 nov. maklumlah, geram tengok udang tu, sampai makan lupa orang sekeliling. hehe air teh tarik pula memang rasa agak kelat, ditambah lagi dengan warnanya yang `semacam`. maksudnya teh tarik tersebut seperti banyak bahan pewarna. tapi......... saya bedal je semua tu. hehe bangun pagi pada hari isnin, tekak terasa tak selesa. tapi boleh makan/menelan lagi. malam tu tengok tekak, ada 3 dot (titik) di tekak dan 3 dot lagi di sebelah rahang kanan. huhuhu memang tak leh tidur malam tu. dah mula rasa nak telan air liur pun susah, perit :( awal-awal pagi hubby ke kedai runcit beli dequadin.......... dah makan 4 biji makin bertambah sakit rasanya. tengok tekak dah jadi macam ulser dan putih di sekeling tekak... huhuuu

sampai la dah macam-macam ubat makan - mac dan difflam + ubat kumur, masih tak baik lagi. saya dah juga cuba minum air asam jawa. fuh, pedih... tapi lepas tu rasa selesa. tapi, tak lama dah rasa sakit balik :( jadi semalam saya ke klinik. doktor cuma bagi ubat sakit tekak deq + tahan sakit + ubat kumur. doktor tiada pula bagi antibiotik. hmmm.. doktor bagi deq tu kandungannya macam sama je dengan dequadin. fobia nak makan. keluar dari klinik tu terus cakap dekat hubby nak pergi farmasi la, beli antibiotik. saya malas nak cakap banyak dengan doktor masa jumpa tu. doktor india, lelaki, tua dan nampak garang.... saya nak bercakap pun terasa sakit. jadi dalam hati je la doa dengan harapan doktor tu bagi antibiotik. *saya berinteraksi dengan hubby pun main buat bahasa isyarat je. hihi serius sakit nak bercakap~~

pharmacist bagi antibiotik, ubat surut bengkak dan ubat sakit tekak yang jenis telan terus, dan ditambah dengan air cap badak. segarnya minum air tu... balik je terus makan ubat dari farmasi... alhamdulilah, malam tadi saya dapat tidur! cuma 2 kali terjaga. jika dibandingkan dengan malam sebelumya, saya tidak lena tidur. tidur 10 -15 minit, lepas tu terjaga. dah penat duduk, baring pula. sampai menangis-nangis. siap panggil `mak..... mak.... sakit....` huhuhuuhuhuhuhu macam budak-budak. alhamdulillah, dengan izin Allah, ubat farmasi dapat melegakan tekak saya... hari ini terasa semakin pulih, alhamdulillah. sekurang-kurangnya sudah tidak sakit lagi untuk menelan air liur! ^__^ 

ada hikmahnya saya sakit tekak ni. setiap kejadian tu bukanlah sia-sia kan? bayangkan dalam tempoh 6 hari saya tak jamah nasi. cuma dua hari makan bubur mcd. yang selebihnya minum air sahaja. yang peliknya tak rasa lapar pula tu. mungkin sakit tekak lebih mengatasi daripada rasa lapar. terasa badan dah susut sedikit, hubby pun kata begitu. terbukti bila rakan tegur saya nampak kurus. hehehe inilah hikmahnya kan, 4 hari lagi (21 nov, rabu) saya ada appointment dengan gynae di GH ;)) tak mau lah nanti gynae tengok saya ni gedabak sangat. haha memang sebelum tu berfikir... macam mana nak turunkan berat badan ni, dapat turun sikit pun sudah cukup... ditambah lagi sebelum tu berada di kampung seminggu, bertambah selera makan. akhirnya..... Allah beri saya kurus sedikit melalui tekak saya yang sakit :) oh, Ya Allah~~ Kau tarik nikmat yang ada, tetapi Kau berikan nikmat yang lain............ :)

Tuesday 22 November 2011

Rawatan Kesuburan 1

Alhamdulillah. sudah sebulan dari tarikh dapat referral letter (entri di sini), akhirnya hari ini saya bersama suami melangkah kaki jua ke hospital kerajaan sebagai usaha yang serius untuk melakukan rawatan kesuburan di tempat yang betul. walaupun saya tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, saya mengharapkan ini sebagai satu permulaan yang baik dan semoga Allah permudahkan. semoga hati saya tidak dibolak-balikkan.

ok, pagi-pagi lagi dah bersiap. sampai saja di hospital lebih kurang jam 9 pagi, terus ke bahagian pesakit luar untuk mendaftar. di kuanter, saya berikan referral letter yang saya dapat tu dan adik manis di kuanter itu meminta kad pengenalan dan GL saya. selesai mendaftar, saya diarahkan untuk ke Bilik 10, angka giliran 13. sementara menunggu, sempat saya melihat nama doktor yang bertugas di pintu bilik itu. alhamdulillah, perempuan. tidak lama saya menunggu, tidak sampai 15 minit. bilik-bilik doktor di sini banyak. cepat la sikit untuk dipanggil :)

masuk di dalam bilik itu, macam biasa, perkara-perkara basic doktor tanya. beliau kemudian meminta saya untuk membuat upt, memandangkan sudah 3 bulan saya tidak period (saya tidak menceritakan tentang spotting yang keluar pada 18 nov tempoh hari). saya ke A2, iaitu tempat ujian air kencing/darah. kebetulan saya memang nak terkencing pun. hehe bila sampai di A2 tu, saya beri form yang doktor bagi pada petugas di situ. saya diberikan botol dan macam biasalah apa yang perlu dibuat. lebih kurang 15 minit nama dipanggil menandakan result sudah diperoleh. result bertukar tangan, dengan sekali pandang saya melihat pada kertas tersebut. oh, dibulatkan pada perkataan `negatif`. jadi, tahu la maksudnya kan........ saya pun dah agak... hehehehe

masuk semula ke bilik doktor tadi di Bilik 10. saya hulurkan result tersebut. bla2.... doktor pun kata `saya refer kes puan ni ke gynecology`. wuhuuu itulah yang saya nak. *dalam hati je jawab. hehe* doktor pun isi la referral form dan sementara tu, nurse/pembantu doktor tu call ke bahagian O&G, mungkin nak dapatkan tarikh temujanji untuk saya (saya fikir). call tak dapat2. dan untuk memberikan laluan kepada pesakit di luar yang ramai lagi menunggu, saya pun keluar la sebentar. hampir 10 minit menunggu, nurse tersebut memanggil dan menyerahkan referral letter tersebut. dia sempat berpesan `jangan lupa bawa ye, nanti mereka tak layan`. saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya. mahal harganya referral letter ni ye.. saya akan simpan baik2. insyaAllah... tarikh temu janji di O&G adalah 21 Disember 2011 akan datang. ada sebulan lagi..

bagaikan mimpi saya telah selesaikan perkara di atas. sepanjang melakukan proses-proses di atas, tidak putus-putus saya berdoa agar dipermudahkan. dan saya risaukan tarikh temu janji jika dapat tarikh yang saya tidak free..(saya ada google tentang rawatan kesuburan di hospital ni. dan rawatan kesuburan hanya dijalankan pada setiap hari rabu sahaja) sesunguhnya Allah Maha Mendengar. tarikh tersebut dalam perancangan saya, memang saya free! :) lebih kurang sejam saja saya di hospital tersebut. alhamdulillah, tidak mengambil masa yang lama. untuk temu janji seterusnya tidak pasti lagi. Ya Allah, hanya pada-Mu ku bersandar, permudahkanlah.. amin.. ;)

Sunday 20 November 2011

Penjelasan Sains : Seks, Babi & JANGGUT!

Oleh Dr. Jamal Al-Din Ibrahim



Dr. Jamal Al-Din Ibrahim




Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:



(1) Seks
 
Pengacara:
 
Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?

Jamal Al-Din Ibrahim:

Berhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.
Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. 






Pengacara:
Bagaimana sebenarnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

Interviewer: 


Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ya, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

Pengacara: 


Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi. 

Pengacara: 


Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi... 

Jamal Al-Din Ibrahim:

Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika. 

Pengacara: 

Apakah sebabnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.


(2) Babi


Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.
Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

Pengacara: 


Adakah ini satu fakta? 

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ianya memang benar. 

Pengacara: 


Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik? 

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.


(3) Janggut




Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.


Pengacara:

Subhanallah!

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang. 

Interviewer: 



Subhanallah!


Kredit Facebook:
Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden






 Kredit gambar di atas: Facebook kawan;)





notakakitangan: indah sungguh Islam. setiap apa yang digariskan ada hikmahnya. teringin benar melihat suamiku menyimpan janggut. tapi apakan daya, tuntutan tugasnya tidak membenarkan :( kepada TTCian, rebutlah peluang ni. mungkin ada rezeki anda nanti! :))



Saturday 19 November 2011

6 Minggu

6 minggu tanpa cabaran emosi
6 minggu tanpa tekanan
6 minggu tanpa sakit hati
6 minggu tanpa tempikan
6 minggu tanpa pening kepala
6 minggu minggu yang tenang..................
insyaAllah :)
dan 6 minggu sebagai suri rumah sepenuh masa
;)

Yahoooo!! cuti sekolah - 6 minggu
minda saya pun nak cuti jugalah!
^_______^

Akhirnya? #2

update pasal period kali ni. semalam:
- hanya secalit darah selama di tempat kerja (2.30 petang - 6.30 petang)
- hanya setitik darah sejak malam tadi sehinggalah pagi/subuh ni (semasa tidur)

confuse.. tak pernah alami period macam ni. normalnya saya kalau 1st day period sikit2 saja keluar dan berterusan. tapi ni sikit sangat dan tak berterusan. mungkin hormon nak betul semula kot. alhamdulillah sekurang2nya darah tu keluar tanpa saya paksa. mungkin juga kesan makan epo, hormon nak stabil semula. jika tengok di sini, period saya macam dah jadi 2 bulan sekali. itupun kira dipaksa keluar dek kerana maajun. syukur kali ni tidak dipaksa, sikit pun sikit la :) alhamdulillah.

Friday 18 November 2011

Akhirnya?

terjaga saja dari tidur pagi tadi, sekeliling ar**la terasa sangat gatal dan terasa sedikit t*gang. [terfikir - adush, kenapa ni]. kemudian ke blik air. terasa lidah sangat pahit. [terfikir - oh, mungkin penangan malam tadi minum teh tarik di kedai mamak]. selepas itu ternampak secalit darah pada under***r. terdiam dan terkejut! barulah tersenyum simpul :) aik, tiada apa2 tanda tiba2 cik period muncul? tapi selepas lebih 3 jam pakai pad ni, hanya setitik darah saja yang ada...... ok, nak tengok sehari dua ni heavy flow ke tidak. atau hanya setakat apa yang saya tengok saja tadi.

Tuesday 15 November 2011

Adik2 Ipar VS Diriku

minggu lepas, minggu yang sangat emosi.
.tersentuh
.hiba
.sedih
.risau
.cemburu
Ya Allah......... aku tak mahu sifat ini..........

ok, nak dijadikan cerita, adik ipar lelaki saya sudah pun selamat dinikahkan macam yang saya cerita di sini. minggu lepas, tarikh yang orang rebut2kan untuk berkahwin, adik ipar perempuan saya pula bernikah.. jadi 2 pasangan pengantin la... adik ipar lelaki ku bersama pasangannya dan adik ipar perempuan ku bersama pasangannya..

saya dan suami tiba di majlis tersebut lewat, hampir nak bersanding. kami tidak dapat pulang awal, kerana kekangan masa, jarak dan kerja... lagipun suami ada kursus. semata2 kami ni macam jadi tetamu. kelasss tau, tak tolong apa pun sebelum majlis. ok la, dah salam semua di situ, makan dan tiba la waktu bersanding.. saya duduk memerhati. terpampang kegembiraan di wajah mereka. kemudian.....................................................................................................
seorang demi seorang mak ayah yang ada baby kecil mendukung anak mereka dan menghulurkan baby tersebut kepada setiap pengantin yang sedang bersanding untuk dicium........................................................ terkesima, tersentuh! huwaaaaaaaaaaaaaaaaa tau tak! rasa nak menangis juga di situ! lebih kurang sepuluh baby pula tu. kalau setakat seorang dua mungkin saya tak rasa apa2 sangat. rasa kecil je saya waktu tu............... saya sangat terasa. sebab, waktu kami bersanding dulu, tiada pun mak ayah yang ada baby bagi saya cium anak mereka sewaktu bersanding. ya, tidak ada! huuu....saya rasa sangat sedih, rasa nak menitik air mata saat menaip ni  (-.-,) dalam otak fikir, kenapa? kenapa? kenapa?????? sebab saya masih tak dapat beri lagi cucu pada my MIL dan FIL mereka buat macam tu?????? oh, saya sangat terasa waktu tu dan terasa malu dengan kekurangan diri. huhuuuuuu (`-.-,)

sementara pengantin menunggu nak makan beradab, mereka turun dari pelamin, adik ipar perempuan ku yang bongsu mengusap perut biras ku... huwaaaaaaaaaaaaa terkesima dan rasa berkecai hati! tersentuh betul naluri perempuan ku... *ye.... akak tak dapat lagi nak bagi anak buah kat adik :( sedih sangat masa terlihat situasi tu....................................................*

ok, itu kisah sanding, ni ada lagi kisah yang saya sebak................................ selesai bersanding, saya menolong MIL memasukkan pulut kuning ke dalam goodies bag. datang seorang makcik, nak salam my MIL. dia berkata dengan nada berbisik `tahun depan timang cucu la ye`. wuuhuuuu saya terkesima sekali lagi! terus MIL kata `eh, yang ni belum lagi. tahun depan sama2 la dapat 3 terus`.. oh....MIL macam nak menyelamatkan perbualan tu. mungkin, makcik tu tak kenal saya menantu kat rumah tu...tu la kot makcik tu tercakap kat MIL macam tu.... aiyoo tu la orang kata, cakap siang pandang2. huhu  :(

ada lagi satu situasi.. selepas ramai tetamu bersurai.. saudara mara hubby pun nak balik.. saya pun salam la mak ngah hubby.. berlaku la dialog :

mak ngah : dah lekat dah?
saya : belum
mak ngah: alhamdulillah *terkesima sekali lagi* nanti ada lah tu
saya : *senyum kelat*

aduh... adakah mak ngah tersalah sebut. sepatutnya `insyaAllah`. tapi `alhamdulillah`. bersyukur sebab saya masih tiada anak?? huhuuhuuuu

sepanjang majlis tu, saya rasa senyuman saya terasa kelat dan tak ikhlas. emosi telah terganggu. sampai adik ipar perempuan yang bongsu tegur. `kenapa akak masam je? takut tengok akak. duduk sorang2 je ni`. huhu kan dah kata.... saya kalau sedih ke apa, tak boleh nak sorok. tak pandai nak plastik!

sepanjang perkahwinan ini, situasi di atas la yang saya rasa sangat beremosi.. boleh dikatakan, teramat jarang orang bertanya soal anak kepada saya. kalau ada pun setakat `dah ada ke?` dan saya tidak rasa terusik dengan soalan itu. mungkinkah kerana 2 orang adik iparku sudah kawin saya rasa tercabar?????? bagaimana perasaan saya nanti jika mereka dah hamil dulu? oh, sungguh saya tak mahu memikirkan yang buruk2..

Ya Allah, bantulah dan kuatkanlah hamba-MU ini..

-.-,

Friday 4 November 2011

Tersentak

berita yang dikhabarkan, 
rakan sekerja sudah pregnant. 
tahniah kak F! 
senyum di bibir ku ukir saat itu,
tapi di dalam, hati menangis! 
rasa macam bertakung air mata!

kak H yang khabarkan kepadaku.
sedangkan kak H hampir 6 tahun kahwin masih berdua menyulam cinta dengan suaminya.
tapi kak H tetap maintain saja.

Kak F, memang mengharap untuk pregnant.
dia kahwin bulan feb tempoh hari.
berjauhan pula tu dengan suaminya.
seorang di utara, seorang di selatan.
tapi, masa bulan okt lepas, memang selalu suaminya pulang ke sini.
hoho, adakah sebab itu lekat ;)

padahal, baru 2 minggu lepas ku tanya pada dia.
dan waktu itu masih belum ada lagi.
nadanya seperti kecewa juga.
tapi sekarang,
rezeki kan...

hurm...
ku?
masih beginilah

*ish, tak baik mengeluh*

Sunday 30 October 2011

Baca, Fahami dan Fikirkan


    
    
    
    
    
    
    

    

Bila sampai bulan Zulhijjah, kita akan cakap pasal nak pergi haji, nak raya haji, tentang pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s. Saya pun nak cakap pasal pengorbanan gak lah. Boleh?
 
Ramai yang ada segalanya, tapi tiada pula penyeri rumahtangga - zuriat. Sebab tiada anak ni, ada suami-suami yang kurang sabar lalu ceraikan isteri. Ada yang sabar sikit, cari isteri lain lepas dapat keizinan. Ada juga yang tak sabar-sabar cari isteri lain bila tahu isteri tak hamil lagi selepas setahun dua kahwin. Bila lambat dapat anak ni, maklum sahajalah masyarakat kita, pasti ada kata-kata yang tak sedap didengar dari saudara-mara terdekat ataupun dari pendengki-pendengki setia.

Ayuh kita susuri sedikit kesabaran dua Nabi, Nabi Zakariyya a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Zakariyya a.s. juga impikan untuk mendapatkan zuriat tetapi isterinya mandul. Adakah Nabi Zakariyya a.s. tinggalkan isterinya itu? Tidak sekali-kali. Ceraikan? Tidak juga. Nabi Zakariyya a.s. bersabar, terima seadanya, malah layan isterinya dengan baik dengan kasih sayang dan kesetiaan. Pengorbanan yang mulia kan? Seorang Nabi yang Allah kurnia kelebihan, boleh sahaja kalau beliau hendak pilih perempuan lain untuk dijadikan isteri jika beliau mahu.

Bukti al-Quran: Firman Allah Surah Aali 'Imran (3):40 yang bermaksud:
Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
Demikian juga ceritanya dengan Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s. Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:
(Mendengarkan berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Nota:"Mereka" dalam firman Allah di atas ni adalah malaikat yg diutuskan untuk membinasakan kaum Luth ketika itu, singgah sebentar beri khabar gembira kepada Nabi Ibrahim a.s.

Pada umur Siti Sarah 90 tahun dan Nabi Ibrahim a.s. umurnya 100 tahun, barulah dapat zuriat. Jika tak silap saya, Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak a.s. dan Hajar (dari perkahwinan kedua) melahirkan Nabi Ismail a.s. Nabi Zakariyya a.s. pula mendapat Nabi Yahaya a.s. Adakah kedua-dua Nabi a.s. ini curang pada isteri-isterinya? Tidak. Mereka setia. Nabi Ibrahim a.s. dah tua barulah adanya pernikahan yang kedua.

Allah.. kuasa Allah kan? Berkat kesetiaan, kesabaran dan kasih sayang kerana Allah semata-mata. Ini semua adalah pengorbanan. Buah sabar akhirnya terbalas. Mudah bagi Allah segala-galanya. Yang penting, jangan putus asa. Bertabah jangan rebah. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat ke-9:


Setialah pada pasangan anda. Sabarlah. Allah bagi dapat hidup berpasangan pun dah cukup baik.

Bersyukurlah. Dapatkan zuriat itu sunnah. Setia juga sunnah. Setia pada yang halal.
 
Kredit kepada facebook : Jannati Baiti

Friday 28 October 2011

Sebulan Bersama EPO

beberapa hari lagi genaplah sebulan saya menelan epo. start makan masa 1 okt tempoh hari. perubahan ketara yang saya rasa adalah cervical mucus (cm) semakin nyata, sentiasa ada dan sudah tidak kering lagi! memang susah nak tengok cm sejak saya kahwin.. kering! saya ingat lagi, masa zaman belajar, setiap kali nak solat mesti saya tukar under***r, barulah yakin rasa bersih nak solat.. senang cerita memang ada la cm tu... cuma waktu tu, manalah faham sangat kan.. bila kenang2 balik, oh itulah cm.. zaman anak dara pun period cantik, tiap2 bulan ada..tapi sekarang...huwaaaa... saya pun tak faham..... cik p pun tak muncul lagi.... dah sebulan makan epo ni, nak tunggu berapa lama lagilah agaknya.. (@-@)

Tuesday 25 October 2011

Janin Hidup - Allah Maha Berkehendak Terhadap Sesuatu

JANIN HIDUP

 

Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat di atas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.


Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?


Terlintas di fikiran begitulah rupanya janin 15 minggu yang sanggup sesetengah orang gugurkan. Sudah bernyawa!


Kredit penuh kepada : http://ohmedia.fm/oh-janin-hidup/

Peluang Yang Dinantikan

20 nov (khamis), 8pm -

saya ditemani suami ke klinik. niat utama nak dapatkan mc untuk 21 nov (jumaat). padahal tak sakit apa pun. terpaksa nak dapatkan mc untuk 21hb sebab dah mohon cuti sebulan sebelum tu tapi tak dapat.. adik ipar lelaki kahwin 21 & 22 nov. takkan tak pergi kan..

jadi terpaksalah fikir, nak bagi alasan apa ya kat doktor.. berdebar2 juga. memandangkan saya sudah lewat period hampir 2 bulan, saya fikir nak bagi alasan tu lah.. kali ni saya ke klinik lain, yang saya tak pernah pergi lagi. dah malu rasanya nak pergi ke klinik yang sama dengan alasan yang serupa! oops, bukan nak dapatkan mc di klinik lain tu, cuma nak dapatkan kepastian tentang period yang lewat tu. sesampai di sana, daftar. tunggu sekajap, kemudian nama pun dipanggil. kebetulan tiada patient lain waktu tu. saya dan suami sahaja. masuk, alhamdulillah doktor perempuan, india..

bla bla bla bla bla...
akhirnya, doc bagi reference letter! maksudnya saya bolehlah memulakan rawatan kesuburan dengan lebih serius di tempat yang betul. dah lama saya menantikan peluang ni. yalah, kalau kita nak ke GH (hospital kerajaan) mana boleh suka hati saja pergi kan kalau tiada reference letter.. nanti pihak hospital tak layan. macam tu jugalah yang doc tu bagitau.. nak ke tempat kesuburan swasta, saya takut tengok harganya yang riban-riban itu. kos hidup di tempat tinggal saya tinggi, masih tak biasa dengan tempat2 rawatan yang disediakan di sini. lainlah kalau saya berada di selangor, teringin juga cuba di lppkn. tapi apakan daya, saya jauh nun di utara mengikut suami bertugas di sini..

sebenarnya doktor ni bekerja di GH, bahagian o&g. dia bekerja part time saja di klinik tu. belum berkahwin, umur pun sebaya saya. alhamdulillah rezeki saya berjumpa dengan doc yang betul malam tu. dia kata saya sangat patut untuk memulakan rawatan memandangkan saya sudah kahwin hampir 2 tahun. dia pesan jangan tangguh2, lebih2 lagi di GH ambil masa sedikit, lama nak tunggu appointment.. nampaknya, saya kena tunggu pertengahan nov, bila cuti sekolah bermula... malas rasanya nak minta cuti, susah sangat nak dapat.. [ huuu orang selalu kata cikgu banyak cuti. ya, cuti sekolah yang banyak. tapi cuti (crk) hanya 7 hari setahun. itu pun payah nak lulus ]

selama ni bila saya ke klinik lain, asyik dapat ubat turun darah sahaja. pernah sekali pergi ke maternity hospital swasta sebab dah 4 bulan tak period, doc pun bagi ubat turun darah. tiada pun doc nak komen lebih2...

hikmah disebalik cuti saya tidak diluluskan, saya dapat berjumpa doc yang sangat caring! ya Allah, terima kasih kerana membukakan jalan untukku.. terima kasih ya Allah, doa2 yang ku panjatkan Kau makbulkan. ya Allah, Kau sebaik2 perancang. permudahkanlah. amin! :)

Saturday 15 October 2011

Hikmah Lambat Dapat Anak


Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka. Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya. Dalan hadis Rasullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".
kredit : Facebook Hospital Bersalin
sungguh bagus pengisian di atas, sharing is caring  ^ - < 

Kalau Sudah Rezeki

setiap anak adam telah ditetapkan rezekinya, dalam rukun iman yang ke-6 "percaya kepada qada` dan qadar". semua orang sudah arif bukan. di sini saya nak ceritakan bebarapa pengalaman orang2 yang terdekat dengan saya...

1. mak : mak menceritakan kepada saya, dia mengandungkan adik saya yang last sekali waktu tu dah lewat period 3 bulan, alih2 tau mengandung.. tapi masa cek kat doktor kandungan mak baru beberapa minggu. mak pun tak cerita banyak, segan mungkin..

2. kakak sulung : 4 tahun menanti zuriat. tahun pertama, pregnant 5 weeks tapi gugur.. tahun keempat baru pregnant.. tu pun dah lewat period 2 bulan lebih.. cek kandungan baru 6 weeks.. anak yang kedua pula, kandungan meninggal dalam perut masa 5 bulan (kakak agak lasak waktu tu). then anak yang ketiga pula terus lekat lepas period selepas gugur..

3. jiran : tak sedar diri pregnant hinggalah kandungan sudah 4 bulan! period dia memang tak menentu. jadi tak terfikir la pregnant ke apa.. padahal anak dah dua. lagipun tiada alahan, bak kata orang, tiada tanda2 hamil. dah selamat bersalin dah kakak tu, anak yang ketiga..

4. Kak siti : dia seorang penggemar kopi. hari2 mesti kena minum kopi, kalau tidak dia akan rasa `lemau`. masa tu pun dia tengah usaha nak pregnant anak yang kedua.. tapi Allah kata Kun Fa Ya Kun, maka jadilah... akhirnya berjaya juga kak siti pregnant, rezeki dia... saya? punyalah pantang caffein, tapi......... Allah belum nak bagi... perut kak siti dah semakin bulat... mesti perut saya pun bulat macam kak siti jika saya pun pregnant. bersalin pun sama2. hihihi

5. kawan mak : umurnya dah akhir 30-an. tiba2 period lewat beberapa hari. gelisah kakak ni.. dia tak mau la pregnant, sebab anak dah besar2. sekali pagi tu muntah2... wah terus dia bertambah gelisah. cek doc... ye, memang pregnant! rezeki kan... dia tak mahu, tapi Allah bagi. saya mahu, tapi Allah belum mahu bagi lagi ;) ok, percaya rukun iman yang ke-6 :)

6. Kawan mak juga : kakak ni dah 8 tahun kahwin masih belum dikurniakan zuriat, umur pun dah nak masuk 30-an. alih2 hari tu tanpa dia duga, dia pregnant. rasanya dia tiada buat apa2 rawatan waktu tu. kira natural la. gembira tak terkata kakak tu :) dah selamat bersalin tahun lepas :)

7. blogger / forum ratuhati : beberapa ttc dah lewat period beberapa bulan, alih2 pregnant. tapi baru beberapa weeks :) samalah macam kes mak dan kakak saya tu... adakah saya juga akan seperti mak dan kakak serta rakan2 ttc??? :)

lately ramai ttc yang sudah pregnant.. tersentuh. bukan cemburu, tapi gembira... bila baca balik kisah mereka, lama mereka tunggu. tapi akhirnya Allah bagi bila SAMPAI MASANYA.. insyaAllah.. 

sejak beberapa hari ni minda saya semakin positif perihal ttc... harap akan terus positif. 
sebab susah untuk kekalkannya bukan?? ( _  _ )

Saturday 8 October 2011

Mana Awak?

macam biasalah, cik p belum kunjung. ni dah lewat lebih sebulan. saya mengharapkan period datang normal sekiranya tidak pregnant. imbas kembali rekod period saya pada tahun ini:


jan: 
5 hb (tu pun sebab makan norculat ke sonulat, lupa dah namanya. pastu on clomid 50mg)
feb: 
5 hb ( tiada rezeki dengan clomid, cun pula period datang)
mac: 
x
apr:
x
mei: 
4 hb (sebab makan maajun anggun bistari (mab), hari ke-17 makan period datang)
jun: 
x
jul: 
X
ogos: 
21 hb (sebab makan mab juga, hari ke-14 makan period datang)
sept: 
x
okt: 
???????

saya sudah seminggu makan epo. pada mulanya was2 juga hendak makan. takut2 pregnant.. tapi asyik -ve saja bila cek. niat saya makan epo untuk normalkan kembali period, moga berhasil. sekarang cubaan untuk diet/tidak makan malam :P setiap kali makan epo, saya selawat dan berdoa.. asid folik pula sejak kahwin memang saya amalkan, jarang miss makan.

moga berhasil! #-^


**tahniah kepada rakan2 ttc, makin ramai berjaya. sudah tiba masa, rezeki kalian sampai :) **

Saturday 24 September 2011

Nak Ku Mimpi, Tapi Enggan Terlena

semalam, sewaktu hendak pulang dari kerja setelah punch out:

masuk kereta terus terdengar bait lirik `nak ku mimpi tapi enggan terlena` dan serentak dengan itu mataku terpaku pada perut kak siti yang sedang berjalan menuruni tangga. terus tersentuh naluri ku..................... dengar lagi bait2 seterusnya terus bertakung air mata! nak menitik dah! huhuuuu syahdu je rasa masa drive semalam..................................................................

ENGGAN - FAUZIAH LATIF

Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
Enggan ku menanti
Dalam penyiksaan

Kini cintaku masih gelisah

Enggan dipersia
Enggan berkelana
Semarak cinta belum terbela
Ku sentiasa
Akur berdoa
Enggan kecewa

Nak ku mimpi tapi enggan terlena  
Ku dan sepi nan terintim
Ku disaksi oleh jelapang kasih
Nan terbentang kekeringan

Aku sebenarnya insan yang dahaga
Cinta tapi tidak berdaya

Mestikah aku dulu yang meluahkan
Jalan cinta mu enggan mengundang
Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana

Cuba kau nyatakan walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan
Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Dengan masaku makin terbuang
Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas

Dik oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti

Sehingga jelas


bait2 lirik yang dibesarkan tu sungguh menyentuh perasaan...
sememangnya dari dulu saya sangat meminati lagu2 fauziah latiff.. :)

*entri saya yang lepas Suratan atau Kebetulan tentang date period ku sama dengan kak siti...

Wednesday 21 September 2011

Tahniah Hikari

baru je pos entri kat bawah ni.
then blogwalking.
sangat2 happy geng ttc berjaya pregnant..
terasa macam saya pulak yang pregnant! hahahuhuhihi 
alhamdulillah rezeki hikari dah sampai ^ ^
semoga lepas ni giliran kami pula :)

Tanda-tanda Hamilku

ohhhh................................................
buat sementara ni langsung TIADA tanda2 pun..
ntah la....................................................
lately rasa stress......................................
so, hari ni dah lewat period 1 hari...
tapi..............................
irregular period macam saya ni boleh ke kata lewat period???????
adusshhhh! sebelum kahwin tiap2 bulan period, cantik je...
tapi.... selepas 4 bulan kahwin terus jadi tak betul sampai sekarang..
suka hati `beliau` je nak tunjuk muka..
kenapa?????
huh, tengok saya dah stress! #-^
period normal peluang lebih tinggi untuk pregnant, sebab boleh agak waktu subur...
tapi saya??????  :(

Sunday 18 September 2011

8 DPO, 11 DPO dan 13 DPO

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BFN a.k.a -ve!


payahnya rasa untuk meluahkan kata2...
bersabarlah wahai hati...

cek upt pada 8 dpo, 11 dpo dan 13 dpo..
AF = 21 ogos.. (15 dpo)
belum lewat period pun...hahahuhuhihiiii

bersangka baiklah dengan Allah! ;)

Wednesday 24 August 2011

Tak Boleh

`ape pun tak boleh` - JAMBU Maharaja Lawak. heheh

hehe ni bukan nak cerita pasal kumpulan jambu tu... ni nak cerita pasal susu kambing..
plan asal nak minum susu kambing 2 kali sehari.
tapi, tak tahanlah, rasa panas dan tekak perit.
jadi, sekarang kena minum sekali sehari je, waktu pagi :)
dulu kakak stokis HR tu ada pesan, kalau minum 2 kali sehari rasa panas, tukar sekali sehari saja..
ok, jadi sekarang saya dah fahamlah, saya perlu minum sehari sekali saja ;)

Sunday 21 August 2011

Gembira Tetapi Sedih

Alhamdulillah,
setelah hampir 2 bulan lebih menunggu, akhirnya kunjung juga period ku.
bersyukur sangat, rasa dah lama tak rasa saat macam ni...
ingat nak solat isyak tadi, tengok2........ bendera merah...
itu berita gembira bagi orang yang period ting tong macam saya.
tapi... agak sedih, tak dapat nak berpuasa di akhir 10 ramadhan ini..
sayunya........
insyaAllah, amalan2 lain boleh buat dalam bulan yang penuh barakah ini.
teruskan juga berdoa, insyaAllah, moga Allah perkenankan :)
oh ya, saya berazam sebelum ini. jika saya period, saya nak amalkan minum susu kambing + kurma setiap pagi dan malam. sebelum ini hanya minum pada waktu pagi sahaja... insyaAllah dengan usaha ini Allah akan permudahkan :)))
baru saja lepas minum, sedap! :)

Sunday 14 August 2011

Cerita Berhabuk Ku

Aiyaaa.. lama tak jenguk blog!
Kesian blogku, hampir berhabuk. uhuk
Hari ni baru ada kekuatan nak update...

1. Hmm.... period ku masih tak mahu tunjuk muka... lewat dah 3 bulan :( last period masa awal bulan mei. sekarang dah bulan ogos. uhuk!

2. Jadi... disebabkan period masih degil nak keluar, saya start makan semula Maajun Anggun Bistari (MAB) masa 7 ogos, ahad. insyaAllah, mungkin awal raya period mai kot... ni botol kedua saya cuba. first time ambil masa bulan april, then saya period bulan mei tu.. -,-`

3. Perut dah 4 hari sakit2 macam senggugut, tapi on off... malam tadi terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut. tak tau la kalau kesan daripada mab.. kalau ikut pengalaman yang lepas, masa hari ke-15 makan baru rasa sakit perut senggugut macam nak period tu. sekarang ni pula, masa hari ke-5 makan dah rasa senggugut. haissh, tak tau la disebabkan MAB ke apa...

4. Harap dapat puasa penuh ramadhan kali ni... harap period datang awal syawal.. amin ^ ^

5. Berkenaan dengan upt hari tu - main cak2 kan... saya anggap mungkin -ve kot sebenarnya... rasanya, mungkin urine saya panas, then saya terus celup upt guardian tu, then terhasillah evaporation line. uhuk! walaupun, tak sampai seminit line kat T tu dah nampak tau :( apa boleh buat... upt tu menguji kesabaranku dan nak main teka-teki.. ok, kenapa saya kata macam tu, sebab... kebetulan saya simpan urine tu lama sikit sebab nak tunggu hubby dan tengok sama2 line tu naik. akhirnya... langsung takde keluar line kat T tu... tak puas hati, selang beberapa hari lepas tu saya cuba lagi. bagi masa lama sikit baru test, dan ya, -ve! so....maybe la sebab urine tu panas menghasilkan line!-evaporation line. sob2. tapi serius cakap, memang teruja la nampak `2 line` tu =P

7. Ok, saya baru seminggu pakai pantyliner AVAIL.. katanya bagus untuk macam2 masalah kaum wanita. period tak teratur, senggugut, ikhtiar anak etc.. saya suka pakai, berangin dan dibuat daripada campuran herba... bila saya pakai, sakit perut (yang saya ceritakan di atas) berkurangan bila pakai. siapa nak tau, boleh tanya encik google :)

6. Sempena bulan ramadhan yang penuh berkat ini, tidak putus2 saya berdoa agar dikurniakan zuriat + buat solat hajat... hati rasa lebih tenang :) terasa sungguh kelainan, susah hendak diungkapkan dengan kata2 ^ ^

Semoga saya dan rakan-rakan TTC yang lain mendapat  berita yang amat gembira selepas bulan ramadhan ini. AMIN! :)

* Orang yang bersabar akan mendapat rezeki yang tidak akan disangka-sangka, insyaAllah :) *

Sunday 24 July 2011

Misi Menuju Gaya Hidup Sihat

Wahh.... lama dah nak amalkan gaya hidup sihat  ni...
Bukan la bermakna saya ni perokok tegar ke, kaki minum ke...huhuhu tidak, nauzubillah!
Maksud saya.... saya nak amalkan pemakanan yang sihat + bersenam....
Hari2 makan ikut suka je, bersenam pun tidak! heh~
Harap naik tangga turun tangga je la setiap hari...
Tu pun sebab rumah tingkat atas sekali dan suasana sekolah yang berbukit.
Harus la memanjat tangga saja! ;P
Berat saya sekarang dalam anggaran 70 kg, tinggi 168cm.
Saya sangat tidak selesa dengan keadaan badan saya sekarang.
Perut dah berlapis2, banyak betul lemak!
Baju pula banyak yang dah tak muat.huhuhu
InsyaAllah...harap bermula hari ni azam ni kuat, lagipun nak puasa dah...
Yang penting kena kurangkan makan nasi + tidak makan malam..
Sekarang ni kan tengah minum susu kambing.....
Kalau makan tak jaga, susah la.....
HOYEH2!! ^^

BMI Categories:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater
*BMI saya sekarang ini = 24.8
*Harus la usaha gigih! dah nak tumbang ke Overweight dah tu...huhuuhuu oh, tidak!
*Oopss, kena beli penimbang la nampak gayanya! ;P

Susu Kambing Oh Susu Kambing

Yummmy.... sedap juga susu kambing ni rupa-rupanya ya!
serius tak tipu....hehehehe
ok, saya minum susu kambing ni sebagai salah satu ikhtiar untuk TTC saya...
saya beli jenama HR... hi-goat campuran kurma + madu...
siap dah jadi ahli...hehehe
sebab kalau harga ahli murah sikit...
saya suggest kepada kawan saya untuk minum (dia dh setahun kahwin masih belum ada baby).
esoknya terus saya belikan untuk dia guna kad keahlian saya...
seronok dapat bantu walaupun guna kad  keahlian saya je.hihihiiii

Tuesday 19 July 2011

Suratan atau Kebetulan 2

Lamanya hasrat nak update blog tertangguh. malam ni baru rasa ada kekuatan nak update. dalam tempoh sebulan ni macam-macam hal TTC saya berlaku...

1. saya pelik, sangat pelik.... saya cek upt guna jenama guardian bermula 18 jun hinggalah pagi tadi, 19 julai - upt samar2. tapi masih boleh nampak.... saya tak pasti la sama ada evaporation line atau pun faint positive... yang saya pelik, kenapa line kedua muncul??? sedangkan yang sebelum2 ni kalau saya buat upt mesti keluar 1 line saja! huhu suspen!

2. jadi, 22 jun saya ke klinik rahim yang biasa saya pergi. cek upt.... dan jawapannya -ve! masa ni saya tak sihat..... pening2, sakit pinggang dan lemah2 badan... so dapat mc... hati saya sangat tak tenang masa ni. jadi 24 jun saya buat upt lagi, dan keluar juga line yang kedua tu (samar2). esoknya 25 jun saya ke klinik syifa.... saya tak buat upt pun. saya tunjukkan upt yang saya buat. doc tenung upt saya tu... emmm dia kata mungkin awal lagi kalau ada... nak scan pun sure tak nampak. tapi saya minta scan... takut ada penyakit lain.... doc pun scan.... tak nampak apa2 pada rahim saya, mengembang pun tidak.... alhamdulillah rahim saya ok dan tiada cyst... kemudian doc kata `nak buat upt x?` saya kata `takpe la doc`. then doc minta datang 2 minggu lagi.... tapi sampai sekarang saya tak pergi pun lagi...nanti la....

3. hari selasa minggu lepas (12 julai) saya rasa sangat tak sihat! tapi saya gagahkan juga pergi kerja.... tapi baru beberapa jam di tempat kerja, saya rasa sungguh tak bermaya, pening, loya dan macam2 lagi.... disebabkan tak tahan sangat, saya minta kebenaran daripada PK Petang untuk balik.... dia tanya `mengandung ke?`. saya tersenyum kelat dan jawab `emm takde la :)` alhamdulillah dia benarkan saya balik dan akan dikira mc sebab tak cukup 4 jam bekerja.. ok, takpe la, memang niat nak pergi klinik pun.... call husband, minta temankan ke klinik. kebetulan husband off hari ni. adui... sampai klinik ramai orang dan hampir nak tutup dah untuk rest. masuk2 je doc kata:

doc: hai mama, apa cerita?
saya : tak sihat la doc, pening sangat.
doc: mengandung ka???
saya: tak tau la doc....
doc: saya tengok muka mama pun dah tau mengandung.
saya: (ahhh, sudah doc ni nak bagi harapan palsu ke apa.....) emmm ye ke doc.
doc: ok, saya bagi botol urine ni. esok datang bawa urine yang pertama awal2 pagi.
saya: ok doc (aduiii la..........)

esoknya.........................saya cek la sendiri upt (bukan pakai jenama guardian) -ve! wawawa...... jadi............. saya malas la nak ke klinik untuk temu janji tu..... sampai sekarang botol urine tu ada pada saya. heheh


4. baru2 ni 16 dan 17 julai mak dan adik2 saya datang ziarah saya.... seronok sangat bawa mereka jalan2... saya pelik juga mak saya tak bagi buat kerja dan angkat benda2 berat. tapi terkunci mulut pula nak tanya kenapa. semalam call mak, semata2 nak tanya benda tu. mak kata muka saya macam orang mengandung! tengok cara nafas pun lain! huhuhuuuuu yeke mak.............................

5. ni pun cerita pasal semalam juga. rentetan kenapa saya cal mak saya. saya beli susu kambing + kurma + madu dari stokis HR berdekatan dengan rumah saya. selesai beli, masa nak balik akak tu tegur.

stokis HR: awak mengandung ke?
saya: tak tau la kak, kenapa akak tanya macam tu?
stokis HR: nampak macam awak mengandung la (sambil pegang tangan saya). akak dah ada anak 5. dapat rasa awak macam dah ada. ada sesak nafas tak?
saya: tak perasan la kak...

tula sedikit sebanyak perbualan aku dengan kakak tu (lama juga berbual). kakak tu ada suggestkan aku berurut dengan sorang makcik ni... insyaAllah ada rezeki saya pergi nanti.... nombor hp makcik tu takde kat kakak tu, hilang... kemudian dia akan bagi kepada saya....

* itula sedikit sebanyak hal2 yang berlaku dalm tempoh sebulan ni............................. 4 orang tegur tanya saya mengandung ke - PK Petang, doc rahim, mak dan kakak stokis HR.. huhuhuhuuuuu mak + kakak stokis tu dua2 tegur nafas saya lain.... kebetulan pula sejak 3 minggu kebelakangan ni saya ada cek denyutan nadi, memang makin bertambah. yang saya perasan masa awal2 cek dalam 50 lebih, kemudian naik 70 lebih dan sekarang ni jadi 80 lebih! pernah juga capai 90 seminit...huhuhu.... tak tau la....................

pagi tadi cek upt...............ada line samar2.... tapi saya tak pasti la, jenama guardian ni betul2 ok ke tidak! bayangkan masa buat 18 jun tempoh hari samar2, dan pagi tadi pun  samar2....kenapa tak makin terang? adakah jenama upt guardian ni tipu saya????...................................

tapi yang peliknya...... saya guna jenama guardian juga sebelum2 ni... tapi takde pula keluar line kedua tu, langsung takde.... saat ini saya keliru.... ya Allah, aku bersandar kepada mu kebaikan di dunia dan di akhirat....

tipu la kan, kalau kata saya tak mengharap........ berdebar2 pun ada :) insyaAllah, sampai masa pasti ada rezeki juga! ^^

Friday 17 June 2011

Suratan atau Kebetulan

Alhamdulillah, tanda bersyukur ke atas nikmat yang Allah beri.
Sungguh Allah itu berkehendak ke atas sesuatu.
Tadi, saya mendapat perkhabaran rakan sekerja a.k.a Kak Siti telah diberi anugerah yang dia tunggu-tunggu sejak setahun lalu...
Kak Siti pregnant!
Anak yang kedua, insyaAllah :)
Ya Allah....
Seronoknya dengar....
Rasa macam saya pula yang pregnant!
Sebab apa???
Our last period sama!
4 Mei 2011 :)
Tapi.......
Kak Siti telah dipilih Allah untuk menambahkan umat Nabi Muhammad...
Saya???
Mungkin belum tiba masanya untuk Allah beri peluang itu....
Namun.....
Mungkin peluang saya tetap ada selagi period saya belum kunjung tiba.... hehehehhh :)
Happy for u Kak Siti! ^_^
Walaupun kebetulan period kita sama, suratan menentukan rezeki pada akak ;)

Nota kaki : Saya suka laman web di bawah ini.
http://www.pregnology.com/
Melalui laman web ini, saya boleh tahu waktu ovulasi dan lain-lain dengan lengkap.
Dan pada saya, laman web ini memang sangat bagus!
Sebab apa tau, mengikut perkiraan my last period 4 Mei tu, waktu implantation (sekiranya saya hamil) adalah 27 atau 28 Mei 2011. Dan............ Kak Siti memang mengalami implantation bleeding pada 27 dan 28 Mei tu... Dia ingat period, tapi sikit-sikit saja dan selama dua hari.... Wah, best kan :)
Kalau saya tidak salah, terdapat sikit sangat tanda coklat-coklat pada seluar comel saya pada 27 Mei tu... Tapi, saya tak pastilah kalau keputihan atau apa........ Buat masa ini kita relax dululah! -,- hihihiii

Thursday 16 June 2011

Entah Bila

Aduh... Melayan perasaan ketika ini...
Ini yang tak suka duduk sorang2.
Sementara menunggu kepulangan encik hb dari kerja,
`merewang` la dari blog ke blog.
Rasa dah lama juga tak melayan perasaan tentang baby..huuu
Sebab tak mahu terlalu memikirkannya..
Hari ini, genap 2 minggu cik p ku lewat..
Minggu lepas (masa hari ke-3 lewat period) dah check UPT.
-ve.....
Sekarang ini, saya tak rasa ada tanda-tanda pregnant pun..
Jadi................................................................................
Tunggu sajalah :)
Walaupun..................
Waktu 2 minggu inilah masa yang terbaik untuk mengetahui ketepatan keputusan UPT :) *berdasarkan info dari page Dr Zubaidi :)

Friday 27 May 2011

Deactivate : Full Stop

Akhirnya, setelah lama berkira-kira untuk deactivate account fb, saya telah melakukannya malam tadi.
Tidak pasti sampai bila, tapi yang penting saya tidak mahu sakit hati lagi.
`Dia` sangat riak. Saya rimas. Home saya selalu semak dengan postnya yang membangga diri.
Tidak perlu semua itu. Harta benda, kecantikan, suami, anak - semua itu hanya pinjaman dan ujian.

Ya Allah, aku tidak mahu sifat mazmumah ini.

Saturday 21 May 2011

Maaf Nur Kasih

Maaf Nur Kasih, saya tidak pilih `kamu` untuk ditonton tadi.
Saya pilih Pirates of the Carribbean :)
Entah, langsung tidak terbuka pintu hati hendak tonton Nur Kasih.
Promo di televisyen mengatakan sangat menarik, tapi ada juga beberapa blogger yang memberikan kritikan.
Drama Nur kasih, pada awal episod saya layan juga, tapi bila masuk part Ayu Raudhah, saya sudah jarang menontonnya.
Mungkin, sebab itu saya tidak berminat untuk menonton the movie pula.
Maaf ya, walau di media mengatakan `kamu` membawa fenomena.
Tapi tidak bagi saya, biasa-biasa saja.............. (^_^)v

Blog Itu

Blog itu, aku terbaca tanpa sengaja, melalui komen rakan fb.
Mulanya, aku ingat, `oh, kisah novel`. Tajuk entri tersebut Jalan Pulang.
Eh! rupanya tidak! kisah benar!
Mampukah aku sekuat seperti semua penceritaan di blog itu??
Kehilangan `tongkat` di awal usia perkahwinan yang masih mewangi.
Tempat bermanjanya 2 puteri kepada ayahnya.
Tentu belum puas untuk mereka bermanja. Tentu!
Yang sulung dalam lingkungan 2 tahun, si bongsu 4 bulan :(
Oh, sungguh tak tercapai dek akalku!
Semoga isteri itu, sungguh tabah dalam mengharungi ujian dari-Nya.
Pasti, ya pasti! ada sesuatu yang istimewa di sebalik musibah itu.
Aku, walau tidak mengenali langsung keluarga itu, namun cukup terkesan di hatiku.
Tiap masa asyik terkenang, aku sendiri tidak mengerti!

Al-fatihah untuk arwah nafastari :(

Sunday 15 May 2011

Berdebar-debar!

alhamdulillah....
saya telah suci dari haid semalam...
berdebar pula rasa....dan juga celaru...
Ya Allah...jika terbaik buat kami di dunia dan di akhirat,
permudahkanlah benih ku dan benih suamiku untuk bersatu pada bulan ini seterusnya berkembang menjadi bayi yang sihat...yang akan menjadi anak yang soleh/solehah....
Amin...........
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui....

Saturday 7 May 2011

Tahniah Ateh & Cik Ila!

bismillah...
lama sudah tak coret sesuatu kat blog ni...
nak share berita gumbiraaaa....
ateh & cik ila dah bergelar papa & mama hari ini.. ^-^
dapat baby girl, berat 2.45 kg..cik ila mulai sakit 5 hb lg, tp bukaan baru 2 cm
alhamdulillah jam 1.30 am, 7 may di hospital putrajaya cik ila selamat delivered :)

dan...bilakah rezeki untuk ku & suamiku...
ya Allah, perkenankanlah...

waktu ini rasa sedikit nerveous! cik p ku dah mai setelah 2 bulan tidak menjenguk..
hari ni hari ke-8 period.. hope lepas ini akan ada keajaiban berlaku, insyaAllah!
nak dijadikan cerita, saya makan MAB (Maajun Anggun Bestari)..
alhamdulillah dengan izin Allah hari ke-17 saya makan MAB period pun mai..
masa hari pertama hingga ke-5 period dtg skit2 je, macam hujung2 period tu...
tapi lepas hari ke-5 sampai sekarang cik p turun heavy :)
tergerak hati nak makan MAB ni sebab baca testimoni yang memberangsangkan :)

insyaAllah.....dengan hadirnya cik p ku pada bulan ini, harap akan ada berita yang sangat gembira pada bulan hadapan.... amin.........
ya Allah..........berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat......sesungguhnya yang baik itu datang dari-Mu, tiada tandingan kekuasaan-Mu.............

*ateh = adik lelakiku, cik ila = his wife

Friday 1 April 2011

Bilakah Detik Itu...

Sayunya rasa hati ni....
kalau duduk sorang2 macam ni la, layan perasaan yang saya sendiri pun tak nak terlalu memikirkannya..
cik p ku dah lewat dekat 4 minggu, pagi tadi cek upt -ve..huhuuu
bilakah detik mataku akan dapat lihat double line yang terang???
ya.....saya tahu....perancangan Allah itu sangat cantik!!
rahsia Allah, kita tak tahu..
bila kita akan mati???--kita tak tahu!
bila kita akan ada zuriat pun kita tak akan tahu....
sabarlah wahai hatiku~~~~~ :)

usia perkahwinan sudah 1 tahun 3 bulan...
3 bulan pertama kahwin saya tak fikir nak ada baby dalam masa terdekat..
coz rasa macam tak bersedia.
tiada ambil ubat apa2, juz rancang manual je ^huu..boleh gitu?heee^
masuk bulan ke-4 kahwin iaitu april 2010, perasaanku membuak2 nak jadi seorang mama..
so start bulan april 2010 tu ku tunggu2 ada berita gembira, tapi hingga saat ini Allah belum perkenankan...
hari ni dah masuk bulan april 2011.............

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosaku, suamiku..
permudahkanlah urusan-urusan kami di dunia dan akhirat,
murahkan rezeki kami,
kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah mengikut ketetapan-Mu....
sesungguhnya Kau Maha Pengasih.....
Amin...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...