Followers

Monday, 5 September 2016

Pejam Celik

assalamualaikum.

baru ada mood sikit nak jenguk blog..
sekarang nak buat apa pun `berchenta`..

berkenaan pregnancy..
alhamdulillah, hari ni dah 18 minggu..
di trimester ke-2.. subhanallah

doa tak putus2.. moga semuanya selamat....

<3

Friday, 10 June 2016

LPPKN 10: 15 DPO, Nikmat Tuhan yang Mana Hendak Kamu Dustakan?

assalamualaikum.

15 dpo = 29 mei. pada hari itu juga merupakan hari terakhir saya makan duphaston (selama 16 hari). badan letih.. asyik nak tidur je walaupun tak buat kerja berat pun..

petang tu abah minta saya belikan ubat di farmasi. masa nak bayar ubat sempat lagi grab satu upt.

ikutkan malas nak cek.. tapi memikirkan esoknya nak ke penang, saya cek juga maghrib tu dengan penuh tiada perasaan. kot2 lah positif boleh berjaga2.. dah la penang musim durian... uhuu dalam fikiran simptom ni semua nak period je dan sebab makan duphaston..

titiskan urin.... dan... tak terlintas di fikiran... line T naik perlahan2... Allahuakbar... sebak sangat...


 15 dpo.. line samar..


selang satu hari saya cek lagi...

 
hasil upt sehingga 21 dpo.. line makin pekat


tak terungkap rasanya.. bersyukur di atas segala nikmat dan peluang yang Allah berikan ini..


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [Ar-Rahman 55:13]


walaupun pada awalnya Allah duga iui cancel... dan saya tak letak harapan tinggi. tapi kekuasaan dan perancangan Allah itu lagi hebat! tak terjangkau dek fikiran saya... Allah dah aturkan yang terbaik dan Dia Maha Mengetahui..

kandungan ini masih terlalu baru... masih terlalu awal juga untuk kami (saya dan suami) terlalu gembira.. kami mengharapkan kandungan ini kuat dan selamat sampai melahirkan serta cukup bulan..

sejak pindah duduk dengan mak abah.. makin murah rezeki kami suami isteri.. dan.. hikmah 7 tahun tanpa zuriat juga dapat kami lihat.. terlalu banyak hikmah. Allah tidak membebani kami tanpa kemampuan kami sendiri.. Allahuakbar.

buat kawan2 ttc... semoga rezeki berpihak pada kawan2 juga, soon!... 
dengan berkat bulan ramadhan ini..
doakan saya juga..

#7yearsttc
#sesungguhnya perjalanan ini bukan mudah, sungguh!
#mula treatment di lppkan 29feb, upt positif 29mei <3




Thursday, 9 June 2016

LPPKN 9: 2WW

assalamualaikum.

14 mei (sabtu) iaitu sehari selepas suntik pregnyl 5000iu, saya perasan ada egg white pada hari itu. lagi pun jangkaan doc telur akan pecah pukul 10 malam (selepas 36 jam suntik pregnyl). pada 14 mei juga saya mula makan duphaston.

maka bermulalah sesi 2ww.. 1 dpo = 15mei.

  • 1-5 dpo: sore n*, bloating
  • 6-11 dpo: bermula 6 dpo dapat simptom baru - perut mencucuk2@senak@senggugut dan sore b*. sore n* dan bloating tetap ada. peliknya saya rasa perut mencucuk2 tu.. masa tengah drive, solat, duduk atau berjalan - bila tiba2 sakit tu datang rasa nak nangis.. bila nak tidur pun tak selesa.. 10 dpo ada cek upt.. tapi negatif.
  • 12 dpo: saja nak tengok apa simptom yang selalu orang ada, saya buka web countdown to pregnancy...


kesemua 10 simptom ni saya ada! cycle2 yang sebelum ni kadang2 ada separuh je simptom tu..huhu

  • 13 dpo: disebabkan kononnya semua simptom 12 dpo tu saya ada, saya pun cek upt.. hasilnya.. negatif.. baiklah
  • 14 dpo: simptom masih sama.. cuma tahap letih tu makin menjadi2.. asyik nak tidur je.... nak cek upt malas... ermmm

sambung..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...