Followers

Wednesday 5 December 2012

Sepatutnya Hari Ini..

gulp!


sepatutnya hari ni... saya ada appointment di GH! tapi... saya tak pergi.. huhu memang rasa serba salah, tapi perasaan tak nak pergi tu lagi menebal. hehe sebab saya tak nak pergi:


  1. saya tak makan pil yasmin seperti yang disuruh! kalau saya makan, dah habis 3 cycle kan... hehe saya `takut` la dengan pil2 ni... takut gemuk dan ubat tu bertahan untuk sementara je betulkan period kita..
  2. nak cuba naturally. sebenarnya, sejak lepas ramadhan, saya cuba naturally dengan tambahkan lagi amalan petua2 natural ni... 8 okt lepas period saya keluar sendiri.. tapi sampai sekarang tak period lagi. mungkin kena konsisten minum susu kambing+kurma! dah lama tak minum dah, sejak raya haji. huhu

sepanjang tempoh cubaan secara naturally ni, saya amalkan (ada yang on off):


  1. buah delima fresh. hampir setiap hari makan. pasar malam setiap jumaat je jumpa.
  2. madu. culas sejak raya haji.
  3. susu kambing + kurma. pun culas sejak raya haji.
  4. multivitamin. dah hampir dua botol. stok botol ke-2 dah nak habis.
  5. homeopathy hassan.
  6. tak minum ais/manis/berkabonat/caffein. ais kadang2 kantoi, tapi tak kerap. caffein - paling kuat teh tarik nak hilangkan gian. hehe nescafe?? sejak lepas ramadhan tak minum! macam tak percaya pula. hehe bila makan nasi pun order air suam je.. tak pun bawa air sendiri ke kantin :) sekurang2nya dah dapat cut gula di situ kan... hehe
  7. elakkan makanan berlemak/berkanji.
  8. BBT. yang ni baru je mula 29 nov..   


saya target nak cuba naturally sehingga hujung tahun ni... harap ada la rezeki.. amin.. sekiranya masih belum, mungkin nak cuba klinik swasta... lagipun, treatment di GH tu saya dah agak puas hati, sebab benda2 yang `besar` saya dah buat... terutamanya HSG, tiada cyst/fibrod, rahim ok, hormon/tiroid ok... hubby pun normal. alhamdulillah...


cuma period ni je kan... tak teratur. saya agak, kalau saya pergi appointment tu hari ni, mungkin doktor suruh saya makan lagi ubat untuk betulkan period... nak buat iui macam payah je....


emmm.... saat saya menulis, ini perasaan saya pada waktu ini, apa yang saya fikir (tentang usaha sekarang). di kemudian nanti tidak tahu la... harap ada rezeki buat kita semua.. amin!



Thursday 29 November 2012

CD 53 ; BBT?

BBT?


seronok tak rasanya nak buat BBT? kalau cycle pendek dan tetap mungkin seronok kan... sekejap je dah keluar garis merah tanda ada ovulasi. orang yang cycle panjang macam saya?? kesabaran perlu dilipat gandakan la kot ek.. hehe saya tiada pengalaman, tapi dah lama teringin nak cuba. tapi terbantut sebab cycle panjang... macam tak boleh nak sabar je.. heheheeeee


tapi,
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
;P berperibahasa pula....


emm.. saya nak buat BBT ni, sebab nak pantau cycle ada ovulasi tak. yela, kadang2 rasa macam ada tanda ovulasi/pregnant.. tapi bila cek opk/upt negatif je.. lepas tu, mula la rasa agak down... mujur la kekuatan cepat datang.. saya pun tak suka layan perasaan sedih2... tak suka! tapi itu la yang syaitan suka... huhuhu


jadi bila kita buat BBT, insyaAllah kita akan tahu bila kita ovulasi dan boleh la mula counting DPO dengan tepat... tak macam saya, main agak2 je DPO.......... kemudiannya cek upt negatif. mesti sebenarnya tiada ovulasi tu, sebab main agak je... period pun tak teratur kan.. huhu entah la, itu yang bermain di fikiran, baru nak cuba... tak tahu la kalau apa yang saya fikir pasal BBT ni salah... hehehe


semalam, keluar jalan2 singgah guardian.. beli termometer cap guardian je, RM 16.90.. saya beli yang satu titik perpulahan... yang bagusnya untuk BBT ada dua titik perpuluhan kot..


harap kamu dapat berkawan baik dengan saya ya!


hari ni sebenarnya dah CD 53, last period 8 oct...
saya mula ambil suhu..
tapi bila saya key in dalam FF hari ni (29 nov) jadi CD 1 pula....
memang pun patutnya kalau kita nak BBT kena mula dari CD 1 kan...
takpe la, belasah je la kalau FF ni nak anggap hari ni CD 1... hehe


sebelum tidur malam tadi, saya saja2 ambil suhu (12.30 am) - 36.4
set jam pukul 6 am untuk ambil suhu - 36.2
lepas subuh tidur balik sekejap, bangun pukul 9.00 am, suhu - 36.3


nampak menarik suhu saya tu sebab takde la lari banyak mana sebelum/selepas tidur..
ok, jom kita cari garis merah!




# hari ni genap 2 minggu makan homeopathy... dah botol 3 :)




Sunday 18 November 2012

Homeopathy Hasan

dah lama sangat nak cuba rawatan hemeopathy ni. sampaikan ada kenal dengan seorang hamba Allah ni masa awal tahun 2011 di facebook Hospital Bersalin, dia suruh saya cuba hemeopathy hasan di bangi.. dia berjaya pregnant tak silap kurang tiga bulan lepas treatment kot... padahal.......... kampung saya tersangat la dekat dengan pkns bangi ni.. sebelah ajer... haa, saya bertemu jodoh saya pun di sini... hehe ;D


rasanya, hemeopathy hasan ni memang terkenal dengan penduduk sekitarnya. kliniknya terletak di dalam kompleks pkns bangi di tingkat atas sekali, berdepan esklator. baru-baru ni kami suami isteri balik kampung saya.. teringat tentang homeopathy ni.. 14 nov (rabu) kami main terjah je datang. masa tu dah pukul 6.30 petang.. rupanya klinik ni tutup pukul 6.00 petang. kalau dulu tutup 9.00 malam..


hubby memang kenal dengan Dr Hasan dan anak-anaknya (staf terdiri daripada anak-anknya juga). syukur la diaorang bagi masuk walaupun dah tutup. haa nasib la diaorang ingat lagi hubby walau lama juga tak jumpa. hehe tapi Dr Hasan tidak ada, yang ada Dr Salman. hubby kata tak silap Dr Salman ni adik Dr Hasan.


masuk bilik Dr... dia tanya apa masalah kita. err tak tau nak jawab apa sebenarnya sebab tak sakit. hihi dan2 Dr tanya tu handphone hubby bunyi, dia keluar la sekejap.. alamak, tinggal saya berdua dengan Dr tu. saya cakap `kami dah 3 tahun kahwin tapi takde zuriat lagi`. fuhh, panas rasa muka. hehe tak lama tu hubby masuk balik.


pastu bla2... Dr suruh letak tangan atas meja. Dr akan tengok masalah kesihatan kita melalui tapak tangan. semasa tangan kita di `scan` Dr akan tengok kertas yang ada senarai apa tak pasti.. Dr kata rahim saya 90% tak sihat.... atau bahasa sedihnya 90% kurang subur. diulang 90%! sedihnyaaa..... lain-lain saya ada masalah penghadaman, tak silap 80%.


hubby pula, kesuburan ok! cuma ada masalah penghadaman tak ingat berapa peratus. 60% kot... gitu la yang Dr bagitau.....


ni ubat yang saya dapat.


 
ubat ni makan kena ikut urutan. dah habis botol 1 baru boleh makan botol 2 dan seterusnya..

  • BOTOL 1 : makan 1 biji setiap 1 jam. saya makan 6 biji je sehari... maknanya 6 jam je.. jenuh juga setiap jam nak makan. tapi ubat ni makan waktu siang je. elakkan makan ubat ni sejurus selepas makan. pastikan makan ubat ni setengah jam sebelum makan / setengah jam selepas makan...
  • BOTOL 2 : makan 1 biji setiap 3 jam
  • BOTOL 3 : makan 2 biji 3 kali sehari
  • UBAT HAID : makan 2 biji 3 kali sehari. hanya dimakan pada waktu period. sekiranya kita period, botol 1-3 tu stop makan dulu. habis period baru sambung makan botol 1-3
(maksud makan di atas adalah kemam/hisap. tak boleh terus telan ye..)


ni pula ubat hubby..



cara makan ubat hubby ni sama je macam botol 1-3 di atas.. total RM 46.. ok la, berdua dengan hubby. kira murah la tu..


makan ubat ni ada pantangnya...



semoga dengan izin Allah, DIA permudahkan usaha kami... insyaAllah ada kesempatan kami akan datang semula. harap-harap tak sempat datang dah `ada` la... huhu ni pun saya dah ada di utara, malam tadi sampai... syukur la sampai sebelum jambatan ditutup (sempena maraton), kalau tak naik feri la nampaknya.. esok sambung tugas mengawas SPM sampai 6 dis... lepastu pergi bercuti! tak sabar.. semua dah siap booking bulan september lagi :) harap tiada halangan...


kawan-kawan ttc yang tinggal area lembah klang mungkin boleh cuba hemeopathy hasan ni.. sebelum keluar bilik Dr... sempat lagi Dr kata `ramai yang datang nak zuriat... lepastu datang semula kata nak stop zuriat dulu...` saya tersenyum... moga Allah makbulkan! kita usaha... usaha... hingga DIA perkenankan!





Thursday 8 November 2012

Waktu Yang Sesuai


#luahan hati semata-mata.. terasa sayu pula maghrib2 ni..#




ya! KESABARAN untuk menunggu waktu yang sesuai...
menanti kamu wahai permata hati ummi & ayah..
hati ummi bercampur-baur waktu ini..
period ummi dah lewat 2 hari  [sekiranya ikut kitaran period ummi yang normal dulu]..

sabar...
tapi, kadang kala ummi tewas dengan perasaan sendiri.
bilakah waktu itu?
anak ummi tidak sudi singgah di rahim ummi??

pelbagai usaha secara natural ummi lakukan sejak ramadhan lalu untuk kamu hadir.
susu kambing + kurma,
 buah delima segar,
multivitamin,
vitex,
madu,
ummi juga cuba opk,
tidak minum kafein/manis..
juga ummi elak makanan yang kamu `tidak suka`..
tapi masih belum juga rezeki ummi...

 ummi harap ummi BERANI untuk terima apa saja yang berada di hadapan!
 
 



Monday 8 October 2012

Mata Yang Menipu

4 hari berturut-turut buat upt dapat faint line (5-8 okt).
atau mungkin bukan faint line, tapi evaporation line??
wallahualam.. line tu boleh nampak dengan agak jelas,
tak perlu kecilkan mata tu.. huhu
hubby pun nampak..


tapi...


hari ni, balik sekolah tadi...
period menjengah..
wawawa...


masa jumaat lepas (5 okt) perut saya sakit!
rasa senggugut.
lama betul tak rasa sakit tu tau, rindu..
fikir, nak period ke??
atau sakit sebab implantation?
atau sakit sebab ovulation?
[ha ha ha perasannn..]



esoknya tu, sabtu (6 okt) keluar spotting..


ahad (7 okt) setitik je.


pelik je..


hari ni isnin (8 okt) bangun pagi tengok clear....
alih-alih balik sekolah tadi mengalir darah... ya, period!
patut la malam tadi sakitnyaaa perut!


mungkin...
berkat saya minum susu kambing+kurma, vitex sehari 4 biji, multivitamin dan madu secara konsisten setiap hari sejak 2 minggu lepas, period saya pun datang sendiri...


memang terasa perbezaan saya amalkan usaha di atas. ada la lagi.. pasal diet.. panjang pula nak cerita.


apa-apa pun, alhamdulillah period dah datang...
normal tengok alirannya,
sekurang-kurangnya bukan spotting..
yang tu pening kepala mekk...

huehue


# nampaknya, body saya dapat respon dengan baik apa yang saya amalkan sejak bulan puasa, lebih-lebih lagi sejak 2 minggu lepas.. 

# kesian mata kena tipu dengan faint line, eh ye ke?? cian mata ku dan hubby.. hehe tak nak fikir, pening.. =P



Sunday 23 September 2012

Perjalanannya..



perjalanan si kecil hari demi hari,
diam-diam dia di dalam sana..
hinggalah si ibu rasa kelainan diri,
... upt dua garis,
menunjukkan kehadirannya...

oh, indahnya....
=D





Friday 21 September 2012

Keputusan SFA Hubby Kali ke-2

terlupa nak cerita keputusan SFA hubby yang kali ke-2 pada entri lepas..
mana taknya, peram cerita sampai terlupa sudah. hehe


alhamdulillah, keputusan SFA ke-2 ni normal..
sempat tengok kat kertas keputusan yang doc pegang tu, Gred 1..
sama macam SFA yang pertama, normal..
syukur, sekurang-kurangnya saya tak perlu fikir tentang itu..
cuma masalah utama yang saya rasa sekarang period tak teratur..
period ni mengada-ngada tak teratur selepas 6 bulan kahwin.


ok, saya tepek prosedur SFA kat hospital yang saya buat.


 [klik untuk besarkan]

:)



Thursday 20 September 2012

Rawatan Kesuburan 7 : Keputusan Doktor Pakar

[alahaiii.. cerita minggu lepas baru ada mood nak bercinta menaip ni.. hehe]


12 september (rabu), appointment.. sebelum tarikh tu, agak risau kalau doc tanya pasal provera a.k.a ravimed.. patutnya makan 3 cycle tapi makan 1 cycle je.. ravimed ni `menggemukkan` la. berat mantain, tapi muka dan badan nampak `gemuk`. macam bengkak.. (faham ke?) kawan saya la tegur, muka dan badan saya nampak bengkak.. tak mauuu la makan ubat ni lagi!


masa bangun tidur pagi tu, dok tenung syiling.. teringat pasal iui yang doc appointment sebelum ni cadangkan. tapi saya yang tak bersedia. sambil tenung syiling tu berfikir... saya berdoa sambil menangis sebab tiba-tiba rasa sebak `jika iui terbaik dan ini masanya, permudahkanlah urusanku pada hari ni ya Allah..` masa tu husband tiada, dia kerja malam, habis kerja pukul 8 pagi. bingkas bangun, bersiap-siap sambil tunggu husband balik..


pukul 9 pagi baru gerak dari rumah sebab husband balik agak terlewat sedikit.
tuuuu diaa no giliran!


aduhhh duhhh 51 orang lagi nak kena tunggu. memang sebentar lama lagi la akan dilayan. dah la appointment kali ni takde mood sangat. saya dan hubby tunggu di luar je. malas nak tunggu dalam, stress tengok nombor giliran di skrin. hehe lebih kurang 12.30 tengah hari baru la dapat masuk jumpa doc, 3 jam juga la tunggu. huhu nasib la memang dah stanby bawa majalah.. tak la boring sangat.


summary je la ek:

pertama, doc tanya pasal period. bla bla bla

kedua, doc tanya nak buat iui tak? saya  teragak-agak nak jawab. dia cadangkan saya buat iui. saya jawab `ok, saya nak cuba`. walaubagaimanapun... dia kena tanya/jumpa doc pakar dulu untuk bincang. so tunggu la saya di bilik itu dalam 20 minit kot.. sambil tu hati saya berdoa tak putus-putus. kalau betul ini masanya, semoga Allah permudahkan. masa tu saya berserah sebab Allah lebih tahu apa yang tebaik. Dia sebaik-baik perancang.  jadi.... apakah keputusan doktor pakar??? doktor pakar kata, saya kena makan provera lagi untuk aturkan period sebab hari tu saya miss 2 cycle... uhuk. dah 3 doc biasa mencadangkan iui, tapi..


3 doktor biasa  VS 1 doktor pakar = doktor pakar menang...


ok, tak mengapalah, mungkin belum masanya... then doc tu nak bagi provera, saya tolak sebab makan ubat tu agak pening dan badan menggigil + `gemuk`..  so saya minta ubat lain............dia bagi??? pil perancang yasmin... kena makan 3 cycle. emmmm. so ubat tu kena ambil di kaunter farmasi (dalam klinik o&g tu juga).


keluar dari bilik doc, lengang dah... saya pesakit orang terakhir.. hehe dah pukul 1.30 pun, kaunter farmasi pun tutup.. perut lapar gila dah, tapi nak tunggu farmasi buka pukul 2 petang. tungu punya tunggu, pukul 2 tak buka-buka lagi.. hanginnya... dah la lapar kan... hehe


saya tanya nurse yang kat dalam tu dalam nada agak keras. sebab pukul 2.20 tak buka lagi... then dia call orang farmasi tu kot... 5 minit lepas tu baru terhegeh-hegeh nak buka. saya yang suruh husband ambil, sebab badan dah `berangin`. hehe 


tengok husband lenggang kangkung je jalan tak bawa ubat. laaa pil yasmin memang tiada kat farmasi o&g/hospital. kena beli kat luar... sekotak rm 40++, mungkin doc tu tak tahu yang yasmin tiada/tidak disediakan kat farmasi tu... macam tu la lebih kurang ahkak farmasi tu bagitau hubby... 


kalau ku tauuu.. awal-awal lagi dah cabut. dah la tunggu giliran lama, dok dalam bilik doc pun lama, tunggu farmasi buka pun lama! perut ku dah macam-macam lagu dah... bayangkan sampai pukul 2.30 tak makan apa-apa? kalau puasa lain la kan... feel dia lain. hehe


apa jadi dengan pil yasmin?? oh tidak... tidak terbuka pintu hati nak makan yasmin... takut badan lagi membengkak.. dan.. saya rasa `lelah` makan ubat hormon ni.. huuu sedeyy..


# next appointment : 5 disember. nak pergi ke tidak... nak pergi ke tidak...





Tuesday 11 September 2012

Menunggu Esok, 12 Sept!

nebes... nebes!
rasa tak nak pergi pulak..
sebab takut nak dengar apa beliau kata.


# yang penting sebelum keluar bilik beliau jangan lupa minta MC. hehe







Friday 7 September 2012

Vitex.. Setengah Botol Dah Telan

lama simpan cerita ni sebab jari jemari keras betul nak menaip.
ada beberapa entri lepas saya mention ada beli barang kat hamilcomel..
saya beli sebotol vitex dan 12 buah upt.


macam mana tiba2 nak makan vitex?
sepatutnya saya kena telan ravimed untuk 3 cycle! haha
degil!


kan masa bulan puasa saya rest ravimed,
kebetulan masa rest tu spotting then period..
apa lagi, order la vitex kat hamilcomel..
habis je period saya makan vitex.
hari pertama makan 4 ogos.


sejak 4 ogos sampai 31 ogos saya makan berturut2.
cara makan 1 biji x 2 kali selepas makan..
tapi sejak 1 september sehingga hari ni saya tak makan dah..


penyebab tak makan tu saya ke Lost World of Tambun 1 sept tu..
tak bawa vitex, jadi tak makan la..
bila hari2 yang berikutnya terus culas nak makan. hehe
lagipun... rabu minggu depan, 12 sept ada appoinment kat GH..
bagi badan rest la dulu dari ubat.. hehe



ini vitex yang saya beli dari hamilcomel..



# apa nak jawab bila doc tanya tentang ravimed? habis la... hehe




Apa Yang Kita Lihat











Monday 3 September 2012

Banyak Nak Cerita, Tapi..

.....................
...............
.......
malas tahap apa ntah...


berlegar-legar di fikiran nak bercerita di sini..
tapi jari jemari keras nak menekan huruf banyak-banyak..
ggrrrrrr!


mood,
cepat laa datang!



Monday 13 August 2012

Q&A: Dr Adilah Respon Soalan Saya

Dr Adilah ada buat entri baru.

tak sangka Dr respon soalan saya.
lama dah...
soalan masa februari lepas.


*klik untuk besarkan*


terima kasih Dr kerana respon.
banyak pahala yang mengalir dari penulisan Dr..
:)

Dr akan cuba, tapi tak janji untuk buat entri soalan saya tu..
hihihii..
walau apa pun, banyak ilmu yang dapat dari blog Dr..

tq Dr!
:)










Friday 10 August 2012

Dibelenggu Spotting

uhuuu tahun 2012 ni tahun spotting betul la bagi saya..
seumur hidup tak pernah mengalami spotting yang on off/berpanjangan..

ceritanya...
semalam pukul 7.00 pm masa mandi.. ternampak brown spotting + cm..
uikkss... alamak.. baru je habis period 5 ogos..
kenapa ni..

bangun sahur tadi masa wee wee ada juga spotting + cm..
tengah hari tadi pun ada spotting tu..

18 - 26 julai: spotting
27 julai - 4 ogos: period
5 - 8 ogos: suci
semalam dan hari ni (9- 10 ogos): spotting
esok.. tak tau la nak muncul lagi ke tak spotting ni. huhu

apa masalah spotting ni????
nak kata ada masalah rahim setakat ni check semua normal..
cyst/fibrod/endo takde pun..

dibelenggu spotting  betul la. hehehe


# dah seminggu makan herbalife f1 + f3 + teamix. setakat ni dah turun 3.6 kg dalam masa 2 minggu (dikira sejak minum semula teamix tu).

# ada makan produk yang dibeli dari hamilcomel, dah seminggu.. next entri ler story.. =]






Thursday 2 August 2012

Nasihat Dr Adilah Ahmat

sangat suka baca blog Dr Adilah..
memberi inspirasi dan semangat!



selalu tertunggu-tunggu entri baru Dr :)
entri terbaru yang Q&A tu..
banyak juga soalan pasal period tak teratur kan.
antara jawapan yg Dr bagi kalau berat badan berlebihan:


        nak period teratur sekiranya overweight,
        kena turunkan berat badan 10%!
        tapi Dr bagi semangat lagi,
        kalu tak dapat turunkan 10%,
        cuba turunkan dulu 5%!
        insyaAllah akan teratur..


yay! sebelum entri terbaru Dr tu keluar,
beberapa hari sebelum tu saya amalkan semula teamix herbalife untuk turunkan kiloss.
dari entri Dr tu, lagi bertambah semangat nak slim!


saya start minum balik teamix herbalife masa pagi 27 julai,
maka petang tu, keluar fresh blood yang boleh saya anggap CD 1
(sebelum tu dah spotting selama seminggu lebih).
hari ni dah seminggu dah minum teamix...
turun 1.3 kg! :)))


tu baru minum teamix je,
kalau amalkan f1 sekali lagi cepattt turunnn, insyaAllah!


kakak saya pun on off minum (minum 2-3 bulan, stop, then sambung balik)..
tapi sejak sebulan ni dia bersungguh siap ada herbalife instructor.
dia turun 6.5 kg dalam sebulan!


punya la lama, last saya minum masa bulan feb hari tu.
minum dalam 2-3 minggu then spotting berlarutan berminggu-minggu disambung dengan period.
maka sebulan la bendera merah...
sebab tu saya stop bila spotting berlarutan..


teamix herbalife ni juga berfungsi membuang toksin.
badan bertambah selesa sekarang.
esok lepas kerja nak balik kg!
yeay, nak ambil f1 dari kakak..
harapnya........... dapat turunkan kiloss dengan lebih lajuuuuuuu.. ;)


# kawan saya, kak H dah kahwin 6 tahun, TTC. dia memang overweight. siap  kena jumpa dietitian sebab berat badan. dia memang tak yakin dapat turunkan, siap `bosan` jumpa deititian tu.. hampir sebulan saya tak jumpa dia, wahhhhh kurus dahhhh... nampak bezaa.... rupanya rahsianya minum herbalife..... tu yang saya nak sambung balik ;)


# baca entri Dr Adilah lagi lah semangat... BMI saya dah terrrrmasuk overweigt. heh! saya nak period teratur semula macam masa anak dareeee... cycle 30 hari! nanti... adalah peluang lebih cerah untuk conceive kan DR??? hiihiii ^_____^


#fungsi teamix juga untuk buang toksin, adik saya pernah bagitau yang ianya dapat `cuci` rahim juga. wallahualam.. semua dari izinNya, tapi kita kena usaha kn! :))






Tuesday 31 July 2012

Di China, ibu yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!





Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

 “Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

 “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

 “Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!


 kredit : http://www.jomberita.com/di-china-ibu-yang-melahirkan-anak-kembar-12-dipaksa-memilih-1-dan-11-yang-lain-akan-dibunuh/



# huwaaa.. meh la bagi kat saya satu dulu.... kembar 12 tu!



Sunday 29 July 2012

Laparrr! Opss!

opsss! tak baik kata lapar kalau kita puasa kan.
tapi kalau orang tak puasa kata lapar takpe la ek. hehe


alhamdulillah, 27 julai dah start CD 1..
last period hari tu 27 april. emm..
hari ni dah CD 3..
sejak CD 1 sampai hari ni nak kata heavy flow, tak la sangat..
`medium` flow je..
dan fresh blood..


kalau saya, masa period memang asyik nak makan je.....
lapar memanjang. haha
masa spotting hari tu rasa relaks je, tak lapar sangat pun...
boleh tahan lagi, makan heavy pun waktu berbuka sama2 dengan hubby..


# tengah tunggu barang dari hamilcomel ;)



Thursday 26 July 2012

Belum Berkesempatan

hari ni dah ramadhan ke-6.
tapi belum berpeluang nak berpuasa penuh.
spotting penyebabnya.
spotting bermula 18 julai (rabu), maksudnya sekarang dah seminggu.
mula-mula tu sedikit je spottingnya, 2-3 titik macam tu.
sekarang dah jadi dot besar.
kadang2 ada kat panties, kadang2 kena cek (lap) baru ada..


ramadhan pertama dan kedua : spotting muncul sekitar pukul 6 petang. sayangnya.. awal-awal tu bersih je. walaupun spotting, saya tetap tunggu waktu berbuka untuk makan dengan hubby..


ramadhan yang seterusnya spotting muncul on off pagi petang siang malam. hehe penat nak mandi wajib.. huwaa la. hari-hari bangun sahur cek spotting, takde - niat la posa. alih2 hampir tengah hari muncul pula. so sampai sekarang tak dapat nak puasa penuh lagi..


ikutkan, spotting ni muncul masa hari ketiga saya mula 2nd cycle ravimed ni. alih-alih... sejak semalam saya stop terus makan ravimed ni.. badan rasa tak sedap.. sebab sejak masuk ramadhan makan ravimed tak ikut timing.. ada beberapa hari tu saya makan 2 biji je sehari. sepatutnya 6 biji.. yela, makan tak tentu jadi asyik terlupa nak makan ubat. saya ambil keputusan nak stop je terus makan ubat ni sebab spotting. harapan saya stop makan ubat supaya CD 1 akan muncul dan spotting pun takde la kan. terganggu bila ada spotting on off yang berpanjangan berhari-hari, mungkin akan jadi berminggu-minggu... macam kes yang lepas la, spotting berpanjangan diikuti akhirnya period - sebulan berdarah..


sebenarnya, masa diberi ravimed pada appointment lepas, saya ada tanya doc. macam mana nak makan ubat masa bulan puasa. doc macam tak tau nak jawab. heheh dia kata kalau macam tu rest dulu la masa bulan puasa. tapi saya kononnya nak teruskan juga 2nd cycle walaupun bulan puasa. tapi, memang payah nak cukupkan sehari makan 6 biji. akhirnya `mengalah`... hehe


spotting bermula sebelum ramadhan / hari ketiga 2nd cycle.. terfikir2 penyebab spotting.. sebab makan ikut timing.. tak tinggal sebiji pun..







# ada hati macam nak makan clomid kalau CD 1 start nanti.. ewah.. pandai2 je. hehe





Friday 20 July 2012

Ramadhan Datang Lagi..

ahlan wa sahlan ya ramadhan al-mubarak...



alhamdulillah, Allah masih temukan kita dengan ramadhan pada tahun ini.. terasa bagai semalam ramadhan yang lepas.. cepatnya masa berlalu.. masih teringat akan doa-doa pada ramadhan yang lalu.. tapi, Allah masih belum makbulkan doa yang `satu` itu.. sesungguhnya perancangan Allah itu sangat hebat.. semoga Allah akan makbulkan doa-doa kita. amin..

kepada semua rakan blogger, selamat menunaikan ibadah puasa.. maaf juga dipinta, andai ada salah dalam tidak sedar :)


Friday 13 July 2012

Ravimed : Tempoh Berehat

mood kelaut betul nak update blog.
emm.. nak update pasal ravimed..

alhamdulillah dah lepas 1st cycle saya makan ravimed. bermula 18 jun - 8 julai (21 hari).
hari ni (13 julai) hari yang ke-5 dalam tempoh rehat. rehat perlu 7 hari, nanti 16 julai bermula 2nd cycle pula selama 21 hari.

huwaa.. `letih` juga makan ubat ni. 6 biji sehari. jenuh...
saya makan tak ikut waktu yang tetap.
sebab asyik terlupa.
kadang2 tak makan pada waktu pagi, sebab tengah hari baru teringat.
haha~
tapi akan pastikan makan 3 kali sehari x 2 biji = 6 biji.

bermula hari ke-7 makan ubat ni, saya ada terasa senggugut.
hampir setiap hari.
tapi tiada period pun, spotting pun tiada.
tunggu punya tunggu sampai hari ni tiada langsung period.
camno?
huu~

2 hari lagi akan mula 2nd cycle.
tapi period tetap degil tak mau keluar.
suka sangat kot dok kat perut saya yang gebu.
haha~

eh, tak lah...............
akak farmasi tu ada cakap/pesan.
kadang2 makan ubat ni tak period pun.
sekiranya period, teruskan je makan macam aturannya tu.
21 hari makan, 7 hari rehat...


Monday 18 June 2012

Rawatan Kesuburan 6 : Yang O.K dan K.O

pejam celik, alhamdulillah selamat sudah appointment pada hari ini. beberapa hari sebelumnya agak risau untuk menempuhnya.. risau dengan result. macam tunggu result exam pula. hehe seperti biasa, hubby peneman setia ke hospital..


ok, tak nak mukadimah panjang-panjang.. terus kepada summary untuk appointment hari ini. sebelum tu, ni kali pertama saya dapat doktor melayu (lelaki) sepanjang mendapatkan rawatan, doc megat namanya. sebelum ni dapat doc lelaki indian + chinese je..


Yang O.K :

hsg : alhamdulillah... syukur.. keputusan tiub normal. tidak tersumbat. terasa batu yang selama ni berada di kepala dilontar jauh-jauh bila doc maklumkan keputusan tu.. mana tak risau, dirodok 6 kali dengan spekulum siapa tak risau.. bimbang ada yang tidak kena. sekarang semua sudah terjawab :)

sfa : keputusan sfa hubby yang kali kedua tak keluar lagi. doc megat rujuk keputusan sfa hubby yang pertama tu, doc kata normal. dia tanya saya kenapa doc yang dulu suruh buat kali kedua? saya jawab sebab cun-cun 2ml. dia rujuk kad saya dan doc yang dulu tu ada tulis reason pada kad tu. barulah dia angguk dan kata `husband puan normal`.. seolah-olah gaya doc tu cakap macam tak perlu sfa kali kedua... urm.. lega sekali lagi... memang la doc yang mula-mula maklumkan keputusan sfa hubby kata normal seperti entri di sini. bila jumpa doc yang kedua pula suruh buat kali kedua, entri ni..

hormon-hormon : doc megat terangkan lagi, bahawa bacaan hormon-hormon saya normal.......... walaupun doc yang sebelum ni dah terangkan pada saya..


Yang K.O :

upt : last period 27 april. so doc suruh buat upt. fuh........... negetif la - titik

irregular menses / period tidak teratur : doc bagi saya pilihan. sama ada nak aturkan period dulu atau terus buat iui. sebelum tu saya memang dah bincang siap-siap dengan hubby bagaimana sekiranya doc cadangkan iui? kami berbincang siap-siap supaya saya ada jawapan nak beri pada doctor. kami sepakat tak nak buat dalam masa terdekat... jadi saya beri alasan pada doc tunggu la lepas raya.. bulan depan dah puasa.

so, dengan keputusan saya tu, doc bagi Ravimed 5 mg untuk aturkan period.. makan 2 biji 3 kali sehari selepas makan selama 21 hari. rehat 7 hari, kemudian sambung semula untuk 21 hari berikutnya... saya perlu makan untuk 3 cycle. tapi farmasi bekalkan untuk 2 cycle dulu. nanti 14 Ogos datang lagi untuk ambil yang last cycle..

emm.. kandungan Ravimed 5 mg ni Medroxyprogesterone Acetate.. kandungannya sama seperti Provera kan? jadi fungsinya sama la kot... senang cerita jenama lain tapi kandungan sama.. betulkan jika salah. eh2, tertengok kat resit ubat ni, doc tulis provera for 3 cycle... betul la tu sama fungsi.. hehe



Ravimed 5 mg, pink kaler..









jadi.... tengoklah macam mana corak period saya makan Ravimed ni.. harap semakin baiklah..
pasal iui tu.. saya sebenarnya belum berapa bersedia. sebab fobia sakit kena rodok dengan spekulum tu belum hilang lagi. hehe lagipun.... rakan sekerja saya baru buat 1st iui dan gagal... sedih :( 


jika nak tahu fungsi provera tu, cuba klik sini, senang faham..


# appointment yang seterusnya 12 september nanti. ada lagi 3 bulan. semoga ramadhan yang semakin hampir ini memberi barakah kepada kita yang ttc ini.. permudahkan dan perkenankanlah Ya Allah...

# indahnya jika dapat pregnant dulu sebelum iui - spontaneous. ngeh2 ^__^

# kos rawatan : masih kosong... kosong... kosong~~ *gaya najwa latif. heh!




Monday 11 June 2012

Menggigil

sebaik selesai majlis kenduri kahwin adik 3 jun lepas, badan terasa penat melampau.. sehingga hari ini masih terasa. menggigil rasa badan. siap tengah tidur boleh terjaga sebab kaki krem! faham-fahamlah kalau majlis kahwin kan... adik-beradik la paling sibuk dengan harapan majlis berjalan lancar. semalam, 10 jun majlis kahwin di sebelah pihak lelaki. alhamdulillah selamat kedua-dua majlis.. seusai majlis di pihak lelaki, kami suami isteri terus bertolak balik ke tempat kami mencari rezeki.. nun jauh dari family..


hari ni gagahkan juga bekerja.. rasa-rasa esok macam nak mc je.. seram sejuk rasa badan..


# esok... SFA hubby kali kedua akan di hantar di jabatan patologi.. semoga result ok la kan. kepala tak nak pening-pening memikirkannya. fizikal dah cukup penat sekarang... oh TENAGA, cepatlah PULIH..


Wednesday 23 May 2012

Rawatan Kesuburan 5 : Keputusan?

sebelum menempuh hari ni (23 mei) untuk appointment, saya rasa tak sedap hati.. siap malam tadi mimpi naik kereta tersesat kat kawasan gunung-ganang. hehe masa bangun pagi tadi pula, sms pengetua untuk maklumkan saya mc hari ni. sekali salah send daaa.. tersalah send kat pengetua lama, itupun tersedar sebab dia balas sms saya. heheee pengetua tu dah jadi pengarah PPD pun sekarang. eee malu... =P   mana tak salah hantar, nombor dia masih saya simpan sebagai `pengetua`. heee yang pengetua baru `pengetua R****`. adeh, tak tengok betul-betul main send je.. dah sampai klinik o&g pula masa nak tutup pintu kereta boleh pula jari terkepit kat pintu kereta! adehhhh.. sakit.... pedih. kenapa ni... serba tak kena je.. aiihh  =_=`


appointment pukul 8.00 pagi, saya sampai lewat 10 minit. ramainya orang... sejam lebih juga la menunggu, baru tiba giliran.


rumusan rawatan hari ni :


hsg : huwaaaa...................... hampa okeh! pihak klinik tak pergi ambil lagi result saya kat jabatan x-ray. apa ni......... penat kepala fikir result tu tau :( akak nurse tu 2 kali g cek x-ray saya kat bilik kad, tapi tidak ada. jadi dia kata orang yang bertanggungjawab tak pergi ambil lagi. hampa hampa hampa! jadi doc tak boleh la nak komen tentang tiub saya :(

scan : doc minta saya scan lagi sekali walaupun masa rawatan bulan 12 tempoh hari dah scan. dia nak double check kalau ada cyst or fibroid. alhamdulillah tidak ada :)

hormon + tiroid : alhamdulillah saya tiada masalah tiroid. doc ulas sekali lagi tentang bacaan hormon saya yang dulu tu. doc kata normal.. yang ni saya tanya kat doc maksud normal tu cun-cun normal ke atau betul-betul ok. doc kata ok, normal! tak perlu risau...

sfa : B... sori la.. B kena buat sfa lagi sekali. doc nak double check. alaaaa... tak sakit kan?? hihi =P result sfa hubby yang lepas dikategorikan Gred 1. (Grade a: Sperm with progressive motility. These are the strongest and swim fast in a straight line. Sometimes it is also denoted motility I) - heheh saja nak sedapkan hatiiii........... amboi... banyaknya doc nak double check? sebab apa? sebab doc kata volume hubby cun-cun normal 2ml. sumber google - Normal ejaculate volume is between 2 and 6 ml. (sorry kalau open sangat, saya nak share pengalaman).


agaknya... result hsg tak kuar lagi doc pun nak double check eh. heheh doc ada kata, nanti dah tau result hsg, mungkin next step seterusnya adalah IUI. IUI??? bersediakah saya???


ok............ jumpa doc lagi sebulan. next appointment 18 jun. harap keputusan hsg saya dan sfa hubby buat kali yang kedua normal la ya.... dan......... sekiranya doc cadangkan saya buat IUI... saya... saya...


.......... tak pasti lagi la. fizikal perlu kuat, mental/emosi apatah lagi.


doakan......




Thursday 17 May 2012

Berita dari Hubby..

petang semalam kami ke tesco. sebelum acara shopping, kami mengisi perut dulu di foodcourt tesco tu. saya tak lapar pun, sebab dah makan di sekolah tengah hari tu. saya melayan cucur udang je.. hubby makan nasi ayam, lapar katanya.


masa tengah makan.................


hubby : sayang, nak tau berita tak?
saya   : berita apa? [saya suspen dah]
hubby : cuba sayang teka.
saya   : takde idea la B. berita gembira ke sedih??
hubby : emm.. berita gembira, tapi kalau pada sayang B tak tau la. mungkin sedih..
saya   : kenapa B?? B kena pergi kursus ke? [aihh, tak mau la kena tinggal]
hubby : eh, bukanlah.
saya    : habis tu?
hubby : I*** (nama biras saya) dah pregnant. dah 2 bulan.
saya    : O. [kelu, kaku]
hubby : A*** (adik ipar saya) mesej B malam tadi. masa sayang dah tido.. [saya tido awal malam tu]
saya    : O. [terus mati selera]


ok2.. masa berita yang hubby sampaikan tu, saya cuba buang jauh-jauh perasaan cemburu. cuma satu perasaan yang ada waktu adalah SEBAK. rasa nak nangis sangat, tapi saya tahan. air mata dah bergenang.


masa tu perbualan kami mati. kalau hubby cakap apa-apa lagi mungkin dah menitik air mata tu.


saya sebak bukan cemburukan dia. itu rezeki Allah untuk dia. saya terkenangkan diri yang masih berusaha untuk memiliki zuriat sendiri. kiranya biras saya tu beberapa bulan juga la kosong, tapi kira awal la rezeki dia berbanding saya. nampaknya..... bukan saya la yang beri cucu sulung kepada keluarga mertua walaupun saya menantu yang sulung............ kisah persandingan mereka ada saya coretkan di sini. buat masa ni, adik ipar perempuan saya juga masih `kosong`. mereka berempat sanding bersama.


Ya Allah, aku tahu, aku insan istimewa dan Kau sayang aku, sebab itu Kau uji aku.. 




Thursday 10 May 2012

Rawatan Kesuburan 4 : HSG 2

sambung daripada entri di sini.

lepas perempuan A selesai buat hsg, nama saya dipanggil masuk ke dalam. tukar baju yang disediakan. seksi la baju tu, tak suka pakai. kebetulan saya pakai baju kurung, saya buka kain baju kurung dan panty je. bahagian baju masih pakai. rasa selamat sikit daripada terselak. huhu sebab ada beberapa lelaki di situ. sebelum saya diarahkan tukar baju tu, nurse tu ada tanya :
  1. bila last period 
  2. ada bersama suami atau tidak selepas habis period

dah siap tukar baju, doc datang pada saya. kusss semangat. doc lelaki lah. indian dan muda belia gitu. very soft spoken. dia terangkan prosedur yang akan dibuat nanti. saya kongsikan apa yang doc tu terangkan. walaupun banyak info di internet berkenaan prosedur hsg, saya tulis juga di sini. sebagai rujukan saya masa akan datang.

"puan, saya terangkan serba sedikit tentang hsg ni. nanti puan akan baring seperti orang bersalin pada x-ray table. saya akan masukkan 2 wayar. satu keras dan satu lembut. kemudian dye yang bewarna kontras akan dimasukkan. jika tidak tersumbat dye tu akan mengalir keluar melalui tiub fallopio. jika tersumbat, aliran dye akan tersekat. setiap orang pengalaman berbeza. ada orang tak rasa sakit, sesetengah pula berasa sakit. jadi bergantung kepada individu."

itulah penerangan doc, saya cuba ingat sebutir-sebutir ayat dia.

kemudian saya masuk bilik x-ray tu. wah, seram tengok alat-alatnya. saya diarahkan baring di atas x-ray table di mana bahagian lutut hingga hujung kaki saya terjuntai ke bawah. maknanya saya baring sampai paras lutut je. tunggu doc dalam 5 minit sementara nurse (perempuan) dan juru x-ray (perempuan juga) menyiapkan alatan-alatan.

bila doc datang, dia minta saya kangk*ng. mak aihhh malu sangat lahhh. dia minta izin dulu untuk cuci. bermula la proses masukkan spekulum dan wayar tu. ngilu... tapi boleh tahan lagi. sementara tu juru x-ray adjust alat x-ray bagi betul-betul di atas kawasan rahim saya. kemudian terasa dye masuk tapi keluar balik. rasa macam darah period mengalir kat bawah tu. kira bocor la.

haaa... doc masukkan balik spekulum kali kedua. bocor lagi.

masukkan lagi spekulum kali ketiga. bocor lagi lah.

kemudian doc arahkan sesuatu kat nurse. alamak! saya nampak jarum! ada suntikan yang nurse nak bagi saya. huwaaa... nurse nak cucuk... mula-mula dia nak cucuk kat punggung, tapi tak jadi. dia cucuk kat lengan sementara doc pula rodok guna spekulum buat kali ke empat! atas bawah diriku kena cucuk serentak. aduh, apakah? rasa nak nangis dah sebab sakit. saya tak pasti apakah fungsi suntikan tu. tak sempat nak google lagi.

ok.. doc cuba masukkan kan dye lagi. dan......... bocor lagi. huuuu~

haaa masukkan lagi spekulum kali ke lima. pun bocor. sakit dah macam apa dah. aiyooyooo doc... tau ke tak ni?? bayangkanlah, setiap kali doc rodok spekulum tu saya kena kangk*ang. rasa-rasa dah ok, juntaikan kaki semula. sampai lenguh rasa kaki.

haaa kali ni doc rodok spekulum buat kali ke enam agak ganas, siap suluh bawah tu guna lampu terang betul. terus saya rasa sangat senak dan bertambah sangat senak bila dye dimasukkan. siap saya menjerit (tak lah kuat) `aduh doc.... sakit!!!!` saya dapat bayangkan dye tu bergerak dari tengah terus ke kiri dan kanan. seperti terasa aliran dye tu. rasa nak meletup perut. sakit!

bila saya kata sakit, terus doc kata `ok puan, selesai`.  rasa sangat senak tu tak lama, dalam 30 saat macam tu. bila saya bangun daripada baring, terus rasa sakit tu hilang. eh, macam magic pula.

emm, tapi doc tiada pula suruh saya mengiring ke kiri dan kanan. saya baring statik je masa proses tu.

jumlah saya kena rodok dengan spekulum adalah enam kali!
fuhh~~ ada sesiapa rekod macam saya tak? huhu

saya tak sempat nak beramah mesra dengan doc tu tanya keputusan tak rasmi. sebab doc tu terus keluar  pergi ke komputer tengok saya punya x-ray tu. cuma saya tanya ringkas dengan juru x-ray tu. ok ke tak? dia kata ok... urmmm. dan alas yang digunakan tu ada darah saya.

saya salin semula pakaian dan pakai pad. alhamdulillah, saya dapat berjalan seperti biasa. memang hilang terus rasa sakit tu. tapi bila dah 2 jam selepas tu, ada rasa senak-senak manja macam tu. darah yang keluar tu tak lama, sampai malam je. spotting ala-ala habis period. hari ini (10 mei) darah dah tak keluar. bagus lah.

saya terus ke klinik o&g untuk bagi no siri x-ray dan buat appointment. huraayyyy appointment berikutnya adalah 23 mei ni. insyaAllah masa tu nanti boleh la tau keputusan hsg dan blood test - tiroid hari tu... berdebar ni...

total kos hsg : RM 0
total kos sepanjang `rawatan kesuburan` : RM 0

urmm, kelebihan di GH tak perlu bayar apa-apa... tapi menunggu daripada satu appointment ke seterusnya memerlukan kesabaran.


#B.. terima kasih sangat teman sayang. B sumber kekuatan sayang. tak dapat nak ungkap dengan kata-kata :)


#terima kasih juga kepada ttcian, kamu juga sumber kekuatan saya. seronok bila dapat saling berkongsi cerita :)


~kisah klasik untuk masa depan~

Rawatan Kesuburan 4 : HSG 1

alhamdulillah, syukur akhirnya saya lalui juga prosedur hsg semalam, 9 mei (rabu). jika dulu cuma baca pengalaman ttcian, kali ini saya yang rasai sendiri. sesungguhnya pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. akan saya ceritakan pada zuriat kami nanti (sekiranya ada rezeki). betapa susahnya nak dapatkan `dia`. kali ni, baru saya begitu tersedar, seolah-olah terjaga, bahawa hakikat sebenar - bukan mudah untuk mendapatkan zuriat bagi saya yang golongan ttc ni. bersyukurlah........ siapa yang bunting pelamin, siapa yang tak nak lagi baby tetapi Allah bagi.... bukan macam saya yang ttc ni, mental sakit, fizikal pun sakit...

intro bernada begitu bukannya apa... jika diberi skala kadar kesakitan buat hsg sama ada :
  1. tidak sakit
  2. sakit sedikit
  3. sangaattt sakit
saya akan pilih nombor 3.

kenapa sangat sakit?  huh~

cuba teka berapa kali saya kena rodok dengan spekulum tu??

.
.
.
.

nanti saya jawab.


appointment hsg saya jam 2.00 petang. di surat hsg tu telah diingatkan supaya datang tepat pada masanya. sekiranya lambat, pihak hospital berhak membatalkan appointment tersebut. tapi semalam ada meeting semua guru, nak tak nak saya terpaksa la masuk sekejap dan kemudian saya minta izin keluar awal  daripada pengetua jam 1.15 petang. masa ubah appointment yang sepatutnya 2 mei tu, saya dah minta nak buat appointment jam 3.00 petang supaya saya boleh santai bersiap. tapi adik di hujung telefon tu tak bagi. alasannya nanti bertindih dengan appointment orang lain.

sampai di rumah saya bersihkan diri. tak sukanya bersiap dalam keadaan kelam kabut. hubby temankan saya, terpaksa dia cuti. sampai di GH dah dekat jam 2.30 petang. alamak, janganlah orang kuanter tu bebel dengan saya nanti. hubby turunkan saya dekat bangunan x-ray sementara hubby cari parking. macam apa dah saya jalan, laju bukan main. sampai kuanter saya terus serah surat hsg tanpa cakap sepatah pun. mengah! adik tu arahkan saya tunggu di depan bilik 7 dan nanti nama saya akan dipanggil. saya angguk je.

saya tengok ada seorang perempuan A sedang tunggu giliran. rasanya nak buat hsg juga kot. [dan andaian saya tepat bila tiba giliran dia]. sementara saya dan perempuan A menunggu, ada seorang perempuan B ni keluar dengan jalan terkangkang-kangkang. fikiran saya, mesti akak ni baru buat hsg. adoi, seram dah masa tu.....


#bersambung.... ambil nafas dulu. huuu~


~kisah klasik untuk masa depan~



Tuesday 8 May 2012

Esok = 9 Mei = HSG

Ya Allah..
permudahkanlah urusan hsg ku esok.
hati gundah gulana memikirkan apa yang akan berlaku esok.

kalau sakit, boleh tahan.
tapi kalau dapat doktor lelaki?
GH kan, tiada pilihan..
harap sangat dapat doktor perempuan.
moga ada la rezeki. 

cepatnya masa berlalu.
sedar tak sedar esok dah 9 mei.
last appointment di GH 21 mac.

hurm.
:)


Saturday 5 May 2012

Nakal!


 haha
kucen kiri : nakal + hepi gila.
kucen kanan :  tiada perasaan.
=P


Thursday 3 May 2012

Lenggang Kangkung

alamak, bila tulis tajuk ada perkataan kangkung terliur pulak.
teringat kangkung goreng belacan.
adeh, dah la tengah lapar.
makan pagi tadi je..
layan la gambar ni dulu,
sekejap lagi nak keluar makan.
=P



uisshhh.. sedapnya makan dengan nasi panas.
hehe


ok2.. bukan nak cerita pasal kangkung. haha


hari ni balik kerja terasa sangat relaks dan happy je.
sebab,
hari ni saya balik kerja lenggang kangkung je!
hanya sandang handbeg di bahu.
kalau tidak, ada saja benda nak di bawa balik.
ada je benda di tangan.
penuh!
buku lah, fail lah, kertas-kertas lah. 
semua lah. heh
terasa pelik pula tadi.
dok tenung atas meja kot2 ada benda tertinggal. hihi

bagi orang lain, mungkin balik lenggang kangkung atau sandang handbeg perkara biasa saja.
tapi tidak bagi saya.
adalah kejanggalan bila saya balik cuma lenggang kangkung saja.
=P



cuba teka gambar ni pasal apa?
heheheh




Tuesday 1 May 2012

Tangguh HSG

sepatutnya esok appointment HSG. 
memandangkan CD 1 pada jumaat lepas (27 april), 
semalam saya call jabatan x-ray untuk ubah appointment. 
alhamdulillah, tarikh baru 9 mei.

kali ni period sangat heavy masa CD 2 hingga 4.
sejam pakai pad dah penuh!
dan memang dapat rasa dok mengalir keluar. huhu
senggugut pun agak kuat bermula CD 1.
hari dah CD 5 senggugut dan flow semakin berkurangan..


Friday 27 April 2012

Mungkinkah Itu Jawapan Cik N Sensitif?

wahhh... pejam celik sudah jumaat hari ni. tiap kali jumaat, mesti ada perasaan `seronok` datang. adakah sebab esoknya cuti? oh... rasanya tidak. mungkin berkat hari jumaat itu sendiri perasaan seronok/tenang tu datang... :) banyak nak story... itulah akibatnya asyik bertangguh nak post entri.. ^_+

nak mulakan macam mana ye? susahnya nak susun ayat. hehe

sejak cik N (nipple) sensitif 2 minggu lepas (12 april), macam-macam simptom pregnant yang saya rasa. haha oppss, jangan buat spekulasi, baca sampai habis dulu =P

ok, saya habis period 11 april.

tanda-tanda macam pregnant yang saya rasa (hehe) bermula 12 april:
1. cik N mula sangat sensitif 12 april - 19 april (seminggu). then 19 april sampai sekarang tak berapa nak sensitif dah..
2. cik B (breast) pula start sengal-sengal/penuh dari 20 april sampai la sekarang, tapi sakit dah kurang sedikit.
3. loyaaa yang amat. kadang-kadang tak ada selera makan.
4. letih semacam..... dalam kelas saya asyik duduk. letih berdiri lama.
5. asyik tidur petang (sangat-sangat jarang tidur petang) dan malam tidur awal...
6. asyik terjaga malam sebab nak buang air kecil. kadang-kadang pukul 2 pagi, 3 pagi, 5 pagi.. hehe benda ni sangat jarang berlaku
7. lidah pahitttttt tanpa sebab............. huhu dan menyebabkan saya rasa nak makan benda masam.
8. cepat terasa dahaga... macam tak cukup minum.
9. semalam tiba-tiba hubby tegur, dia kata badan saya panas. dia susah nak kata badan saya panas bila saya saja-saja suruh dia rasa. 
10. semalam dan kelmarin juga cik B sangat gatal! makk aiihhh... tak tahan gatalnya. haha =P
11. sakit pinggang on off..

haha biasanya kat atas tu tanda-tanda pregnant kan? sampai saya cakap dengan hubby 2 hari lepas tanpa sengaja sebab tak tahan asyik rasa loya je.

saya : B, sayang geram la (tak baik cakap macam ni. huhu). semua tanda-tanda pregnant ada. tapi bila cek upt negatif.
hubby : Allah nak bagi sayang rasa tanda-tanda tu dulu... belajar...

hehe pandai je hubby saya nak sedapkan hati ^___^

tapi serius la, saya tak fikirkan sangat pun tanda-tanda pregnant ni. ada orang kata bila kita terlalu fikirkan, tanda-tanda tu akan ada. hmm

semalam, waktu petang, tiba-tiba terasa senggugut macam period nak datang. tapi fikir, eh takkan kot... baru je 2 minggu kering... pagi tadi masa nak bersiap pergi kerja pun terasa juga.

tadaaaa.....

saya ke toilet 11.30 am tadi...... haaaa ada setompok darah (warnanya agak cair).
wahhhhh.... sudah CD 1 kah hari ni??
seumur hidup tak pernah 2 minggu kering, period datang semula.

ok!.. tapi bila tengok period yang lepas, kalau anggap 26 mac adalah CD 1 saya (sebab 26 mac mula fresh blood keluar) , maka cun la tu cycle day saya 30-33 hari :) wahhhh...baiknya kamu cik period datang pada masanya :)

oleh itu, kesimpulannya (hehe ayat!) saya anggap bermula 12 april tu mungkin waktu mula nak ovulation.. then tanda-tanda pregant pun adalah sekali... sebab kadang-kadang bila kita sampai kepada waktu subur hinggalah nak due period kita akan keliru sama ada tanda-tanda pregnant atau period kan... [orang yang selalu counting dpo dia fahamlah kot :) ]

ini saya kira di web pregnology.com waktu subur saya jika ikut 26 mac adalah CD 1 :

Last menstrual period: Mon, March 26th ,2012
Ovulation date: Fri, April 13th ,2012

jawapan kepada cik N sensitif tu bermula 12 april kita anggap nak menghampiri waktu subur la ya ^___^

dan waktu yang dianggap subur tu saya tiada usaha waktu tu... sebab balik kampung petang jumaat sampai ahad (13 -15 apr)... so, tu la kot penyebab yang bermulanya CD 1 hari ni agaknya. heheheheeeeeee


nampaknya saya kena call bahagian x-ray la. appointment hsg rabu depan, 2 mei.. isnin la saya call.. sebab cik p ni belum heavy flow lagi. mana la tahun esok lusa kering pula. bukan boleh jangka cik p saya ni sekarang, ikut dia je ^__^


#gedik betul tanda pregnant saya. haha




Monday 23 April 2012

Gugur.... Pengguguran?

jika seseorang tu mengalami keguguran pada awal kandungan,
maksudnya janin tu masih berbentuk segumpal darah,
sakit kan.... mungkin amat sakit (berdasarkan pembacaan, tiada pengalaman).

tapi...
kalau seperti gambar di bawah??
huhu

(klik untuk besarkan)




Sunday 15 April 2012

Makin Ouucchh Lah!

makin sensetif la n***** (N) ni.
masa mandi, nak pakai baju memang kena extra carefull.
kalau tak.....
oucchhh!
 
lamaaaa sangaatttt dah tak rasa macam ni. 
seingat saya setahun lepas.
masa makan clomid 1st cycle masa jan 2011.
memang sensetif sangattt masa nak dekat-dekat due period.
alih-alih saya period la feb 2012.
tiada rezeki.

tapi yang peliknya,
N ni sensetif sebaik saja period saya kering.
period kering 11 april.
mulai sensetif 12 april.
haa macam mana tu?

petang tadi jalan-jalan jenguk pakcik google.
jawapannya :
selain tanda-tanda pregnant,
itu N boleh jadi sensetif / sakit disebabkan stress dan pengambilan kafein.

urmm..
memang lately saya stress.
kerja banyak!
kefein pula...
hampir setiap hari minum.
tapi, kenapa sebelum ni minum kafein tak kena macam ni?

ok, itu cuma fakta.
tak tahulah.
malas nak fikir.
cuma menconteng di disini untuk rekod saya.

(",)v 


Friday 13 April 2012

Sudah Kering dan Ouchh!

hurayyy!
period dah kering sejak 2 hari lepas.
hampir sebulan berdarah...
60 maxi kotex habis..
20 pantyliner libress habis..
hehe

update: 

12, 14 dan 19 hingga 25 mac : lendir / darah coklat (maaf). sekali sehari je muncul.
26 hingga 29 mac : fresh blood yang keluar. tapi ada masa sedikit, ada masa tu penuh setengah pad dalam satu hari. ada masa bersih je pad tu. dalam sehari 3 kali muncul (on off).
30 mac - 8 april  : heavy flow macam period normal. 4 - 5 kali sehari tukar pad.
9 - 11 april : mulai kering macam hujung2 period tu..

fuhh..
hampir sebulan berdarah..
alhamdulillah,
kering dah..

sejak semalam,
n**p*e terasa sakit bila tersentuh.
hari ni bertambah sensetif.
ouucchh!
SERIUSSSSS dah lama saya tak rasa macam ni.
setahun kot.
hehe

ok, siap2 nak balik kampung.......
kerja banyak tolak tepi dulu.
^_____^


Sunday 8 April 2012

Masak Nasi Atas Dapur

tengah syok layan JJCM,
popp!
elektrik terputus.
aduh, boring pula.

ermm - masak la.
walaupun niat nak masak lepas habis tengok JJCM.
ingatkan sambil-sambil masak lauk tu elektrik akan pulih la.
tengok sampai ke sudah elektrik tak ada lagi.

alamak,
macam mana nak masak nasi.
saya fobia nak masak nasi atas dapur gas ni.

dulu,
kalau tak silap masa tu darjah 6.
mak demam.
dia minta saya masak nasi atas dapur gas.
sebab masa tu rice cooker rosak tak silap.
memang first time la masa tu.
tak reti pun!
saya tengok air tu dah nak kering, 
tapi beras tu masih keras.
saya pun tambah la air lagi.
haaa! apa lagi, kena marah dengan mak!
jadi nasi mentah daaa... huu
sejak tu, saya tak pernah nak masak nasi atas dapur gas.

tiba-tiba hari ni....

mula-mula ragu juga.
tapi tak boleh jadi ni.
elektrik tak tunjuk muka pun.
dengan rasa buat-buat confident saya pun tenggekkan periuk 
bersama beras dan air secukupnya atas dapur.
*,*
grrr..

bila air dah hampir kering saya kecilkan api.
bagi masak perlahan-lahan.
eh, jadi pun!
kurang 15 minit dah siap.
:)

itulah,
bak kata pepatah,
`gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya`.
hehehe

belajar sesuatu hari ni.
=P

terima kasih elektrik kerana terputus.
hihihihi



hasilnya... heh =P


Saturday 7 April 2012

Thursday 5 April 2012

Mereka Senang-senang, Kita TTCian Susah-susah :(

kejamnya............

mereka yang senang dapat anak,
`SENANG-SENANG` buat seperti gambar di bawah :(
kita yang TTC ni, 
`SUSAH-SUSAH` nak dapatkan anak..
sampai bertahun menunggu baru ada rezeki.
:(

kalau rasa tak sanggup, 
jangan scroll down.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



rasa nak ambil satu baby tu masukkan dalam rahim saya.
:(


Tuesday 3 April 2012

Tidakkah Kamu Mengerti?


hari ni terasa sayu saja.. 
hurmm..
terlalu memikirkan hal dunia, mungkin.
yang tidak pernah habis.
kerja. kerja. kerja.

Allah....
Allah...
Allah...
akhirat jualah yang kekal abadi.


Monday 2 April 2012

Heavy Flow & HSG

sejak jumaat lepas (30 mac) period sudah turun dengan meriah. heavy flow betul.. lega sikit rasa hati bila tengok darah turun dah normal, tidak lagi on off.. punyalah demam melayan period ni. weekend tidak ke mana pun... tidoooo punyalah macam apa. mata macam kena gam! badan pula suam-suam, kadang panas kadang sejuk...huhu tekak pun loya betul. pantang salah bau. dah macam orang pregnant. hehe hari ni kalau ikutkan tak larat nak pergi kerja, tapi gagahkan juga memandangkan kerja banyakkkkk. malam tadi sebelum tidur minum air badak + panadol. syok betul tidur. pagi tadi minum lagi air badak. badan masih rasa melayang-layang.

sejak heavy flow ni kan, darah ketul-ketul (maaf) tu pun keluar sekali. besar-besar. errkk! saiz ibu jari. tak pernah la keluar sebegitu besar sebelum ni... sori, untuk rekod saya.

memandangkan dah heavy flow dan rasa sudah boleh anggap period, saya called bahagian x-ray tu pagi tadi. payah nak tembus talian tu. lastly dapat juga la bercakap. dah terangkan semua tu, orang yang di hujung talian tu kata ikut saja appointment yang dah dibuat tu - 2 mei. tapi dia minta saya cek upt dulu sehari sebelum buat hsg. haiaah, mentang la period saya tak teratur...


Thursday 29 March 2012

Spotting Jadi Period?

pelik, juga pening. tidak tahu nak kata spotting saya ni boleh dianggap period atau tidak. sejak 19 mac yang lalu, hari-hari ada darah keluar.

12, 14 dan 19 hingga 25 mac : lendir / darah coklat (maaf). sekali sehari je muncul.
26 hingga 29 mac (sampai hari ni) : fresh blood yang keluar. tapi ada masa sedikit, ada masa tu penuh setengah pad dalam satu hari. ada masa bersih je pad tu. dalam sehari 3 kali muncul (on off).

masalahnya sekarang, saya dalam dilema nak call bahagian x-ray untuk hsg tu (untuk ubah appoinment).. sebab darah tu jenis on off datang dalam sehari. boleh dianggap period ke ni? kalau kita period kan darah tu sentiasa ada sehinggalah period tu kering sendiri.  kalau dikira dari 19 mac sampai hari ni, saya dah hari ke-11 period. darah ni pula makin fresh pula warnanya. kalau dah bertukar kecoklatan tu ada kemungkinan akan berhenti kan. biasa period saya 7 hingga 10 hari je.

ermm.. boleh ke nak anggap saya sedang period sekarang eh (berdasarkan warna darah yang fresh).. ingat kalau darah masih keluar sampai minggu depan, nak pergi klinik swasta je.. tapi bila fikir nak buat hsg tu, confius pula..


Wednesday 28 March 2012

Doa ; Jangan Berhenti Berharap

 
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: ”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: ”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:  Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...