Followers

Friday, 1 April 2011

Bilakah Detik Itu...

Sayunya rasa hati ni....
kalau duduk sorang2 macam ni la, layan perasaan yang saya sendiri pun tak nak terlalu memikirkannya..
cik p ku dah lewat dekat 4 minggu, pagi tadi cek upt -ve..huhuuu
bilakah detik mataku akan dapat lihat double line yang terang???
ya.....saya tahu....perancangan Allah itu sangat cantik!!
rahsia Allah, kita tak tahu..
bila kita akan mati???--kita tak tahu!
bila kita akan ada zuriat pun kita tak akan tahu....
sabarlah wahai hatiku~~~~~ :)

usia perkahwinan sudah 1 tahun 3 bulan...
3 bulan pertama kahwin saya tak fikir nak ada baby dalam masa terdekat..
coz rasa macam tak bersedia.
tiada ambil ubat apa2, juz rancang manual je ^huu..boleh gitu?heee^
masuk bulan ke-4 kahwin iaitu april 2010, perasaanku membuak2 nak jadi seorang mama..
so start bulan april 2010 tu ku tunggu2 ada berita gembira, tapi hingga saat ini Allah belum perkenankan...
hari ni dah masuk bulan april 2011.............

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosaku, suamiku..
permudahkanlah urusan-urusan kami di dunia dan akhirat,
murahkan rezeki kami,
kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah mengikut ketetapan-Mu....
sesungguhnya Kau Maha Pengasih.....
Amin...........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...