Followers

Sunday 29 January 2012

Cerita Bidan Dulu dan Kini

salah satu usaha untuk mengandung adalah berurut dengan bidan / tukang urut. ada rezeki, sekali urut je dah boleh lekat. ada yang berkali-kali masih belum ada rezeki lagi... bagi saya sendiri, tidak tahulah nak komen lebih-lebih. cuma adalah pengalaman berurut disember 2010.. dan terkini, pagi tadi. itu pun secara tak sengaja.

disember 2010.....
period memang dah lewat sangat. last 3 september. ni dah masuk bulan disember period belum kunjung juga. kebetulan cuti sekolah waktu tu, saya di kampung. kakak mengesyorkan agar berurut. saya memang gelisah la, tengok perut makin membulat dan tak selesa.. rasa nak sangat period ni keluar kalau tak pregnant. tak selesa ok kalau period tak keluar tiap-tiap bulan.. dipendekkan, pagi-pagi sebelum bidan tu datang, saya cek dulu upt. saja nak kepastian. ok............. upt negatif.

hari pertama bidan datang - mula-mula dia urut seluruh bahagian badan belakang, kemudian baru bahagian badan depan. akhir sekali dia pegang perut saya. dia kata saya dah pregnant 3 bulan. haaa hati siapa tak berbunga. tapi................ baru je tadi sebelum dia datang cek upt negatif. saya cuba buat biasa je. mengiakan je bidan tu cakap. tapi masa tu, saya lebih percaya upt yang saya buat tu. hehe saya tak bagitau pun bidan tu saya ada cek upt, nanti kecil hati pula dia.hehe

jadi, bila hari kedua dan ketiga berurut, bidan tu cuma urut seluruh badan saya saja kecuali perut. hmmm padahal tujuan utama nak berurut adalah urut perut. masa hari kedua urut tu, saya cek lagi  upt, tetap negatif. macam-macam bidan tu cakap. yakin betul bidan tu yang saya pregnant. aduh.
siapa yang tak suka kan, bila orang yang berpengalaman berurut tu kata kita pregant. tapi, di sebalik tu, fikiran saya celaru. upt negatif, tapi bidan kata pregnant. tak senang duduk!

balik ke utara setelah cuti semakin habis, saya ke hospital bersalin swasta yang agak terkenal di sini.. saja saya memilih hospital tu sebab nak kan kepastian. dipendekkan lagi, doc scan........................ rahim kosong. ok! hmmm penat otak berfikir dah terlerai. cek upt pun negatif masa tu. tapi lega doc kata rahim saya normal. doc bagi ubat turun darah. apalagi, makan la......... januari 2011 saya period. hihihi

hari ini....
ok, sebenarnya saya baru sampai di utara, selepas seminggu bercuti sempena CNY di kampung saya dan hubby. sebelum bertolak pagi tadi, saya singgah dulu di rumah kakak. kebetulan ada bidan / tukang urut di rumah kakak. baru lepas mengurut mak mentua dia yang sakit kaki. saya ambil peluang minta dia tengokkan perut saya. selepas menukar seluar ke kain batik, bidan tu tekan/urut2 perut saya. dia kata rahim saya kecil [pulak dah]. sebab tu susah nak lekat. ok, saya dengar saja pendapat dia... lepas tu dia ada ajar satu senaman sebelum nak bersama. hehe

saya dah 3 kali scan. pertama kali di hospital yang saya ceritakan di atas. kali kedua di klinik syifa semasa saya lewat period 2 minggu pada jun 2011. dan kali ketiga semasa di hospital kerajaan disember 2011. ketiga-tiga doc kata rahim saya normal......

saya tidak lah menidakkan kehandalan bidan / tukang urut ni. ada peluang berurut boleh saya cuba lagi. mana tahu ada rezeki lekat pula. beruntung siapa yang berurut sekali dapat lekat terus =)

4 comments:

BaTiK_PiNk said...

assalam,

cerita awak waktu 2010 tu sama macam yang yani alami waktu ni, buat upt asyik negatif je. tapi sejak sebulan dua berurut ni, nenek tu kata saya dah ada isi. macam mana tu? harapan dalam ketidakpastian?

Raimanda said...

assalam, saya pun pernah urut untuk mengandung tp bidan tu dah arwah dah.

Ceritanya di sini:
http://www.mrslya.com/2012/01/bidan-dan-urut.html

Jemput singgah ye.

Raudhah said...

yani : better scan.. baru hati tak gundah gulana.. huhu

lya : saya sudah singgah ke sana ;)

Unknown said...

Samala, bidan kata ada.Buat upt-ve, so utk lebih kepastian, sy buat blood test dan malangnya mmg tak ada rezeki lagi.Sabar ajela..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...