Followers

Thursday 20 September 2012

Rawatan Kesuburan 7 : Keputusan Doktor Pakar

[alahaiii.. cerita minggu lepas baru ada mood nak bercinta menaip ni.. hehe]


12 september (rabu), appointment.. sebelum tarikh tu, agak risau kalau doc tanya pasal provera a.k.a ravimed.. patutnya makan 3 cycle tapi makan 1 cycle je.. ravimed ni `menggemukkan` la. berat mantain, tapi muka dan badan nampak `gemuk`. macam bengkak.. (faham ke?) kawan saya la tegur, muka dan badan saya nampak bengkak.. tak mauuu la makan ubat ni lagi!


masa bangun tidur pagi tu, dok tenung syiling.. teringat pasal iui yang doc appointment sebelum ni cadangkan. tapi saya yang tak bersedia. sambil tenung syiling tu berfikir... saya berdoa sambil menangis sebab tiba-tiba rasa sebak `jika iui terbaik dan ini masanya, permudahkanlah urusanku pada hari ni ya Allah..` masa tu husband tiada, dia kerja malam, habis kerja pukul 8 pagi. bingkas bangun, bersiap-siap sambil tunggu husband balik..


pukul 9 pagi baru gerak dari rumah sebab husband balik agak terlewat sedikit.
tuuuu diaa no giliran!


aduhhh duhhh 51 orang lagi nak kena tunggu. memang sebentar lama lagi la akan dilayan. dah la appointment kali ni takde mood sangat. saya dan hubby tunggu di luar je. malas nak tunggu dalam, stress tengok nombor giliran di skrin. hehe lebih kurang 12.30 tengah hari baru la dapat masuk jumpa doc, 3 jam juga la tunggu. huhu nasib la memang dah stanby bawa majalah.. tak la boring sangat.


summary je la ek:

pertama, doc tanya pasal period. bla bla bla

kedua, doc tanya nak buat iui tak? saya  teragak-agak nak jawab. dia cadangkan saya buat iui. saya jawab `ok, saya nak cuba`. walaubagaimanapun... dia kena tanya/jumpa doc pakar dulu untuk bincang. so tunggu la saya di bilik itu dalam 20 minit kot.. sambil tu hati saya berdoa tak putus-putus. kalau betul ini masanya, semoga Allah permudahkan. masa tu saya berserah sebab Allah lebih tahu apa yang tebaik. Dia sebaik-baik perancang.  jadi.... apakah keputusan doktor pakar??? doktor pakar kata, saya kena makan provera lagi untuk aturkan period sebab hari tu saya miss 2 cycle... uhuk. dah 3 doc biasa mencadangkan iui, tapi..


3 doktor biasa  VS 1 doktor pakar = doktor pakar menang...


ok, tak mengapalah, mungkin belum masanya... then doc tu nak bagi provera, saya tolak sebab makan ubat tu agak pening dan badan menggigil + `gemuk`..  so saya minta ubat lain............dia bagi??? pil perancang yasmin... kena makan 3 cycle. emmmm. so ubat tu kena ambil di kaunter farmasi (dalam klinik o&g tu juga).


keluar dari bilik doc, lengang dah... saya pesakit orang terakhir.. hehe dah pukul 1.30 pun, kaunter farmasi pun tutup.. perut lapar gila dah, tapi nak tunggu farmasi buka pukul 2 petang. tungu punya tunggu, pukul 2 tak buka-buka lagi.. hanginnya... dah la lapar kan... hehe


saya tanya nurse yang kat dalam tu dalam nada agak keras. sebab pukul 2.20 tak buka lagi... then dia call orang farmasi tu kot... 5 minit lepas tu baru terhegeh-hegeh nak buka. saya yang suruh husband ambil, sebab badan dah `berangin`. hehe 


tengok husband lenggang kangkung je jalan tak bawa ubat. laaa pil yasmin memang tiada kat farmasi o&g/hospital. kena beli kat luar... sekotak rm 40++, mungkin doc tu tak tahu yang yasmin tiada/tidak disediakan kat farmasi tu... macam tu la lebih kurang ahkak farmasi tu bagitau hubby... 


kalau ku tauuu.. awal-awal lagi dah cabut. dah la tunggu giliran lama, dok dalam bilik doc pun lama, tunggu farmasi buka pun lama! perut ku dah macam-macam lagu dah... bayangkan sampai pukul 2.30 tak makan apa-apa? kalau puasa lain la kan... feel dia lain. hehe


apa jadi dengan pil yasmin?? oh tidak... tidak terbuka pintu hati nak makan yasmin... takut badan lagi membengkak.. dan.. saya rasa `lelah` makan ubat hormon ni.. huuu sedeyy..


# next appointment : 5 disember. nak pergi ke tidak... nak pergi ke tidak...





6 comments:

Sizuka said...

Hospital pulau pinang tu hospital sebeang jaya ke? Sy dgr kaba yg hospital sbrg jaya peratus kejayaan iui adalah tinggi...

Raudhah said...

hospital ni dalam pulau :)

hoho 1st time expose negeri mana saya tinggal.. hehe

Little world said...

salam--
hanya pandangan--masa makin berlalu--macam sue--mmg masa sangat TERHAD sb Sue dah 30+++--sb sue bekerja di hospital/tak keje pon sue tahu makin berumur popuan itu makin kurang kesuburannya....cubalah dengan lebih awal--% lebih tinggi..kawan sue dah buat IVF-sebelum tu dah makan clomid bercycle2-buat IUI sampai 3 kali yang last ada komplikasi --yang IVF nie alhamdulillah BERJAYA--mmg kita agak2 WAS2--tapi kita USAHA yang terbaik yer----AMin!!

Raudhah said...

insyaAllah sue, jika ada peluang dan rezeki nanti :)

A*nY said...

saya penah makan provera,
doc suh mkn 3 cycle..sy makan 2 cycle je, sebab takut pil perancang kan..
myb ok utk sy, x gemuk pun...

sebulan pas makan provera,
saya pregnant...

Ada org kata , pil perancang ni pun ble suburkan juga...

teruskan usaha,
insyaallah....saya doakan utk semua rakan TTC..=)

Raudhah said...

A*ny : wahh..teruja baca ;) rezeki kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...