Followers

Sunday 18 November 2012

Homeopathy Hasan

dah lama sangat nak cuba rawatan hemeopathy ni. sampaikan ada kenal dengan seorang hamba Allah ni masa awal tahun 2011 di facebook Hospital Bersalin, dia suruh saya cuba hemeopathy hasan di bangi.. dia berjaya pregnant tak silap kurang tiga bulan lepas treatment kot... padahal.......... kampung saya tersangat la dekat dengan pkns bangi ni.. sebelah ajer... haa, saya bertemu jodoh saya pun di sini... hehe ;D


rasanya, hemeopathy hasan ni memang terkenal dengan penduduk sekitarnya. kliniknya terletak di dalam kompleks pkns bangi di tingkat atas sekali, berdepan esklator. baru-baru ni kami suami isteri balik kampung saya.. teringat tentang homeopathy ni.. 14 nov (rabu) kami main terjah je datang. masa tu dah pukul 6.30 petang.. rupanya klinik ni tutup pukul 6.00 petang. kalau dulu tutup 9.00 malam..


hubby memang kenal dengan Dr Hasan dan anak-anaknya (staf terdiri daripada anak-anknya juga). syukur la diaorang bagi masuk walaupun dah tutup. haa nasib la diaorang ingat lagi hubby walau lama juga tak jumpa. hehe tapi Dr Hasan tidak ada, yang ada Dr Salman. hubby kata tak silap Dr Salman ni adik Dr Hasan.


masuk bilik Dr... dia tanya apa masalah kita. err tak tau nak jawab apa sebenarnya sebab tak sakit. hihi dan2 Dr tanya tu handphone hubby bunyi, dia keluar la sekejap.. alamak, tinggal saya berdua dengan Dr tu. saya cakap `kami dah 3 tahun kahwin tapi takde zuriat lagi`. fuhh, panas rasa muka. hehe tak lama tu hubby masuk balik.


pastu bla2... Dr suruh letak tangan atas meja. Dr akan tengok masalah kesihatan kita melalui tapak tangan. semasa tangan kita di `scan` Dr akan tengok kertas yang ada senarai apa tak pasti.. Dr kata rahim saya 90% tak sihat.... atau bahasa sedihnya 90% kurang subur. diulang 90%! sedihnyaaa..... lain-lain saya ada masalah penghadaman, tak silap 80%.


hubby pula, kesuburan ok! cuma ada masalah penghadaman tak ingat berapa peratus. 60% kot... gitu la yang Dr bagitau.....


ni ubat yang saya dapat.


 
ubat ni makan kena ikut urutan. dah habis botol 1 baru boleh makan botol 2 dan seterusnya..

  • BOTOL 1 : makan 1 biji setiap 1 jam. saya makan 6 biji je sehari... maknanya 6 jam je.. jenuh juga setiap jam nak makan. tapi ubat ni makan waktu siang je. elakkan makan ubat ni sejurus selepas makan. pastikan makan ubat ni setengah jam sebelum makan / setengah jam selepas makan...
  • BOTOL 2 : makan 1 biji setiap 3 jam
  • BOTOL 3 : makan 2 biji 3 kali sehari
  • UBAT HAID : makan 2 biji 3 kali sehari. hanya dimakan pada waktu period. sekiranya kita period, botol 1-3 tu stop makan dulu. habis period baru sambung makan botol 1-3
(maksud makan di atas adalah kemam/hisap. tak boleh terus telan ye..)


ni pula ubat hubby..



cara makan ubat hubby ni sama je macam botol 1-3 di atas.. total RM 46.. ok la, berdua dengan hubby. kira murah la tu..


makan ubat ni ada pantangnya...



semoga dengan izin Allah, DIA permudahkan usaha kami... insyaAllah ada kesempatan kami akan datang semula. harap-harap tak sempat datang dah `ada` la... huhu ni pun saya dah ada di utara, malam tadi sampai... syukur la sampai sebelum jambatan ditutup (sempena maraton), kalau tak naik feri la nampaknya.. esok sambung tugas mengawas SPM sampai 6 dis... lepastu pergi bercuti! tak sabar.. semua dah siap booking bulan september lagi :) harap tiada halangan...


kawan-kawan ttc yang tinggal area lembah klang mungkin boleh cuba hemeopathy hasan ni.. sebelum keluar bilik Dr... sempat lagi Dr kata `ramai yang datang nak zuriat... lepastu datang semula kata nak stop zuriat dulu...` saya tersenyum... moga Allah makbulkan! kita usaha... usaha... hingga DIA perkenankan!





8 comments:

Anonymous said...

salam dear raudhah, teruskan usaha & doa. saya pernah dapatkan nasihat & ubat dari ust hasan, alhamdulillah dengan izin-Nya selepas 3 kali ulang ambil ubat saya conceived, selepas 4 tahun menunggu. Kena banyak sabar & follow pantang larang & ikut time makan ubat.. semoga berjaya!

Raudhah said...

tq dear anon... insyaAllah, doakan saya! ;)

PutriesNoora said...

good luck..insyaAllah...moga rawatan ni dapat membantu sis pregnant...aminnn...=)

PutriesNoora said...
This comment has been removed by the author.
PutriesNoora said...

good luck..insyaAllah...moga rawatan ni dapat membantu sis pregnant...aminnn...=)

Raudhah said...

Noora : aminnn.. :)

RosDiana said...

mcm nak cuba hemeopathy jugaklah..tengok dah ramai ttc guna rawatan nie..

noor said...

Maaf tulis di sini, nak tanya dgn anon di atas. Semasa awak jumpa utk homeopati, Dr ada kata berapa percent tahap kesihatan rahim awak? Sbb saya pun Dr kata 90% tak sihat. Ada harapan tak? Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...