Followers
Wednesday, 16 November 2011
Tuesday, 15 November 2011
Adik2 Ipar VS Diriku
minggu lepas, minggu yang sangat emosi.
.tersentuh
.hiba
.sedih
.risau
.cemburu
Ya Allah......... aku tak mahu sifat ini..........
ok, nak dijadikan cerita, adik ipar lelaki saya sudah pun selamat dinikahkan macam yang saya cerita di sini. minggu lepas, tarikh yang orang rebut2kan untuk berkahwin, adik ipar perempuan saya pula bernikah.. jadi 2 pasangan pengantin la... adik ipar lelaki ku bersama pasangannya dan adik ipar perempuan ku bersama pasangannya..
saya dan suami tiba di majlis tersebut lewat, hampir nak bersanding. kami tidak dapat pulang awal, kerana kekangan masa, jarak dan kerja... lagipun suami ada kursus. semata2 kami ni macam jadi tetamu.kelasss tau, tak tolong apa pun sebelum majlis. ok la, dah salam semua di situ, makan dan tiba la waktu bersanding.. saya duduk memerhati. terpampang kegembiraan di wajah mereka. kemudian.....................................................................................................
seorang demi seorang mak ayah yang ada baby kecil mendukung anak mereka dan menghulurkan baby tersebut kepada setiap pengantin yang sedang bersanding untuk dicium........................................................ terkesima, tersentuh! huwaaaaaaaaaaaaaaaaa tau tak! rasa nak menangis juga di situ! lebih kurang sepuluh baby pula tu. kalau setakat seorang dua mungkin saya tak rasa apa2 sangat. rasa kecil je saya waktu tu............... saya sangat terasa. sebab, waktu kami bersanding dulu, tiada pun mak ayah yang ada baby bagi saya cium anak mereka sewaktu bersanding. ya, tidak ada!huuu....saya rasa sangat sedih, rasa nak menitik air mata saat menaip ni (-.-,) dalam otak fikir, kenapa? kenapa? kenapa?????? sebab saya masih tak dapat beri lagi cucu pada my MIL dan FIL mereka buat macam tu?????? oh, saya sangat terasa waktu tu dan terasa malu dengan kekurangan diri. huhuuuuuu (`-.-,)
sementara pengantin menunggu nak makan beradab, mereka turun dari pelamin, adik ipar perempuan ku yang bongsu mengusap perut biras ku... huwaaaaaaaaaaaaa terkesima dan rasa berkecai hati! tersentuh betul naluri perempuan ku... *ye.... akak tak dapat lagi nak bagi anak buah kat adik :( sedih sangat masa terlihat situasi tu....................................................*
ok, itu kisah sanding, ni ada lagi kisah yang saya sebak................................ selesai bersanding, saya menolong MIL memasukkan pulut kuning ke dalam goodies bag. datang seorang makcik, nak salam my MIL. dia berkata dengan nada berbisik `tahun depan timang cucu la ye`. wuuhuuuu saya terkesima sekali lagi! terus MIL kata `eh, yang ni belum lagi. tahun depan sama2 la dapat 3 terus`.. oh....MIL macam nak menyelamatkan perbualan tu. mungkin, makcik tu tak kenal saya menantu kat rumah tu...tu la kot makcik tu tercakap kat MIL macam tu....aiyoo tu la orang kata, cakap siang pandang2. huhu :(
ada lagi satu situasi.. selepas ramai tetamu bersurai.. saudara mara hubby pun nak balik.. saya pun salam la mak ngah hubby.. berlaku la dialog :
mak ngah : dah lekat dah?
saya : belum
mak ngah: alhamdulillah *terkesima sekali lagi* nanti ada lah tu
saya : *senyum kelat*
aduh... adakah mak ngah tersalah sebut. sepatutnya `insyaAllah`. tapi `alhamdulillah`. bersyukur sebab saya masih tiada anak?? huhuuhuuuu
sepanjang majlis tu, saya rasa senyuman saya terasa kelat dan tak ikhlas. emosi telah terganggu. sampai adik ipar perempuan yang bongsu tegur. `kenapa akak masam je? takut tengok akak. duduk sorang2 je ni`. huhu kan dah kata.... saya kalau sedih ke apa, tak boleh nak sorok. tak pandai nak plastik!
sepanjang perkahwinan ini, situasi di atas la yang saya rasa sangat beremosi.. boleh dikatakan, teramat jarang orang bertanya soal anak kepada saya. kalau ada pun setakat `dah ada ke?` dan saya tidak rasa terusik dengan soalan itu. mungkinkah kerana 2 orang adik iparku sudah kawin saya rasa tercabar?????? bagaimana perasaan saya nanti jika mereka dah hamil dulu? oh, sungguh saya tak mahu memikirkan yang buruk2..
Ya Allah, bantulah dan kuatkanlah hamba-MU ini..
-.-,
.tersentuh
.hiba
.sedih
.risau
.cemburu
Ya Allah......... aku tak mahu sifat ini..........
ok, nak dijadikan cerita, adik ipar lelaki saya sudah pun selamat dinikahkan macam yang saya cerita di sini. minggu lepas, tarikh yang orang rebut2kan untuk berkahwin, adik ipar perempuan saya pula bernikah.. jadi 2 pasangan pengantin la... adik ipar lelaki ku bersama pasangannya dan adik ipar perempuan ku bersama pasangannya..
saya dan suami tiba di majlis tersebut lewat, hampir nak bersanding. kami tidak dapat pulang awal, kerana kekangan masa, jarak dan kerja... lagipun suami ada kursus. semata2 kami ni macam jadi tetamu.
seorang demi seorang mak ayah yang ada baby kecil mendukung anak mereka dan menghulurkan baby tersebut kepada setiap pengantin yang sedang bersanding untuk dicium........................................................ terkesima, tersentuh! huwaaaaaaaaaaaaaaaaa tau tak! rasa nak menangis juga di situ! lebih kurang sepuluh baby pula tu. kalau setakat seorang dua mungkin saya tak rasa apa2 sangat. rasa kecil je saya waktu tu............... saya sangat terasa. sebab, waktu kami bersanding dulu, tiada pun mak ayah yang ada baby bagi saya cium anak mereka sewaktu bersanding. ya, tidak ada!
sementara pengantin menunggu nak makan beradab, mereka turun dari pelamin, adik ipar perempuan ku yang bongsu mengusap perut biras ku... huwaaaaaaaaaaaaa terkesima dan rasa berkecai hati! tersentuh betul naluri perempuan ku... *ye.... akak tak dapat lagi nak bagi anak buah kat adik :( sedih sangat masa terlihat situasi tu....................................................*
ok, itu kisah sanding, ni ada lagi kisah yang saya sebak................................ selesai bersanding, saya menolong MIL memasukkan pulut kuning ke dalam goodies bag. datang seorang makcik, nak salam my MIL. dia berkata dengan nada berbisik `tahun depan timang cucu la ye`. wuuhuuuu saya terkesima sekali lagi! terus MIL kata `eh, yang ni belum lagi. tahun depan sama2 la dapat 3 terus`.. oh....MIL macam nak menyelamatkan perbualan tu. mungkin, makcik tu tak kenal saya menantu kat rumah tu...tu la kot makcik tu tercakap kat MIL macam tu....
ada lagi satu situasi.. selepas ramai tetamu bersurai.. saudara mara hubby pun nak balik.. saya pun salam la mak ngah hubby.. berlaku la dialog :
mak ngah : dah lekat dah?
saya : belum
mak ngah: alhamdulillah *terkesima sekali lagi* nanti ada lah tu
saya : *senyum kelat*
aduh... adakah mak ngah tersalah sebut. sepatutnya `insyaAllah`. tapi `alhamdulillah`. bersyukur sebab saya masih tiada anak?? huhuuhuuuu
sepanjang majlis tu, saya rasa senyuman saya terasa kelat dan tak ikhlas. emosi telah terganggu. sampai adik ipar perempuan yang bongsu tegur. `kenapa akak masam je? takut tengok akak. duduk sorang2 je ni`. huhu kan dah kata.... saya kalau sedih ke apa, tak boleh nak sorok. tak pandai nak plastik!
sepanjang perkahwinan ini, situasi di atas la yang saya rasa sangat beremosi.. boleh dikatakan, teramat jarang orang bertanya soal anak kepada saya. kalau ada pun setakat `dah ada ke?` dan saya tidak rasa terusik dengan soalan itu. mungkinkah kerana 2 orang adik iparku sudah kawin saya rasa tercabar?????? bagaimana perasaan saya nanti jika mereka dah hamil dulu? oh, sungguh saya tak mahu memikirkan yang buruk2..
Ya Allah, bantulah dan kuatkanlah hamba-MU ini..
-.-,
Friday, 4 November 2011
Tersentak
berita yang dikhabarkan,
rakan sekerja sudah pregnant.
tahniah kak F!
senyum di bibir ku ukir saat itu,
tapi di dalam, hati menangis!
rasa macam bertakung air mata!
kak H yang khabarkan kepadaku.
sedangkan kak H hampir 6 tahun kahwin masih berdua menyulam cinta dengan suaminya.
tapi kak H tetap maintain saja.
Kak F, memang mengharap untuk pregnant.
dia kahwin bulan feb tempoh hari.
berjauhan pula tu dengan suaminya.
seorang di utara, seorang di selatan.
tapi, masa bulan okt lepas, memang selalu suaminya pulang ke sini.
padahal, baru 2 minggu lepas ku tanya pada dia.
dan waktu itu masih belum ada lagi.
nadanya seperti kecewa juga.
tapi sekarang,
rezeki kan...
hurm...
ku?
masih beginilah
*ish, tak baik mengeluh*
Subscribe to:
Comments (Atom)
