Followers

Sunday, 26 February 2012

Pic: Sebulan Selepas Kahwin

bosan-bosan di hujung minggu belek-belek gambar lama..
terjumpa gambar yang diambil sebulan selepas kahwin..
inai pun masih merah di jari. hehe
masa inai masih ada, terasa malu-malu nak keluar berjalan.
pengantin baru kan. hihi
masa ni berat 63 kg je...

^-*


rindunya kenangan masa ni. 
hubby bawa jalan-jalan di sekitar tempat tinggal baru kami. 
jauh dari keluarga...

walau gambar di atas tidak ada la ramping mana, 
jauh berbeza la dengan sekarang kan 70 kg. heh!
ok, tengah berusaha dengan herbalife. 
harap ada la perubahan.
:)


*oppss, harap tidak ada la kenalan yang cam saya melalui pic di atas! B-)



Thursday, 23 February 2012

Berusaha dengan Herbalife

tentu ramai dah biasa dengar perkataan HERBALIFE kan. dulu, saya buat tak endah je... melambak pelbagai jenama produk kesihatan di pasaran, sampai malas nak ambil tahu. cuma baru-baru ni, saya `didekatkan` dengan produk ni. semuanya secara tidak sengaja pun.

1. baru-baru ni adik lelaki sakit. kawan dia syorkan adik ambil herbalife. kemudian adik pula yang syorkan saya ambil herbalife ni. padahal baru semingguu dia amalkan. dia kata badan rasa ada perubahan lepas amalkan... bagi adik, sekurang-kurangnya mungkin dapat membantu saya turunkan berat badan + pregnant.. semalam dia call, bersungguh betul dia suruh saya cuba (prihatin sungguh adikku ini). masa tu adik call dalam pukul 2 petang.

2. petang semalam tu saya ke sekolah semula untuk aktiviti kokurikulum jam 4 petang. kemudian saja lepak di bilik guru sementara pelajar hias papan kenyataan. rupanya ada kawan sekerja A makan/minum herbalife. baru seminggu. tujuan dia nak turunkan berat badan, maklum la nak kahwin. hehe dia rasa ada perubahan yang positif. dia beli daripada rakan sekerja B (si A ambil formula 1 + tea mix). menurut cerita rakan sekerja B, dia berjaya turunkan berat badan 9 kg dalam 2 bulan  (si B guru baru). haa pembakar semangat lagi, terus saya order.

tadi saya dah dapat produk tu.. sebenarnya kalau nak turunkan berat badan, yang terbaik adalah kita ambil folmula 1 + tea mix. tapi saya ambil tea mix je dulu. ringkasnya, formula 1 ni untuk gantikan sarapan pagi dan makan malam. tea pula untuk mempercepatkan pembakaran kalori.

saya nak cuba tea mix saja dulu. kalau rasa tak tahan lapar baru la saya ambil formula 1 tu.. (formula 1 memberikan rasa kenyang). harga tea mix untuk 100 g adalah RM 223... selamat duit ku terbang tadi~~~ hehe

ni sedikit info. nak lebih lanjut boleh google :) atau jenguk ke link ni.

       Formula 1
  • Nutrisi Selular yang merupakan makanan seimbang
  • Hanya mengandungi 90-250 kaliri setiap hidangan
  • Mengandungi 55 nutrien penting, 18 asid amino, Fibre, Serat dan Herba. Kesemua nutrien penting yang diperlukan oleh badan
  • 9 g protin dan serat yang membantu menyokong pengurusan berat badan
  • 0 kolestrol, 0 lemak trans
  • Mempunyai 5 perisa yang enak
  • Memberikan khasiat, rasa kenyang dan tenaga dengan nutrisi selular.
  •  
    Tea Mix
  • Lebih daripada 20 nutrien perlu dan antioksidan, asid folik, kalsium dan zat besi
  • Menyokong sistem imun
  • Meningkatkan kesihatan tulang, kulit dan rambut
  • Menyegarkan dan memberikan tenaga
  • Mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak
  • Meningkatkan tenaga
  • Mengurangkan selera makan
  • Anti-Oksidan yang semulajadi
  • Menjalankan Detoxifikasi ( pencucian dalam tubuh )secara semulajadi


makan herbalife ni kena banyak minum air... kalau teringin nak cuba, tanya la detail kepada penjual tu nanti ye...

nota : tujuan utama saya ambil herbalife sebab nak turunkan berat badan >> dengan harapan period akan menjadi teratur >> bila dah teratur, insyaAllah ada rezeki pregnant. harap tercapai la impian ni :) berat sekarang adalah 70 kg dengan ketinggian 165 cm  ;P

* sori kalau pening baca entri kali ni, ayat agak berterabur  @_@

Tuesday, 21 February 2012

CD yang Panjang

diam-diam dah bulan februari. seminggu lagi menjelma la bulan mac. period masih juga tak menunjukkan muka. haih, nak kata pregnant, tak kot... jadi, untuk rekod period tahun 2012 ni, saya masih belum memangkahnya di kalendar kecil saya. bersih lagi. huhu hari ni dah CD 66! setakat ini, masih tiada perasaan nak makan apa-apa ubat turun darah. takpe la..... saya cuba tunggu selagi terdaya. tak macam tahun lepas, perasaan membuak nak bagi period turun. dua kali je cik period turun secara suka rela tahun lepas. yang lain paksa rela. heh! rekod period tahun lepas di sini. haih, berlubang-lubang!~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...