Followers

Sunday, 18 December 2011

CD 1 ; Tidak Diduga

wah, jam 5.30 petang tadi, tanpa ada tanda apa-apa, habis berdarah seluar yang saya pakai di rumah hari ni. saya tidak perasan pada mulanya, sebab tiada pula rasa basah atau apa, rasa senggugut apatah lagi. itu pun semasa saya bangun dari sofa nak minum air, hubby tegur `eh, darah apa tu?`. fuh, saya fikir hubby nak main-main la tu. tak terfikir langsung pun period ke apa. saya buat tak tau. lepas tu hubby tegur lagi `cuba sayang tengok, ada darah tu!`. aik, panik je muka hubby. saya pun tengok la. `ha? ha? ha?` sangat terpinga-pinga saya ok! hehe tiba-tiba je.... tak bagi sign pun... alhamdulillah, muncul juga ye awak cik period tanpa saya paksa... suka! ;)) mungkin...... memang kena kuruskan badan la baru horman dalam badan ni betul balik kot ek......

ok, updated rekod period tahun 2011... tahun 2012 entah macam mana pula la nanti... harap kalau tak datang pun, disebabkan ada baby! amin...

jan: 
5 hb (tu pun sebab makan norculat ke sonulat, lupa dah namanya. pastu on clomid 50mg)
feb: 
5 hb ( tiada rezeki dengan clomid, cun pula period datang)
mac: 
X
apr:
X
mei: 
4 hb (sebab makan maajun anggun bistari (mab), hari ke-17 makan period datang)
jun: 
X
jul: 
X
ogos: 
21 hb (sebab makan mab juga, hari ke-14 makan period datang)
sept: 
X
okt:
X
nov:
spotting pada 18 nov. sehari je. tersangat la sikit... tak tau la nak kira darah period ke tak..
dis:
hari ni cd 1, 18 dis.... tak tau la berapa hari pula period ni.

rekod period saya yang di ambil di sini.
ok, kalau tak tengok yang nov tu, period saya 5 kali je tahun ni.. itu pun 4 kali dipaksa dan 1 kali datang suka rela..... wuhuuuuuu mari la kita berfikiran positif!  =P

2 comments:

Siti said...

Raudhah,
salam kenal ye :-)

period saya pun bermasalah jugak..
pening betul coraknya..
kena betulkan peel period ni dulu..
saya dah makan ubat untuk betulkan period, awal2 elok lah dalam 2 3 bulan, tapi lepas tu dia buat hal lagi..tapi saya dh stop makan ubat hormon, nak cuba natural (jaga makan) tapi still dia buat hal juga :-(

Raudhah said...

salam kenal siti:)
itu la, period saya tak betul.. jadi susah nak nak tentukan waktu subur.. kalau period betul senang nak kira then peluang tinggi la kan..
sama2 kita usaha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...