Followers

Saturday, 4 June 2016

LPPKN 5: Maka Bermulalah CD1..

assalamualaikum.

setelah makan duphaston selama 7 hari (22 apr - 28 apr), period datang selepas 4 hari dari last makan ubat tu.. cd1 = 2 mei..

disebabkan 2 mei (isnin) cuti hari pekerja, saya call lppkn pada 3 mei. so nurse suruh datang esoknya, 4 mei (cd3).

lupa nak cerita pada entri yang lepas. doc tawarkan saya untuk masuk kajian pcos.. kalau masuk kajian ni ada beberapa step tambahan yang kita kena buat berbanding kalau kita terus buat iui. kami setuju masuk kajian ni.. pertama boleh sumbang sesuatu untuk penyakit ni.. kedua tak perlu bayar kos iui, kecuali kalau kena ambil ubat tambahan. hihii


ok, apa yang saya buat pada 4 mei (under kajian pcos):

  1. ambil sample urin
  2. ambil darah untuk cek glucose (bacaan sebelum makan/minum air gula-puasa sejak 10 malam), kolestrol dan kromosom
  3. naik tingkat 7 untuk minum air gula. selalu dengar orang pregnant tak lalu la apa la..saya pun nerves jugak. tips yang saya baca: minum semasa masih suam dan minum laju2. hehh dan berjaya ikut tips tu hehee
  4. lepas 2 jam ambil darah semula (untuk bacaan selepas minum air gula). pehh asyik kena cucuk je :(
  5. dapat ubat. yeayy! clomid dan gonal f.. cara makan nurse tulis siap2:



maka bermulalah kisah menelan clomid 100mg dan menyuntik gonal f 75iu..hohoo

tvs on 11 mei (cd10) untuk tengok telur @ folikel ;)



Tuesday, 31 May 2016

LPPKN 4: Jumpa Doktor

assalamualaikum.

22april, jumaat.

kali pertama jumpa doktor.. saya under dr komathy..debar..

masuk bilik doc, dia minta utk tvs..
lepas tvs saya dan suami mendengar semua keputusan dan cadangan utk next treatment.

keputusan suami:
sperm normal
ujian darah semua ok

keputusan saya:
tiub/rahim ok (doc refer result hsg)
ujian darah sah saya pcos..
hasil tvs lg mengesahkannya..sebab telur kecik2 comey :P

so doc kata no big problem..

dia bg 2 cadangan:

1. makan ubat subur then bersama
2. iui

kami pilih pilihan kedua...

disebabkan period ting tong..doc bg duphaston untuk induce period.

tp...syarat iui di lppkn nak 2-5 telur sahaja....tettttt

so..bermula la mkn ubat nak induce period tu... satu hari 2 biji (1 pagi 1 malam) selama 7 hari. makan kena waktu yg sama ye..

sukaa sangat dengan servis lppkn...kawan2 yg nak buat treatment tu cuba la ke lppkn ye :)

#update: lupa nak cerita.. masa appointment ni saya ada buat pap smear - sebelum period (under kajian pcos). pap smear perlu dibuat 2 kali.. sebelum dan selepas period.





Thursday, 14 April 2016

Bad Evap or Faint Line?

Assalamualaikum.


last period 28 feb 2016.
macam biasa..tangan ni gatal nak celup2..


meh layan upt saya..

05.04.2016
nampak tak?


08.04.2016
yang ni?


11.04.2016
makin jelas?
hehee


emmm..nampak macam makin jelas kan?
nampak macam good progession kan?
hahaa

tapi..bila pakai upt jenama lain clearly -ve.
huahuaaa

ntah la.... dah guna 2 upt jenama lain memang -ve...

so.. saya anggap bad evap je la..
sampai hari ni tak period lagi.....

k... jangan fikir sangat...
#sedapkan hati sendiri =P


 brand upt yang saya guna di atas tu....
teruk sangat evap nya =P





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...