Followers

Saturday 4 June 2016

LPPKN 5: Maka Bermulalah CD1..

assalamualaikum.

setelah makan duphaston selama 7 hari (22 apr - 28 apr), period datang selepas 4 hari dari last makan ubat tu.. cd1 = 2 mei..

disebabkan 2 mei (isnin) cuti hari pekerja, saya call lppkn pada 3 mei. so nurse suruh datang esoknya, 4 mei (cd3).

lupa nak cerita pada entri yang lepas. doc tawarkan saya untuk masuk kajian pcos.. kalau masuk kajian ni ada beberapa step tambahan yang kita kena buat berbanding kalau kita terus buat iui. kami setuju masuk kajian ni.. pertama boleh sumbang sesuatu untuk penyakit ni.. kedua tak perlu bayar kos iui, kecuali kalau kena ambil ubat tambahan. hihii


ok, apa yang saya buat pada 4 mei (under kajian pcos):

  1. ambil sample urin
  2. ambil darah untuk cek glucose (bacaan sebelum makan/minum air gula-puasa sejak 10 malam), kolestrol dan kromosom
  3. naik tingkat 7 untuk minum air gula. selalu dengar orang pregnant tak lalu la apa la..saya pun nerves jugak. tips yang saya baca: minum semasa masih suam dan minum laju2. hehh dan berjaya ikut tips tu hehee
  4. lepas 2 jam ambil darah semula (untuk bacaan selepas minum air gula). pehh asyik kena cucuk je :(
  5. dapat ubat. yeayy! clomid dan gonal f.. cara makan nurse tulis siap2:



maka bermulalah kisah menelan clomid 100mg dan menyuntik gonal f 75iu..hohoo

tvs on 11 mei (cd10) untuk tengok telur @ folikel ;)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...