Followers

Thursday, 9 June 2016

LPPKN 9: 2WW

assalamualaikum.

14 mei (sabtu) iaitu sehari selepas suntik pregnyl 5000iu, saya perasan ada egg white pada hari itu. lagi pun jangkaan doc telur akan pecah pukul 10 malam (selepas 36 jam suntik pregnyl). pada 14 mei juga saya mula makan duphaston.

maka bermulalah sesi 2ww.. 1 dpo = 15mei.

  • 1-5 dpo: sore n*, bloating
  • 6-11 dpo: bermula 6 dpo dapat simptom baru - perut mencucuk2@senak@senggugut dan sore b*. sore n* dan bloating tetap ada. peliknya saya rasa perut mencucuk2 tu.. masa tengah drive, solat, duduk atau berjalan - bila tiba2 sakit tu datang rasa nak nangis.. bila nak tidur pun tak selesa.. 10 dpo ada cek upt.. tapi negatif.
  • 12 dpo: saja nak tengok apa simptom yang selalu orang ada, saya buka web countdown to pregnancy...


kesemua 10 simptom ni saya ada! cycle2 yang sebelum ni kadang2 ada separuh je simptom tu..huhu

  • 13 dpo: disebabkan kononnya semua simptom 12 dpo tu saya ada, saya pun cek upt.. hasilnya.. negatif.. baiklah
  • 14 dpo: simptom masih sama.. cuma tahap letih tu makin menjadi2.. asyik nak tidur je.... nak cek upt malas... ermmm

sambung..



Wednesday, 8 June 2016

LPPKN 8: TVS CD12, IUI?

assalamualaikum.

13mei (jumaat) = cd12..
tvs kali kedua. result:

  1. ovari kiri - masih kecil2
  2. ovari kanan - tetap ada satu saja yang besar. saiz 16.7 x 21.5.. wahhh.. alhamdulillah.. tak sangka kamu membesar dengan cepat walau selang satu hari. sempat saya tengok di skrin masa doc dah ke meja dia
  3. ketebalan dinding rahim - 8mm 

disebabkan rezeki saya hanya ada satu saja telur yang besar, maka iui dibatalkan... sebab tak cukup syarat.. lppkn nak 2-5biji telur.. kalau kat tempat lain mungkin 1 biji saja sudah mencukupi..

seterusnya saya tak jangka kena cucuk pregnyl 5000iu untuk pecahkan telur pada masa itu juga.. hehee sebab doc kata telur tu dah cukup besar. 

bagus juga kena cucuk kat situ.. nurse yang tolong cucukkan.. masa tu pukul 10 pagi.

doc bagi tarikh untuk bd..

saya dibekalkan dengan duphaston. makan 2 kali satu hari (1 biji pagi, 1 biji malam) dari 14-29 mei (16 hari). makan pada waktu yang sama ye..

doc bagi tarikh datang ke lppkn pada 6 jun (isnin) untuk cek upt seandainya tak period... kalau period sambung treatment lepas raya. lppkn tak buat treatment masa bulan puasa..

maka... bermulalah 2ww..
dalam fikiran... ada harapankah?
saiz telur lonjong.. tak bulat cantik?
kalau ikut gred, apalah agaknya grednya ye?.. (pengaruh baca blog dr adilah :P)

astaghfirullah.. jangan menerawang sangat fikiran tu.. positif2..

usaha.. doa.. tawakal..

#2ww.......







Tuesday, 7 June 2016

LPPKN 7: TVS CD10

assalamualaikum.

setelah berclomid 100mg dan bergonal f 75iu, tvs kali pertama dilakukan pada 11 mei (cd10) untuk lihat perkembangan telur. hati berdebar Allah saja yang tahu..

sebelum tvs, saya kena buat pap smear (ujian untuk selepas period). jadi 2 kali kena buat pap smear.. sebelum dan selepas period.

lepas tu baru tvs.. kena kosongkan pundi kencing. result:


  1. ovari kiri - telur kecil2. tiada telur yang besar :(
  2. ovari kanan - ada satu je besar.. saiz 13 x 16
  3. ketebalan dinding rahim - 6mm

doc decided tak tambah ubat pun.. doc nak tengok telur tu boleh membesar sendiri lagi tak... Allahu.. agak kecewa doc tak tambah ubat..

next tvs on 13mei = cd12..

selesai urusan.. dalam kereta.. saya speechless. sedih... husband yakinkan saya.

saya rasa rendah diri.. telur satu je besar.. Allahu.. Allah nak kami suami isteri sabar lagi <3

tipu la kalau tak nangis kan.. terharu bila husband kata 'kalau satu hari nanti Allah bukakan pintu hati sayang suruh B kahwin lain, B takkan kahwin lain~~..'

huhuu next.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...