Followers

Monday 6 February 2012

Demam Layan Azura

semalam demam. pening kepala dan loya sangat. 3 biji panadol juga la telan semalam. minta hubby urut, terasa lega... terus terasa nak tidur... kebetulan, hubby pun demam. badan hubby lagi panas. kesian dia... pertama kali laki bini demam serentak. hehe hari ni kami berdua beransur pulih. hmmm... bosan duduk rumah, ajak hubby tengok wayang.... memang dah cakap kat hubby........ nak tengok Azura bila dah keluar pawagam... hehe

sampai je, orang tak ramai pun beratur beli tiket. kami pilih wayang jam 2.00 petang. banyak seat kosong... tak penuh pun pawagam, tak sampai separuh... pawagam besar pula tu... jarang kami tengok wayang waktu macam ni. biasa petang-petang sikit atau malam. cerita dia boleh la. suka sangat tengok neelofa. cuteeeeeeeee sangat! cantik! suka tengok rambut dia :) shahrizal @ shah jaszle pun hebat juga. saya akui, lakonan shahrizal memang bagus. cuma, kalau dia kurangkan kontroversi lagi bagus. hehe sebab utama saya nak tengok Azura sebab........................................... nak tengok neelofa! haha saya pun tak tau sejak bila saya suka dia. hehe tiba-tiba je. tapi saya bukanlah peminat setia dia pun, cuma suka tengok muka dia yang cantik! :) kalau dia yang jadi izzah dalam Ombak Rindu kan best!! ;P

hoooOOoo~~ nak cerita pasal Ombak Rindu. memang ramai ek orang menangis tengok OR ni dalam panggung wayang. sebelum saya tengok, kerap dengar cerita yang orang menangis teresak-esak menonton filem tu. jadi, memang benarlah bila pengalaman saya sendiri menontonnya di panggung wayang. makcik yang duduk di sebelah hubby menangis tersesak-esak. nak je saya bagi tisu, tapi saya takde tisu pula. hehe menghayati betul makcik ni. hihi

kesimpulan: cerita Ombak Rindu lagi sedih daripada Azura... walaupun tidaklah sampai menangis saya menonton Ombak Rindu tu... setakat sebak je. hehe cerita Azura ni boleh la nak layan perasaan, teringat  cinta zaman remaja.. terasa muda dan segar gitu. hehe!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...