Followers

Sunday 25 March 2012

Rawatan Kesuburan 3 ; Harapan

alhamdulillah, selamat sudah menempuh appointment di GH pada 21 mac yang lalu. sebelum itu, hati gundah gulana memikirkan apakah keputusannya, apakah yang doktor akan buat pada saya nanti. alhamdulillah, Allah permudahkan.

appointment tu sebenarnya jam 8 pagi, tapi disebabkan isi minyak kereta dahulu, hampir jam 9 pagi baru sampai. orang dah ramai. alamatnya, memang jauh la nombor saya kebelakang. pergi sarapan dulu di kantin hospital tu, walaupun perut saya tidak lapar. setakat nak isi perut supaya tidak masuk angin dan mengisi kekosongan jam supaya terasa cepat masa berlalu.

hampir pukul 12 tengah hari baru tiba giliran saya. doktor pun tanya la soalan ringkas-ringkas. terutamanya bagaimana dengan period saya dalam tempoh 3 bulan ni. last period saya adalah 18 disember 2011 dan mengalami spotting 12, 14, 19 dan 20 mac (pada masa itu). doktor tu pun dok tulis-tulis sambil kejap-kejap dia seperti memikirkan sesuatu.

pada masa yang sama juga saya tertunggu-tunggu juga untuk doc bagitau keputusan darah saya dan SFA hubby. tunggu-tunggu doc tak cakap apa-apa pun. akhirnya saya yang tanya.

saya : doc, macam mana dengan keputusan darah saya dan SFA suami hari tu?
doc : oh, (sambil lihat kertas keputusan yang dilekatkan pada kad rawatan). Ok, normal (sambil senyum).
saya : ye ke doc? normal?? (muka tercengang, siap tanya kali kedua lagi)
doc : ye, normal (senyum lagi).

alhamdulillah, sangat lega dengan keputusan ujian darah (hormon) saya dan SFA hubby.... saya tidak sempat tengok pun apa-apa nombor keputusan tu. sebab kertas tu bertindih-tindih dengan kertas yang lain.cuma dapat menjeling seimbas lalu tentang SFA hubby : 100 million per ml. ooppss! ;)

akhirnya, doktor buat keputusan untuk ambil darah saya lagi sekali dan buat HSG :) ujian darah tu untuk TSH - iaitu untuk lihat jika ada tirod. hati rasa gembira sebab Allah bukakan jalan untuk saya buat HSG. saya pun tak sangka akan buat HSG sebegini awal. dalam fikiran saya sebelum appointment ni - mungkin doktor akan bagi ubat turun period + pil perancang untuk stabilkan hormon. alhamdulillah, terasa mudah perjalanan saya pada temu janji tersebut.

seterusnya, appointment saya untuk buat HSG tu nanti pada 2 mei, insyaAllah. tapi sekiranya saya period bulan april nanti, mereka minta saya call untuk ubah appointment kerana nak buat HSG mesti sebelum waktu subur kan. disebabkan period saya tidak teratur, mereka buat anggaran, 2 mei tu sesuai untuk saya buat HSG.. nak buat appointment HSG ni saya perlu ke bahagian x-ray. pung pang pung pang pukul 1 lebih selesai semuanya...

dan... petang tu pula saya perlu bawa pelajar pergi hiking/mendaki... hari rabu kan, aktiviti kokurikulum. tak dapat nak elak dari tak pergi. sebab cikgu yang lagi seorang tu terpaksa hadiri mesyuarat pilihan raya. tiada pengganti, saya la yang kena bertanggungjawab. haa... syukur la ada dua cikgu lelaki sudi ikut serta, dapat la tengok-tengokkan budak-budak tu. hubby pun join. saya naik sekerat jalan saja. tak larat nak daki.... macam mana la tak demam malam tu, sampai sekarang saya rasa tenaga saya belum pulih sepenuhnya. asal baring saja tertidur, haish, jarang macam ni.

# eh2, mesyuarat pilihan raya? (mesyuarat untuk petugas pilihan raya di sekolah- tempat mengundi) jeng2.. dah dekat tu...

# update spotting : 12, 14, 19 hingga hari ni (25 mac). hari tu, doc tidak ada pula komen apa-apa pasal spotting saya tu..

# jumlah kos rawatan setakat ini : RM 0  (ohh, tidak tahu la pada masa akan datang)

3 comments:

KainEla said...

salam Raudhah,

sy terjumpa blog raudhah secara x sengaja tp nk baca dari awal xberkesempatan pula..so sy xtau apa lg usaha yg telah raudhah lalui. Cuma nk kongsi pengalaman saya..setelah lbh 7 tahun baru berjaya itu pon secara tak perasan . Mungkin itu adalah waktu yg diizinkan olehNya wallahualam..tp seingat sy pd masa tu sy sudah beberapa bulan constantly minum alpha lipid..kemudian ambil majun anggun bistari MAB 2 botol n then stop, kemudian bg hb makan madu khaulah beserta kapsul habatussauda'. saya bukan nk promote brg tp itu yg seingat sy saya ambil masa tu dan mana lah tau kalau dpt membantu sbb sy sgt faham perasaan anda. tp sy x la mengharap sgt dengan benda2 tu, cuma doa sentiasa dgn penuh keyakinan..antara doa yg begitu lama diamalkan: blh tgk kat link ni (malas nk taip :)) http://mamakembar3.blogspot.com/2011/03/petua-memudahkan-dapat-zuriat.html

tp mcm2 org mcm2 cara..kita cuba lah mana yg serasi kan..good luck!

salam

Raudhah said...

thanx atas perkongsian:)

MAB saya pernah cuba 2 botol sebab period tak teratur. bila makan period datang. tapi rasa `tak seronok` bila bergantung pada ubat untuk keluarkan period..huhu
insyaAllah. saya YAKIN jika sudah rezeki, pasti akan sampai juga.

Allah Maha mengetahui, Dia sebaik-baik perancang:)

Anonymous said...

SALAM.. Saya pun skrang ngah follow up ngan doktor. naufal da 6 taun, bising nk adik.. sedih rasa hati.. umur muda lg, top klu x berusaha sekarang blew lg.. saya doakan semoga sahabat cepat dpt rezeki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...