Followers

Thursday, 10 May 2012

Rawatan Kesuburan 4 : HSG 1

alhamdulillah, syukur akhirnya saya lalui juga prosedur hsg semalam, 9 mei (rabu). jika dulu cuma baca pengalaman ttcian, kali ini saya yang rasai sendiri. sesungguhnya pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. akan saya ceritakan pada zuriat kami nanti (sekiranya ada rezeki). betapa susahnya nak dapatkan `dia`. kali ni, baru saya begitu tersedar, seolah-olah terjaga, bahawa hakikat sebenar - bukan mudah untuk mendapatkan zuriat bagi saya yang golongan ttc ni. bersyukurlah........ siapa yang bunting pelamin, siapa yang tak nak lagi baby tetapi Allah bagi.... bukan macam saya yang ttc ni, mental sakit, fizikal pun sakit...

intro bernada begitu bukannya apa... jika diberi skala kadar kesakitan buat hsg sama ada :
  1. tidak sakit
  2. sakit sedikit
  3. sangaattt sakit
saya akan pilih nombor 3.

kenapa sangat sakit?  huh~

cuba teka berapa kali saya kena rodok dengan spekulum tu??

.
.
.
.

nanti saya jawab.


appointment hsg saya jam 2.00 petang. di surat hsg tu telah diingatkan supaya datang tepat pada masanya. sekiranya lambat, pihak hospital berhak membatalkan appointment tersebut. tapi semalam ada meeting semua guru, nak tak nak saya terpaksa la masuk sekejap dan kemudian saya minta izin keluar awal  daripada pengetua jam 1.15 petang. masa ubah appointment yang sepatutnya 2 mei tu, saya dah minta nak buat appointment jam 3.00 petang supaya saya boleh santai bersiap. tapi adik di hujung telefon tu tak bagi. alasannya nanti bertindih dengan appointment orang lain.

sampai di rumah saya bersihkan diri. tak sukanya bersiap dalam keadaan kelam kabut. hubby temankan saya, terpaksa dia cuti. sampai di GH dah dekat jam 2.30 petang. alamak, janganlah orang kuanter tu bebel dengan saya nanti. hubby turunkan saya dekat bangunan x-ray sementara hubby cari parking. macam apa dah saya jalan, laju bukan main. sampai kuanter saya terus serah surat hsg tanpa cakap sepatah pun. mengah! adik tu arahkan saya tunggu di depan bilik 7 dan nanti nama saya akan dipanggil. saya angguk je.

saya tengok ada seorang perempuan A sedang tunggu giliran. rasanya nak buat hsg juga kot. [dan andaian saya tepat bila tiba giliran dia]. sementara saya dan perempuan A menunggu, ada seorang perempuan B ni keluar dengan jalan terkangkang-kangkang. fikiran saya, mesti akak ni baru buat hsg. adoi, seram dah masa tu.....


#bersambung.... ambil nafas dulu. huuu~


~kisah klasik untuk masa depan~



2 comments:

Puan K said...

huhuhu~ suspennya nak tau pengalaman raudhah buat HSG.. hmm... semangat2 K baca... tup tup, bersambung lak... apa2 pun alhamdulillah, dah selesaikan? tetiba lak teringat pengalaman K wat HSG aritu... ouchhhh! :P

Raudhah said...

kena sambung la K, panjang sangat.
ok, dah update :)

masa tengah buat hsg tu, teringat juga K kata sakit. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...