Followers

Thursday 10 May 2012

Rawatan Kesuburan 4 : HSG 2

sambung daripada entri di sini.

lepas perempuan A selesai buat hsg, nama saya dipanggil masuk ke dalam. tukar baju yang disediakan. seksi la baju tu, tak suka pakai. kebetulan saya pakai baju kurung, saya buka kain baju kurung dan panty je. bahagian baju masih pakai. rasa selamat sikit daripada terselak. huhu sebab ada beberapa lelaki di situ. sebelum saya diarahkan tukar baju tu, nurse tu ada tanya :
  1. bila last period 
  2. ada bersama suami atau tidak selepas habis period

dah siap tukar baju, doc datang pada saya. kusss semangat. doc lelaki lah. indian dan muda belia gitu. very soft spoken. dia terangkan prosedur yang akan dibuat nanti. saya kongsikan apa yang doc tu terangkan. walaupun banyak info di internet berkenaan prosedur hsg, saya tulis juga di sini. sebagai rujukan saya masa akan datang.

"puan, saya terangkan serba sedikit tentang hsg ni. nanti puan akan baring seperti orang bersalin pada x-ray table. saya akan masukkan 2 wayar. satu keras dan satu lembut. kemudian dye yang bewarna kontras akan dimasukkan. jika tidak tersumbat dye tu akan mengalir keluar melalui tiub fallopio. jika tersumbat, aliran dye akan tersekat. setiap orang pengalaman berbeza. ada orang tak rasa sakit, sesetengah pula berasa sakit. jadi bergantung kepada individu."

itulah penerangan doc, saya cuba ingat sebutir-sebutir ayat dia.

kemudian saya masuk bilik x-ray tu. wah, seram tengok alat-alatnya. saya diarahkan baring di atas x-ray table di mana bahagian lutut hingga hujung kaki saya terjuntai ke bawah. maknanya saya baring sampai paras lutut je. tunggu doc dalam 5 minit sementara nurse (perempuan) dan juru x-ray (perempuan juga) menyiapkan alatan-alatan.

bila doc datang, dia minta saya kangk*ng. mak aihhh malu sangat lahhh. dia minta izin dulu untuk cuci. bermula la proses masukkan spekulum dan wayar tu. ngilu... tapi boleh tahan lagi. sementara tu juru x-ray adjust alat x-ray bagi betul-betul di atas kawasan rahim saya. kemudian terasa dye masuk tapi keluar balik. rasa macam darah period mengalir kat bawah tu. kira bocor la.

haaa... doc masukkan balik spekulum kali kedua. bocor lagi.

masukkan lagi spekulum kali ketiga. bocor lagi lah.

kemudian doc arahkan sesuatu kat nurse. alamak! saya nampak jarum! ada suntikan yang nurse nak bagi saya. huwaaa... nurse nak cucuk... mula-mula dia nak cucuk kat punggung, tapi tak jadi. dia cucuk kat lengan sementara doc pula rodok guna spekulum buat kali ke empat! atas bawah diriku kena cucuk serentak. aduh, apakah? rasa nak nangis dah sebab sakit. saya tak pasti apakah fungsi suntikan tu. tak sempat nak google lagi.

ok.. doc cuba masukkan kan dye lagi. dan......... bocor lagi. huuuu~

haaa masukkan lagi spekulum kali ke lima. pun bocor. sakit dah macam apa dah. aiyooyooo doc... tau ke tak ni?? bayangkanlah, setiap kali doc rodok spekulum tu saya kena kangk*ang. rasa-rasa dah ok, juntaikan kaki semula. sampai lenguh rasa kaki.

haaa kali ni doc rodok spekulum buat kali ke enam agak ganas, siap suluh bawah tu guna lampu terang betul. terus saya rasa sangat senak dan bertambah sangat senak bila dye dimasukkan. siap saya menjerit (tak lah kuat) `aduh doc.... sakit!!!!` saya dapat bayangkan dye tu bergerak dari tengah terus ke kiri dan kanan. seperti terasa aliran dye tu. rasa nak meletup perut. sakit!

bila saya kata sakit, terus doc kata `ok puan, selesai`.  rasa sangat senak tu tak lama, dalam 30 saat macam tu. bila saya bangun daripada baring, terus rasa sakit tu hilang. eh, macam magic pula.

emm, tapi doc tiada pula suruh saya mengiring ke kiri dan kanan. saya baring statik je masa proses tu.

jumlah saya kena rodok dengan spekulum adalah enam kali!
fuhh~~ ada sesiapa rekod macam saya tak? huhu

saya tak sempat nak beramah mesra dengan doc tu tanya keputusan tak rasmi. sebab doc tu terus keluar  pergi ke komputer tengok saya punya x-ray tu. cuma saya tanya ringkas dengan juru x-ray tu. ok ke tak? dia kata ok... urmmm. dan alas yang digunakan tu ada darah saya.

saya salin semula pakaian dan pakai pad. alhamdulillah, saya dapat berjalan seperti biasa. memang hilang terus rasa sakit tu. tapi bila dah 2 jam selepas tu, ada rasa senak-senak manja macam tu. darah yang keluar tu tak lama, sampai malam je. spotting ala-ala habis period. hari ini (10 mei) darah dah tak keluar. bagus lah.

saya terus ke klinik o&g untuk bagi no siri x-ray dan buat appointment. huraayyyy appointment berikutnya adalah 23 mei ni. insyaAllah masa tu nanti boleh la tau keputusan hsg dan blood test - tiroid hari tu... berdebar ni...

total kos hsg : RM 0
total kos sepanjang `rawatan kesuburan` : RM 0

urmm, kelebihan di GH tak perlu bayar apa-apa... tapi menunggu daripada satu appointment ke seterusnya memerlukan kesabaran.


#B.. terima kasih sangat teman sayang. B sumber kekuatan sayang. tak dapat nak ungkap dengan kata-kata :)


#terima kasih juga kepada ttcian, kamu juga sumber kekuatan saya. seronok bila dapat saling berkongsi cerita :)


~kisah klasik untuk masa depan~

7 comments:

Nur Qaseh said...

salam..
suspen betul saya baca kisah hsg awak ni..mcam saya pulak yg melaluinya..congrats, awak dah lalui semua tu dgn jayanya walaupun sakit..saya pulak x tahu lg msa akan dtg smada kena buat hsg atau x..klau saya ditakdirkan utk melalui proses hsg ni, saya harap saya ada kekuatan mcm awak..semoga semua usaha kita diberkati dan dimakbulkan impian utk bgelar ibu...amin..

chinta... said...

hai raudhah...huh..sy baca penuh ngan suspen..x th lak mcm tu procedure dia..xhanks sudi kongsi pengalaman yg berguna tu..

Anonymous said...

saya baca pun kerut-kerut kening.seram rasanya..

semoga lepas ni berjalan lancar tau..kuatkan hati =)

::EIDA:: said...

Ida baca sambil membayangkan dirodok sebegitu rupa. aduh..... Semoga usaha awak berhasil.. Amin.. =)

Raudhah said...

nur qaseh : saya pun tak sangka sampai 6 kali kena.. hehe

chinta : sama2 :)

aida : insyaAllah :)

eida : amin.. :)

Anugerah Terindah Diaries said...

Raudhah..aritu sy pon kene inject...ubt pe ntah namenyer...tp xdela smpai 6 kali kene spekulum tu..dlm 3,4 kali kot..anyway, gud luck..mane tau rezeki selepas Hsg...sy last hsg bulan 2 aritu...rmai yang kate,akan membuka sedikit saluran tiub follopion disebabkan dye tu n die cuci2 sikit tiub kite tanpa kita sedar,... mudah2han ade rezeki untuk Raudhah... Amin~

Puan K said...

Alhamdulillah dah selesai wat HSG... dan result pun ok... hmmm... dasyat tul sampai 6 kali... siap kena cucuk... K aritu 2 kali pun dah rasa serik sangat... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...