Followers

Monday 18 June 2012

Rawatan Kesuburan 6 : Yang O.K dan K.O

pejam celik, alhamdulillah selamat sudah appointment pada hari ini. beberapa hari sebelumnya agak risau untuk menempuhnya.. risau dengan result. macam tunggu result exam pula. hehe seperti biasa, hubby peneman setia ke hospital..


ok, tak nak mukadimah panjang-panjang.. terus kepada summary untuk appointment hari ini. sebelum tu, ni kali pertama saya dapat doktor melayu (lelaki) sepanjang mendapatkan rawatan, doc megat namanya. sebelum ni dapat doc lelaki indian + chinese je..


Yang O.K :

hsg : alhamdulillah... syukur.. keputusan tiub normal. tidak tersumbat. terasa batu yang selama ni berada di kepala dilontar jauh-jauh bila doc maklumkan keputusan tu.. mana tak risau, dirodok 6 kali dengan spekulum siapa tak risau.. bimbang ada yang tidak kena. sekarang semua sudah terjawab :)

sfa : keputusan sfa hubby yang kali kedua tak keluar lagi. doc megat rujuk keputusan sfa hubby yang pertama tu, doc kata normal. dia tanya saya kenapa doc yang dulu suruh buat kali kedua? saya jawab sebab cun-cun 2ml. dia rujuk kad saya dan doc yang dulu tu ada tulis reason pada kad tu. barulah dia angguk dan kata `husband puan normal`.. seolah-olah gaya doc tu cakap macam tak perlu sfa kali kedua... urm.. lega sekali lagi... memang la doc yang mula-mula maklumkan keputusan sfa hubby kata normal seperti entri di sini. bila jumpa doc yang kedua pula suruh buat kali kedua, entri ni..

hormon-hormon : doc megat terangkan lagi, bahawa bacaan hormon-hormon saya normal.......... walaupun doc yang sebelum ni dah terangkan pada saya..


Yang K.O :

upt : last period 27 april. so doc suruh buat upt. fuh........... negetif la - titik

irregular menses / period tidak teratur : doc bagi saya pilihan. sama ada nak aturkan period dulu atau terus buat iui. sebelum tu saya memang dah bincang siap-siap dengan hubby bagaimana sekiranya doc cadangkan iui? kami berbincang siap-siap supaya saya ada jawapan nak beri pada doctor. kami sepakat tak nak buat dalam masa terdekat... jadi saya beri alasan pada doc tunggu la lepas raya.. bulan depan dah puasa.

so, dengan keputusan saya tu, doc bagi Ravimed 5 mg untuk aturkan period.. makan 2 biji 3 kali sehari selepas makan selama 21 hari. rehat 7 hari, kemudian sambung semula untuk 21 hari berikutnya... saya perlu makan untuk 3 cycle. tapi farmasi bekalkan untuk 2 cycle dulu. nanti 14 Ogos datang lagi untuk ambil yang last cycle..

emm.. kandungan Ravimed 5 mg ni Medroxyprogesterone Acetate.. kandungannya sama seperti Provera kan? jadi fungsinya sama la kot... senang cerita jenama lain tapi kandungan sama.. betulkan jika salah. eh2, tertengok kat resit ubat ni, doc tulis provera for 3 cycle... betul la tu sama fungsi.. hehe



Ravimed 5 mg, pink kaler..









jadi.... tengoklah macam mana corak period saya makan Ravimed ni.. harap semakin baiklah..
pasal iui tu.. saya sebenarnya belum berapa bersedia. sebab fobia sakit kena rodok dengan spekulum tu belum hilang lagi. hehe lagipun.... rakan sekerja saya baru buat 1st iui dan gagal... sedih :( 


jika nak tahu fungsi provera tu, cuba klik sini, senang faham..


# appointment yang seterusnya 12 september nanti. ada lagi 3 bulan. semoga ramadhan yang semakin hampir ini memberi barakah kepada kita yang ttc ini.. permudahkan dan perkenankanlah Ya Allah...

# indahnya jika dapat pregnant dulu sebelum iui - spontaneous. ngeh2 ^__^

# kos rawatan : masih kosong... kosong... kosong~~ *gaya najwa latif. heh!




6 comments:

Little world said...

salam
bagus laa semuanya normal...
emmm akak try laa.. buat suhu BBT dan OPK dulu sementara menunggu IUI....sb period tak regular sebenarnya ada % gak untuk berjaya NATURAL...cuma yang kita salah kadang2 masa ovulate...sb dari kajian yang saya buat sepanjang TTC.. Ovulate nih masalahnya yang selalu melanda--sb macam saya pelik dari orang lain ...Ovulate pada CD25--tak ker selalu tak kena masa...untuk tahu ovulate asalkan kesemua hormon NORMAL--kita bleh try carik masa ovulate dengan suhu BBT dan jugak OPK.....TAPI kena BERSABAR dan BERUSAHA dan BERDOA yer.... CHaiyOKK

::EIDA:: said...

Ye betul tu. Buat BBT dan OPK. Ida sedang usaha ke arah itu. Period ida pun tak teratur. Tapi cycle ni cantik pulakk. Tu yang dok cari OD.. heee~~

Jap nak tanya kenapa masih kos kosong? Guna GL ke? Buat treatment kat gomen hosp ye?

PutriesNoora said...

InsyaAllah..berharap gak..huhuhu

Raudhah said...

little world : pernah terlintas nak buat bbt & opk.. tp cycle panjang sangat tu yg rasa down.. insyaAllah akan diusahakan. hehe

eida : chaiyok2 ieda.. moga berhasil, amin! :) masih kosong sebab sy buat kat GH dan guna GL..

putries : insyaAllah.. amin! :)

sambear said...

Esok Saya akan berjumpa semula dgn doktor pakar sakit puan utk membuat dye test...sy pun ada masalah kesuburan...dah 9 tahun xleh nak beranak,....akhirnya..alhamdudilah...allah buka jalan utk sy mengetahui apa yg terjadi pada diri sy yg xleh nak beranak selama ni..sy mula wat ujian bulan mei 2012 tadi...ambik darah pun sudah...HSG( abandoned) sebab pintu rahim kecik sgt...xleh nak enter..so doktor nak buat dye test( nak wat laparscopic nak cek tiub..mudahan Allah permudahkan segala urusanku esok...dan ujian darah pun akan di ketahui keesokan harinya...Moga mendengar khabaran gembira esok :)

sarah said...

assalam..kawan2, leh ajar x cmna nak cek bbt tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...