Followers

Tuesday, 7 June 2016

LPPKN 7: TVS CD10

assalamualaikum.

setelah berclomid 100mg dan bergonal f 75iu, tvs kali pertama dilakukan pada 11 mei (cd10) untuk lihat perkembangan telur. hati berdebar Allah saja yang tahu..

sebelum tvs, saya kena buat pap smear (ujian untuk selepas period). jadi 2 kali kena buat pap smear.. sebelum dan selepas period.

lepas tu baru tvs.. kena kosongkan pundi kencing. result:


  1. ovari kiri - telur kecil2. tiada telur yang besar :(
  2. ovari kanan - ada satu je besar.. saiz 13 x 16
  3. ketebalan dinding rahim - 6mm

doc decided tak tambah ubat pun.. doc nak tengok telur tu boleh membesar sendiri lagi tak... Allahu.. agak kecewa doc tak tambah ubat..

next tvs on 13mei = cd12..

selesai urusan.. dalam kereta.. saya speechless. sedih... husband yakinkan saya.

saya rasa rendah diri.. telur satu je besar.. Allahu.. Allah nak kami suami isteri sabar lagi <3

tipu la kalau tak nangis kan.. terharu bila husband kata 'kalau satu hari nanti Allah bukakan pintu hati sayang suruh B kahwin lain, B takkan kahwin lain~~..'

huhuu next.....



Sunday, 5 June 2016

LPPKN 6: Pengalaman Cucuk Gonal F 75iu

assalamualaikum.

doc bekalkan saya gonal f 75iu..
3 bekas.. bermakna 3 kali la cucuk.huhu
cucuk selang sehari ikut tarikh yang doc tetapkan.
masa cucuk kena pada waktu yang sama ye.
saya cucuk gonal f pukul 8.50 malam.. (walaupun nurse tulis 9 malam) clomid makan pukul 9 malam. kalau dua2 buat serentak susah pulak.heheh

masa kat lppkn hari tu, ada sembang dengan sorang kakak ni.. dia nak buat ivf.. dia bagi saya semangat boleh handle sendiri jarum2 tu.. saya ni takut jarum. walaupun nurse dah ajar cara handle gonal f tu tapi macam tak confident je.. tq kakak atas semangat.

saya fikir..cucuk sendiri lagi bagus. sebab:

  1. balik kerja dah penat.. biasa kul 7.15 malam baru sampai rumah.. malas nak keluar.
  2. masa. ubat kena cucuk pada masa yang sama. kalau kat klinik takut 'lari'.
  3. jimat. hehee kalau kat klinik dalam rm20-30 kot sekali cucuk..

pertama kali nak cucuk saya sediakan ubat tu 30 minit awal. sebab tak biasa lagi kan. sambil buat sambil buka youtube. nebes mak.. dah la tok laki tiada, kerja malam.. saya minta mak temankan. takut pengsan pulak.hahaa



ni la rupa gonal f 75iu..


maaf la ye gambar terbalik. jarum besar untuk pindahkan ubat. jarum kecil untuk cucuk kat perut.

kali pertama alhamdulillah berjaya buat sendiri..hihii rasa bangga dapat buat sendiri tanpa bantuan husband.hihii

kali kedua husband ada..tapi saya handle sendiri semua.. kali ketiga pun alhamdulillah berjaya.

tips:

  1. sediakan gonal f dalam 20-30 minit awal.
  2. cucuk jarum kat perut 90 darjah.
  3. jangan terus cabut bila dah habis suntik. kira dalam 10 saat baru cabut jarum.
  4. biarkan gonal f dalam suhu bilik sebentar. kalau sejuk lagi terasa sakit @ pedih masa cucuk.

lain2 tips kawan2 boleh gugel ye..saya pun budak baru belajar :)

#maaf kalau ada salah kat mana2..









Saturday, 4 June 2016

LPPKN 5: Maka Bermulalah CD1..

assalamualaikum.

setelah makan duphaston selama 7 hari (22 apr - 28 apr), period datang selepas 4 hari dari last makan ubat tu.. cd1 = 2 mei..

disebabkan 2 mei (isnin) cuti hari pekerja, saya call lppkn pada 3 mei. so nurse suruh datang esoknya, 4 mei (cd3).

lupa nak cerita pada entri yang lepas. doc tawarkan saya untuk masuk kajian pcos.. kalau masuk kajian ni ada beberapa step tambahan yang kita kena buat berbanding kalau kita terus buat iui. kami setuju masuk kajian ni.. pertama boleh sumbang sesuatu untuk penyakit ni.. kedua tak perlu bayar kos iui, kecuali kalau kena ambil ubat tambahan. hihii


ok, apa yang saya buat pada 4 mei (under kajian pcos):

  1. ambil sample urin
  2. ambil darah untuk cek glucose (bacaan sebelum makan/minum air gula-puasa sejak 10 malam), kolestrol dan kromosom
  3. naik tingkat 7 untuk minum air gula. selalu dengar orang pregnant tak lalu la apa la..saya pun nerves jugak. tips yang saya baca: minum semasa masih suam dan minum laju2. hehh dan berjaya ikut tips tu hehee
  4. lepas 2 jam ambil darah semula (untuk bacaan selepas minum air gula). pehh asyik kena cucuk je :(
  5. dapat ubat. yeayy! clomid dan gonal f.. cara makan nurse tulis siap2:



maka bermulalah kisah menelan clomid 100mg dan menyuntik gonal f 75iu..hohoo

tvs on 11 mei (cd10) untuk tengok telur @ folikel ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...