Followers

Sunday, 30 October 2011

Baca, Fahami dan Fikirkan


    
    
    
    
    
    
    

    

Bila sampai bulan Zulhijjah, kita akan cakap pasal nak pergi haji, nak raya haji, tentang pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s. Saya pun nak cakap pasal pengorbanan gak lah. Boleh?
 
Ramai yang ada segalanya, tapi tiada pula penyeri rumahtangga - zuriat. Sebab tiada anak ni, ada suami-suami yang kurang sabar lalu ceraikan isteri. Ada yang sabar sikit, cari isteri lain lepas dapat keizinan. Ada juga yang tak sabar-sabar cari isteri lain bila tahu isteri tak hamil lagi selepas setahun dua kahwin. Bila lambat dapat anak ni, maklum sahajalah masyarakat kita, pasti ada kata-kata yang tak sedap didengar dari saudara-mara terdekat ataupun dari pendengki-pendengki setia.

Ayuh kita susuri sedikit kesabaran dua Nabi, Nabi Zakariyya a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Zakariyya a.s. juga impikan untuk mendapatkan zuriat tetapi isterinya mandul. Adakah Nabi Zakariyya a.s. tinggalkan isterinya itu? Tidak sekali-kali. Ceraikan? Tidak juga. Nabi Zakariyya a.s. bersabar, terima seadanya, malah layan isterinya dengan baik dengan kasih sayang dan kesetiaan. Pengorbanan yang mulia kan? Seorang Nabi yang Allah kurnia kelebihan, boleh sahaja kalau beliau hendak pilih perempuan lain untuk dijadikan isteri jika beliau mahu.

Bukti al-Quran: Firman Allah Surah Aali 'Imran (3):40 yang bermaksud:
Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
Demikian juga ceritanya dengan Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s. Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:
(Mendengarkan berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Nota:"Mereka" dalam firman Allah di atas ni adalah malaikat yg diutuskan untuk membinasakan kaum Luth ketika itu, singgah sebentar beri khabar gembira kepada Nabi Ibrahim a.s.

Pada umur Siti Sarah 90 tahun dan Nabi Ibrahim a.s. umurnya 100 tahun, barulah dapat zuriat. Jika tak silap saya, Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak a.s. dan Hajar (dari perkahwinan kedua) melahirkan Nabi Ismail a.s. Nabi Zakariyya a.s. pula mendapat Nabi Yahaya a.s. Adakah kedua-dua Nabi a.s. ini curang pada isteri-isterinya? Tidak. Mereka setia. Nabi Ibrahim a.s. dah tua barulah adanya pernikahan yang kedua.

Allah.. kuasa Allah kan? Berkat kesetiaan, kesabaran dan kasih sayang kerana Allah semata-mata. Ini semua adalah pengorbanan. Buah sabar akhirnya terbalas. Mudah bagi Allah segala-galanya. Yang penting, jangan putus asa. Bertabah jangan rebah. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat ke-9:


Setialah pada pasangan anda. Sabarlah. Allah bagi dapat hidup berpasangan pun dah cukup baik.

Bersyukurlah. Dapatkan zuriat itu sunnah. Setia juga sunnah. Setia pada yang halal.
 
Kredit kepada facebook : Jannati Baiti

2 comments:

Nia said...

terasa sebak saya dengan post ni...Semoga si dia pun terus bersabar dan sama-sama berusaha utk mendapatkan buah hati yang satu itu..

Raudhah said...

Nia: insyaAllah, amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...