Followers

Monday 27 February 2012

Temujanji Diubah

bulan depan lagi sekali kaki ini akan melangkah ke GH untuk rawatan kesuburan yang seterusnya. tarikhnya 14 mac nanti. kebetulan masa tu cuti sekolah. sejak kebelakangan ini mak saya asyik kata semasa berbual di telefon - nanti tidak lama la saya bercuti di kampung. jauh-jauh balik tapi sekejap saja di rumah. nak ke kampung hubby lagi. emm memang terkejar-kejar dan singkat. ok, fikir-fikir kesian pula mengenangkan mak dan adik-beradik yang mahu saya berada lama di kampung... lagipun adik perempuan bagi hint minta temankan dia cari barang kahwin. alahai, kesian adikku...

jadi tadi saya call GH (O&G).. saya bagi alasan ada kursus masa 14 mac tu. hehe terpaksa la bohong sunat, nak bagi alasan yang kukuh. hehehuhuu~ alhamdulilah dapat tukar tarikh kepada 21 mac nanti... lewat seminggu saja dari tarikh asal... apakah agaknya yang akan saya dapat pada 21 mac nanti ye? (._.)` masih diperingkat awal. fuh~

2 comments:

Salmi Khairil said...

mungkin dengan mengembirakan orang lain membuatkan hati kita lebih gembira

Raudhah said...

betul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...