Followers

Thursday 17 May 2012

Berita dari Hubby..

petang semalam kami ke tesco. sebelum acara shopping, kami mengisi perut dulu di foodcourt tesco tu. saya tak lapar pun, sebab dah makan di sekolah tengah hari tu. saya melayan cucur udang je.. hubby makan nasi ayam, lapar katanya.


masa tengah makan.................


hubby : sayang, nak tau berita tak?
saya   : berita apa? [saya suspen dah]
hubby : cuba sayang teka.
saya   : takde idea la B. berita gembira ke sedih??
hubby : emm.. berita gembira, tapi kalau pada sayang B tak tau la. mungkin sedih..
saya   : kenapa B?? B kena pergi kursus ke? [aihh, tak mau la kena tinggal]
hubby : eh, bukanlah.
saya    : habis tu?
hubby : I*** (nama biras saya) dah pregnant. dah 2 bulan.
saya    : O. [kelu, kaku]
hubby : A*** (adik ipar saya) mesej B malam tadi. masa sayang dah tido.. [saya tido awal malam tu]
saya    : O. [terus mati selera]


ok2.. masa berita yang hubby sampaikan tu, saya cuba buang jauh-jauh perasaan cemburu. cuma satu perasaan yang ada waktu adalah SEBAK. rasa nak nangis sangat, tapi saya tahan. air mata dah bergenang.


masa tu perbualan kami mati. kalau hubby cakap apa-apa lagi mungkin dah menitik air mata tu.


saya sebak bukan cemburukan dia. itu rezeki Allah untuk dia. saya terkenangkan diri yang masih berusaha untuk memiliki zuriat sendiri. kiranya biras saya tu beberapa bulan juga la kosong, tapi kira awal la rezeki dia berbanding saya. nampaknya..... bukan saya la yang beri cucu sulung kepada keluarga mertua walaupun saya menantu yang sulung............ kisah persandingan mereka ada saya coretkan di sini. buat masa ni, adik ipar perempuan saya juga masih `kosong`. mereka berempat sanding bersama.


Ya Allah, aku tahu, aku insan istimewa dan Kau sayang aku, sebab itu Kau uji aku.. 




6 comments:

::EIDA:: said...

Sabar yunk! Moga ada rezeki buat kita nanti... =)

Nia said...

aduh, conversation ni betul2 sama mcm conversation saya n hubby masa nak bagitau akak dia pregnant lagi

masa hubby bagitau, 'berita gembira, tapi kalau pada ayang, mungkin sedih..' terus saya rasa berdebar2...mcm dah terdetik berita 'itu'. dan telahan saya tepat...

huhuhu...dah 2 tahun lebih berlalu selepas saya menerima berita itu, namun sampai sekarang kami masih lagi tiada rezeki...

PutriesNoora said...

ya Allah..=(

Raudhah said...

eida: amin!

nia : tak sangka hampir sama ek :)

putri : huhu..

Little world said...

salam-
dont wori..
Sue pon pernah TERASA GTU...
CEmburu sangat2 pada staf sama tempat kerja yang preggy--
Cuma try positifkan Minda.
Insyaallah akan LEGA nanti...

Anida said...

samala..saya faham perasaan itu sbb saya pun pernah alaminya baru2 ni..biras saya bunting pelamin.huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...