Followers

Thursday 29 March 2012

Spotting Jadi Period?

pelik, juga pening. tidak tahu nak kata spotting saya ni boleh dianggap period atau tidak. sejak 19 mac yang lalu, hari-hari ada darah keluar.

12, 14 dan 19 hingga 25 mac : lendir / darah coklat (maaf). sekali sehari je muncul.
26 hingga 29 mac (sampai hari ni) : fresh blood yang keluar. tapi ada masa sedikit, ada masa tu penuh setengah pad dalam satu hari. ada masa bersih je pad tu. dalam sehari 3 kali muncul (on off).

masalahnya sekarang, saya dalam dilema nak call bahagian x-ray untuk hsg tu (untuk ubah appoinment).. sebab darah tu jenis on off datang dalam sehari. boleh dianggap period ke ni? kalau kita period kan darah tu sentiasa ada sehinggalah period tu kering sendiri.  kalau dikira dari 19 mac sampai hari ni, saya dah hari ke-11 period. darah ni pula makin fresh pula warnanya. kalau dah bertukar kecoklatan tu ada kemungkinan akan berhenti kan. biasa period saya 7 hingga 10 hari je.

ermm.. boleh ke nak anggap saya sedang period sekarang eh (berdasarkan warna darah yang fresh).. ingat kalau darah masih keluar sampai minggu depan, nak pergi klinik swasta je.. tapi bila fikir nak buat hsg tu, confius pula..


Wednesday 28 March 2012

Doa ; Jangan Berhenti Berharap

 
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: ”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: ”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:  Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
 

Sunday 25 March 2012

Rawatan Kesuburan 3 ; Harapan

alhamdulillah, selamat sudah menempuh appointment di GH pada 21 mac yang lalu. sebelum itu, hati gundah gulana memikirkan apakah keputusannya, apakah yang doktor akan buat pada saya nanti. alhamdulillah, Allah permudahkan.

appointment tu sebenarnya jam 8 pagi, tapi disebabkan isi minyak kereta dahulu, hampir jam 9 pagi baru sampai. orang dah ramai. alamatnya, memang jauh la nombor saya kebelakang. pergi sarapan dulu di kantin hospital tu, walaupun perut saya tidak lapar. setakat nak isi perut supaya tidak masuk angin dan mengisi kekosongan jam supaya terasa cepat masa berlalu.

hampir pukul 12 tengah hari baru tiba giliran saya. doktor pun tanya la soalan ringkas-ringkas. terutamanya bagaimana dengan period saya dalam tempoh 3 bulan ni. last period saya adalah 18 disember 2011 dan mengalami spotting 12, 14, 19 dan 20 mac (pada masa itu). doktor tu pun dok tulis-tulis sambil kejap-kejap dia seperti memikirkan sesuatu.

pada masa yang sama juga saya tertunggu-tunggu juga untuk doc bagitau keputusan darah saya dan SFA hubby. tunggu-tunggu doc tak cakap apa-apa pun. akhirnya saya yang tanya.

saya : doc, macam mana dengan keputusan darah saya dan SFA suami hari tu?
doc : oh, (sambil lihat kertas keputusan yang dilekatkan pada kad rawatan). Ok, normal (sambil senyum).
saya : ye ke doc? normal?? (muka tercengang, siap tanya kali kedua lagi)
doc : ye, normal (senyum lagi).

alhamdulillah, sangat lega dengan keputusan ujian darah (hormon) saya dan SFA hubby.... saya tidak sempat tengok pun apa-apa nombor keputusan tu. sebab kertas tu bertindih-tindih dengan kertas yang lain.cuma dapat menjeling seimbas lalu tentang SFA hubby : 100 million per ml. ooppss! ;)

akhirnya, doktor buat keputusan untuk ambil darah saya lagi sekali dan buat HSG :) ujian darah tu untuk TSH - iaitu untuk lihat jika ada tirod. hati rasa gembira sebab Allah bukakan jalan untuk saya buat HSG. saya pun tak sangka akan buat HSG sebegini awal. dalam fikiran saya sebelum appointment ni - mungkin doktor akan bagi ubat turun period + pil perancang untuk stabilkan hormon. alhamdulillah, terasa mudah perjalanan saya pada temu janji tersebut.

seterusnya, appointment saya untuk buat HSG tu nanti pada 2 mei, insyaAllah. tapi sekiranya saya period bulan april nanti, mereka minta saya call untuk ubah appointment kerana nak buat HSG mesti sebelum waktu subur kan. disebabkan period saya tidak teratur, mereka buat anggaran, 2 mei tu sesuai untuk saya buat HSG.. nak buat appointment HSG ni saya perlu ke bahagian x-ray. pung pang pung pang pukul 1 lebih selesai semuanya...

dan... petang tu pula saya perlu bawa pelajar pergi hiking/mendaki... hari rabu kan, aktiviti kokurikulum. tak dapat nak elak dari tak pergi. sebab cikgu yang lagi seorang tu terpaksa hadiri mesyuarat pilihan raya. tiada pengganti, saya la yang kena bertanggungjawab. haa... syukur la ada dua cikgu lelaki sudi ikut serta, dapat la tengok-tengokkan budak-budak tu. hubby pun join. saya naik sekerat jalan saja. tak larat nak daki.... macam mana la tak demam malam tu, sampai sekarang saya rasa tenaga saya belum pulih sepenuhnya. asal baring saja tertidur, haish, jarang macam ni.

# eh2, mesyuarat pilihan raya? (mesyuarat untuk petugas pilihan raya di sekolah- tempat mengundi) jeng2.. dah dekat tu...

# update spotting : 12, 14, 19 hingga hari ni (25 mac). hari tu, doc tidak ada pula komen apa-apa pasal spotting saya tu..

# jumlah kos rawatan setakat ini : RM 0  (ohh, tidak tahu la pada masa akan datang)

Thursday 22 March 2012

Nak Update Tapi...

 nak update pasal appointment saya semalam di GH.
tapi...
tengah demam.
tak larat sangat.
ni baru ada tenaga jenguk blog.
seharian tidur selepas balik sekolah tadi.
call hubby minta dia balik awal,
tapi tak boleh.
keseorangan di rumah melayan kelesuan.
syukurlah dah balik pun dia.
baru ada semangat.
:)


Tuesday 20 March 2012

Spotting 4 dan Menanti Esok

hari ini spotting warna lain sikit. jika sebelum ini spotting warna coklat pekat, petang tadi pukul 5 lebih spotting warna merah pekat pula. tapi datang setompok saja la. ni dah malam kering pula. esok, appointment di GH. macam mana kalau spotting keluar lagi esok? jangan doktor kata `saya tidak boleh buat apa, datang lagi 3 bulan ya`. oh, fobia.

# tak keruan dengan spotting ni, tambah lagi kerja tengah melambak, rasa nak campak-campak saja kerja tu. boleh? haha~



Allah knows best.
smile.
:)
cool!

Monday 19 March 2012

Spotting 3

hari ni ada spotting lagi. terkejut juga. tadi pukul 2.30 pm buang air kecil tengok kat toilet bowl ada lendir coklat. kat panty pula ada setitik darah coklat. pelik la. kenapa jadi macam ni? sejak minggu lepas saya tunggu jika ada heavy flow, tapi tiada pun....

12 mac - spotting (11 malam)
14 mac - spotting (8.30 malam)
19 mac - spotting (2.30 petang)

akibat dibelenggu persoalan, 16 mac saya cek upt. padahal saya dah agak jawapannya, sebab tiada rasa kelainan pun pada badan. jawapannya negatif la kan.....

sekarang, saya tiada pun rasa senggugut ke atau kelainan pada badan... harap tiada penyakitlah.. saya tak pernah alami spotting macam ni..

kemungkinan ada spotting mungkin sebab implantation bleeding.
selain penyebab di atas, apa penyebab lain adanya spotting ni?

Sunday 18 March 2012

Entri di Kala Bosan


cantik kan hasil photoshop di atas..
mendalam maksudnya.

teringat masa study dulu,
ada subjek belajar guna photoshop ni.
`sakit` rasanya dengan subjek tu..
perlukan kreativiti yang tinggi nak siapkan assignment.
salah satunya kena buat cover buku.
perlu berfikir di luar kotak.
 
salute kepada mereka yang hebat dalam bidang IT, juga seni.
:)

Wednesday 14 March 2012

Spotting 2

penat hari ni berjalan teman adik beli barang-barang kahwin di kl.. tapi puas hati dapat tolong dia. saya duduk jauh, sekali-sekala balik kampung gembira dapat membantu. bercerita tentang spotting tempoh hari, sepanjang semalam selepas mandi pagi tu memang bersih tiada spotting. semasa saya nak mandi isyak tadi, ada pula lendir berwarna coklat. saya yakin coklat itu darah. sebab kalau keputihan/CM ianya berwarna kuning. di fikiran saya sekarang, kenapa ada spotting macam ni?? semasa zaman anak dara saya tidak pernah mengalami keadaan macam ni.. kenapa?? risau kalau ada penyakit.. buat masa sekarang, saya tiada rasa sakit apa-apa sama ada rasa senggugut atau sengal-sengal. rasa biasa saja.. saya tertunggu-tunggu juga heavy flow datang, tapi belum muncul lagi..

Tuesday 13 March 2012

Spotting

malam tadi lebih kurang jam 11pm nak mandi.. tak selesa badan sebab baru sampai dari kampung hubby ke kampung saya. eh, tengok-tengok ada spotting kaler light brown. segaris panjang dan tembus pula sedikit. dalam hati berbunga riang period nak datang la tu... tidur pun pakai pad. ingat dah penuh la pad tu bangun pagi ni. cuma ada........ setitik light brown saja pada pad tu... urmmm.. terfikir2.. kalau keputihan atau CM bukan macam tu, saya yakin tu darah sebab ia cair meresap ke `seluar`..

dua minggu lepas 2 hari berturut-turut saya rasa sakit senggugut. fikir, mungkin period nak datang. siap pergi kerja pakai pad lagi masa tu! tapi bila cek, tiada pun.. masa rasa senggugut tu, cik B pun ada rasa sengal-sengal.. malam tadi, ada spotting pula...

sebelum kahwin, biasa spotting banyak dan terus heavy flow..
dan kahwin spotting ni main ada tiada saja...
tunggu saja la, ada heavy flow ke tidak nanti... :)

Saturday 10 March 2012

SFA - done :)

semalam,
9 mac tarikh Semen Fluid Analysis (SFA) hubby perlu di hantar ke jabatan patologi.. 
alhamdulillah,selamat sudah..
sedang berdebar menghitung hari sehingga 21 mac ni..
insyaAllah,
 tarikh tu nanti, tahu la keputusan ujian darah saya tempoh hari dan SFA hubby..
 fikiran kosong memikirkannya..
harap baik-baik saja..
amin..
:)


Thursday 8 March 2012

Solat : Terapi Penyembuhan Semulajadi



ALLAH MAHA KAYA LAGI MAHA MENGETAHUI :
RAHSIA SOLAT & RAHSIA ALAM YANG KITA PATUT TAHU :-

SOLAT:- TERAPI PENYEMBUHAN SEMULAJADI

Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 'tip-top', antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi..


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya....

Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year....

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua akan lebih BERSYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai ummat Islam..sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.


kredit: Mayee Nazrich MN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...