kos rawatan kesuburan di hospital kerajaan (GH) tentulah jauh lebih murah daripada private bukan.. atau mungkin anda langsung tidak akan dikenakan bayaran di GH. ok, setakat ni saya masih belum dikenakan sebarang bayaran setelah dua kali ke GH.
1. pertama kali saya datang, saya daftar di pesakit luar. waktu itu saya bawa referral letter daripada klinik swasta. TIADA BAYARAN waktu ini, sebab pihak kaunter minta GL tanpa saya serahkan terlebih dahulu. setelah diperiksa oleh doktor, saya mendapat referral letter sekali lagi untuk dirujuk ke Obstetrical & Gynaecological (O&G).
2. Lagi sekali, TIADA BAYARAN dikenakan semasa temujanji saya baru-baru ini di O&G. saya agak, mungkin saya tidak dikenakan bayaran kerana menggunakan referral letter daripada GH (pesakit luar).
ok, setakat ni total sudah tentulah RM 0. untuk yang akan datang tidak pastilah macam mana pula...
kalau nak cerita tentang layanan, bagi saya ok. jururawat dan doktor di situ baik-baik, peramah dan sedia membantu. tidak lah seperti apa yang saya fikirkan sebelum ini - garang, suka marah-marah, sombong. kecuali la doktor senior tu, agak sedikit menjengkelkan...
Followers
Saturday, 24 December 2011
Wednesday, 21 December 2011
Rawatan Kesuburan 2 ; Sambungan... Suspen 2!
sambungan daripada cerita di sini..
akhirnya keputusan perbincangan mereka : saya perlu buat ujian darah dan scan hari ni + hubby perlu buat Semen Fluid Analysis (SFA) untuk tarikh yang akan ditentukan. alhamdulillah. sekurang-kurangnya ada sesuatu yang doktor lakukan untuk hari ini, daripada saya balik begitu saja dan datang 3 bulan kemudian. huhu ok, ikut hasil google saya, blood test dibuat pada cd 2. maknanya kita perlu datang ke hospital semula bila period. itu pun perlu tengok hari. contohnya blood test di hospital tu boleh dibuat pada hari selasa je. tapi cd 2 kita jatuh hari isnin. dah lari pula cd 2 tu kan... lagipun, mesti ternanti-nanti period kan. lagi lah saya period yang tidak teratur ni. ibarat menunggu bulan jatuh ke riba (cewahh, ayat!). alhamdulillah, mungkin ini hikmahnya saya period. boleh lompat terus buat blood test.. benarlah......... kita merancang. Allah juga merancang. tetapi sebaik-baik perancang, Allah jualah yang terbaik.
ok, seterusnya saya diarahkan ke bilik scan. tunggu giliran lagi, dalam 15 minit. doktor lelaki berbangsa cina... alamak, segan pula. jururawat tiada pula, hanya doktor tu seorang. kemudian doktor scan. kiri, kanan, tekan, tekan lagi. adoii, rasa nak terkencing. terpusing-pusing kepala doc tu tengok skrin. ada tak kena ke doc?? - dalam hati je.
doc : u period ke?
saya : ye doc [pandai doc teka]
doc : nampak macam ada cyst.
saya : erkk [terkejut]
kemudian doc pun tulis sesuatu di atas buku rawatan dan saya kembali ke bilik 9 tadi bersama keputusan scan. doc jr tu terangkan keputusan scan saya. beliau kata rahim saya normal. alhamdulillah. saya tanya berkenaan cyst tu. doc jr kata tiada cyst..... saya sempat menjeling keputusan scan yang ditulis pada buku rawatan tersebut:
uterus 6.8 cm x 3.1 cm
UT thin
uniloculated cyst *something, tak ingat apa* 4.3 cm x 4.1 cm
x * something*
x *something*
apa maksud `uniloculated cyst` tu?????? tapi doc jr kata saya tiada cyst.. doc scan kata tadi macam ada cyst... entah la, saya pun tak pasti...
seterusnya saya ke kaunter temu janji. nak dapatkan temu janji dulu baru ke makmal untuk SFA dan blood test. ok, temu janji seterusnya 14 mac 2012, rabu. kemudian ke makmal untuk SFA. jururawat di situ menerangkan prosedur nak buat SFA ni dan beliau berikan botol sekali.. tarikh untuk hantar SFA ke makmal patologi ialah pada 9 mac 2012 nanti. sampel perlu ada di sana sebelum jam 8.00 pagi. jadi, hubby la yang uruskan hal itu nanti. akhir sekali saya ke makmal untuk ujian darah. tengok pada kertas memo tu, ujian untuk FSH, LH dan PROLACTIN. lama tak kena cucuk jarum. tak ingat bila kali terakhir. sekali cucuk je.. alhamdulillah. kebas dan lemah tangan selepas tu... harap keputusannya nanti baik-baik sajalah...
jadi, keputusan darah saya dan ujian SFA hubby akan diketahui pada temu janji yang akan datang iaitu pada 14 mac 2012, rabu... tengok kalendar kebetulan cuti sekolah masa tu. tak perlu la saya minta cuti nanti.. alhamdulillah. selesai urusan hari ni. malam tadi siap call mak minta doakan dipermudahkan urusan hari ni....
perjalanan ini.... tidak tahu panjang mana.... terdetik di hati kecil, alangkah indahnya sekiranya saya berjaya pregnant untuk cycle kali ini.. secara semula jadi.. sekurang-kurangnya, tidak perlu la saya menempuh prosedur rawatan kesuburan di hospital yang biasanya mengambil masa yang lama.... doakan saya...
Rawatan Kesuburan 2 ; Suspen!
sejak cd 1 saya terfikir, macam mana nanti dengan temu janji di hospital pada 21 dec nanti (hari ini). daripada hasil google, saya menjangkakan temu janji nanti (sekiranya tidak period) saya akan membuat pap smear dan TVS. tapi, saya period sekarang. mana mungkin nak buat dua benda tersebut? sepatutnya mesti dalam keadaan `bersih` kan.... oh, rupanya benarlah apa yang saya fikirkan. suspen saja tadi sewaktu di hospital a.k.a klinik sakit puan. hampir-hampir tidak buat rawatan tadi!
awal-awal pagi tadi saya dan hubby dah bersiap. sampai di klinik sakit puan jam 8.30 pagi. temu janji di referral letter tu jam 9.00 pagi. sampai awal lagi bagus kan. terus saja daftar sejurus sampai dan dapat nombor 2004.. saya dipanggil dan jururawat pelatih KDU mengisi kad rawatan saya sambil bertanyakan beberapa soalan ringkas. sejam menunggu barulah nombor saya dipanggil, ke bilik 9! di sinilah bermulanya cerita yang bagi saya rasa suspen je..............................
dalam bilik tersebut ada 2 orang doktor (nampak macam/mungkin seorang doktor senior [india, lelaki] dan seorang doktor junior [cina, perempuan]. mungkin doktor junior tu doktor pelatih kot... muda belia je) dan juga ada seorang jururawat di situ. lebih kurang dialog di bawah berlaku:
doc jr : bila last period puan?
saya : 18 dec, saya tengah period sekarang.
doc jr : oh.. so doc? [merujuk doc lagi sorang]
doc sr : oh, kalau macam tu kami tak boleh buat apa-apa. awak tengah period sekarang. lepas 3 bulan baru datang balik la. tengok period cycle awak. kami tak boleh nak buat apa-apa sekarang. nak ambil sample pun tak boleh. [so, nak suruh saya balik macam tu je?? dush, rasa nak tumbuk je doc ni]
saya : oh... [agak sedih dan kecewa]. tapi doc, period saya tak teratur... tahun ni saya period 5 kali je. itu pun 4 kali sebab makan ubat dan 1 kali datang sendiri.. saya ingat nak mulakan rawatan kesuburan.. [hmm nada sedih].
doc sr : kalau 4 - 5 kali setahun ok la tu, normal. [haaaaa??? biar betul doc ni. setahu saya tak normal. period mesti datang tiap-tiap bulan kan. adoi, sakit jiwa saya masa ni]
doc jr : bila last period sebelum sekarang ni?
saya : 21 ogos...
doc sr : normal la tu, kalau lebih 4 bulan baru tak normal. [`kau ni biar betul doc` - dalam hati je. haha adoi, doc ni lelaki tak faham perempuan kot... ke memang betul kata doc tu saya tak tahu la... ??]
doc jr + doc sr dok bincang-bincang... saya tau, doc jr tu harapan saya! daripada kata-kata dia macam nak yakinkan doc sr tu... yela, doc jr tu perempuan.. tentu dapat memahami hati perempuan... huhuhuhu (ecehh, pandai-pandai je saya. hehe) kemudian jururawat di situ menyampuk.
nurse : doc, kalau nak buat blood test dulu boleh. dia baru cd 4 kan.. blood test boleh buat dari cd 2 to cd 5. [oh, akak nurse ni juga harapan saya!]
huhu.... bersambung.. perlu keluar sebentar...

Subscribe to:
Comments (Atom)