Followers

Tuesday, 22 November 2011

Rawatan Kesuburan 1

Alhamdulillah. sudah sebulan dari tarikh dapat referral letter (entri di sini), akhirnya hari ini saya bersama suami melangkah kaki jua ke hospital kerajaan sebagai usaha yang serius untuk melakukan rawatan kesuburan di tempat yang betul. walaupun saya tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, saya mengharapkan ini sebagai satu permulaan yang baik dan semoga Allah permudahkan. semoga hati saya tidak dibolak-balikkan.

ok, pagi-pagi lagi dah bersiap. sampai saja di hospital lebih kurang jam 9 pagi, terus ke bahagian pesakit luar untuk mendaftar. di kuanter, saya berikan referral letter yang saya dapat tu dan adik manis di kuanter itu meminta kad pengenalan dan GL saya. selesai mendaftar, saya diarahkan untuk ke Bilik 10, angka giliran 13. sementara menunggu, sempat saya melihat nama doktor yang bertugas di pintu bilik itu. alhamdulillah, perempuan. tidak lama saya menunggu, tidak sampai 15 minit. bilik-bilik doktor di sini banyak. cepat la sikit untuk dipanggil :)

masuk di dalam bilik itu, macam biasa, perkara-perkara basic doktor tanya. beliau kemudian meminta saya untuk membuat upt, memandangkan sudah 3 bulan saya tidak period (saya tidak menceritakan tentang spotting yang keluar pada 18 nov tempoh hari). saya ke A2, iaitu tempat ujian air kencing/darah. kebetulan saya memang nak terkencing pun. hehe bila sampai di A2 tu, saya beri form yang doktor bagi pada petugas di situ. saya diberikan botol dan macam biasalah apa yang perlu dibuat. lebih kurang 15 minit nama dipanggil menandakan result sudah diperoleh. result bertukar tangan, dengan sekali pandang saya melihat pada kertas tersebut. oh, dibulatkan pada perkataan `negatif`. jadi, tahu la maksudnya kan........ saya pun dah agak... hehehehe

masuk semula ke bilik doktor tadi di Bilik 10. saya hulurkan result tersebut. bla2.... doktor pun kata `saya refer kes puan ni ke gynecology`. wuhuuu itulah yang saya nak. *dalam hati je jawab. hehe* doktor pun isi la referral form dan sementara tu, nurse/pembantu doktor tu call ke bahagian O&G, mungkin nak dapatkan tarikh temujanji untuk saya (saya fikir). call tak dapat2. dan untuk memberikan laluan kepada pesakit di luar yang ramai lagi menunggu, saya pun keluar la sebentar. hampir 10 minit menunggu, nurse tersebut memanggil dan menyerahkan referral letter tersebut. dia sempat berpesan `jangan lupa bawa ye, nanti mereka tak layan`. saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya. mahal harganya referral letter ni ye.. saya akan simpan baik2. insyaAllah... tarikh temu janji di O&G adalah 21 Disember 2011 akan datang. ada sebulan lagi..

bagaikan mimpi saya telah selesaikan perkara di atas. sepanjang melakukan proses-proses di atas, tidak putus-putus saya berdoa agar dipermudahkan. dan saya risaukan tarikh temu janji jika dapat tarikh yang saya tidak free..(saya ada google tentang rawatan kesuburan di hospital ni. dan rawatan kesuburan hanya dijalankan pada setiap hari rabu sahaja) sesunguhnya Allah Maha Mendengar. tarikh tersebut dalam perancangan saya, memang saya free! :) lebih kurang sejam saja saya di hospital tersebut. alhamdulillah, tidak mengambil masa yang lama. untuk temu janji seterusnya tidak pasti lagi. Ya Allah, hanya pada-Mu ku bersandar, permudahkanlah.. amin.. ;)

2 comments:

AniE said...

Raudhah...

same la kite...
saya punya appmnt awal cket dr awak..
5 disember...

Insyaallah, semoga Usaha kita berjalan lancar...

Raudhah said...

insyaAllah..amin..
berdebar menghitung hari:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...