Followers

Monday, 26 December 2011

UPT ; Double Line yang Pertama


terkedu, kaget dan rasa seperti tidak percaya bila upt yang saya uji menunjukkan dua line. ada 3 upt. upt yang di atas sekali tu very faint / sangat samar. dalam gambar tak nampak, tapi dalam keadaan sebenar ada garis di T tu.  rasa nak peluk upt ni. tak berkedip mata saya memandang..... tapi.. upt ni bukanlah saya uji semalam, hari ini, mahupun sebentar tadi.......... tapi... akhir jun/awal julai 2010... dah lama nak kongsikan kisah ni, juga sebagai catatan saya di hari mendatang. malam ini baru terdorong untuk membelek semula upt tersebut...

kisahnya, saya kahwin disember 2009. pada awalnya, saya tidak kisah sangat pasal baby. terasa nak berdua-dua dulu dengan hubby.. tapi, pada hari ulang tahun saya pada penghujung bulan april 2010, terdetik di hati kecil untuk mempunyai baby... membuak-buak perasaan ketika itu nak mempunyai zuriat sendiri.... dan sejak hari ulang tahun saya  itu, tiada lagi perasaan `takut` sekiranya saya `termengandung`. sebelum itu, memang saya berjaga-jagalah... [huhu, tak patut betul pemikiran / tindakan saya waktu ini.....] 

kemudian period saya pada bulan mei 2010 adalah 5hb..
period jun 2010 adalah 4 jun....
bulan jun tu memang saya rasa nak sangat baby, hari-hari dok fikir.... jangkaan period saya untuk bulan julai adalah 5 julai. tapi punyalah tak sabar perasaan saya nak cek upt. saya cek masa tu 30 jun a.k.a 5 hari lagi sepatutnya due period saya... bagaikan tidak percaya, naik dua line! walaupun samar-samar (lihat gambar : upt tu yang di atas sekali) tak tentu arah perasaan waktu tu.. call kakak, dia nasihatkan agar uji sekali lagi 2 atau 3 hari lagi. masa tu pun rasa macam tak sedap badan, perut rasa banyak angin dan tegang.. kemudian, seperti yang kakak nasihatkan, 2 julai saya test lagi... masih keluar dua line. kali ni nampak semakin jelas (lihat gambar : upt yang di tengah tu).

kemudian, saya ajak hubby ke klinik pada 3 julai walaupun tarikh jangkaan period yang sebenar 5 julai.. waktu tu rasa teruja sangat. takde la fikir nak tunggu 2 minggu lewat period ke atau apa... sebab dah naik dua line, mesti la pregnant kan [adush, pemikiran saya waktu itu]. upt yang di bawah sekali dalam gambar tu adalah upt di klinik.... doktor siap buatkan buku cek up ibu mengandung lagi untuk saya. due date dah siap tulis dah - 13 mac 2011. memandangkan sebenarnya saya masih belum lewat period, doktor menasihatkan supaya banyakkan bersabar sekiranya saya tiba-tiba period nanti. anggap sekiranya tidak menjadi, ada hikmahnya. Allah nak beri yang lebih baik nanti.. sebab doktor kata, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. saya angguk faham walaupun harapan saya menggunung tinggi!

dan.... sesungguhnya.... bukanlah rezeki saya.... 5 julai, seperti tarikh jangkaan - saya period... waktu itu lebih kurang jam 8.30 pagi sewaktu hubby baru pulang dari kerja, saya masih lagi baring-baring di katil - hubby tegur `sayang, darah...` rasa nak luruh jantung waktu tu. terus saya dakap hubby dengan seeratnya sambil air mata mengalir laju di pipi.... [huhu, rasa sebak pula nak menaip...] hubby pujuk, lega sikit..  rasa bersalah pada diri, sebab semalam tu (4 julai) habis satu rumah saya mengemas. angkat itu ini, menyapu, mengemop... lasak!

ok... mulai detik tu, makin rajin lah saya google berkenaan pregnancy. dan melalui pembacaan, saya  mengalami CHEMICAL PREGNANCY... banyak sangat informasi berkenaan chemical pregnancy ni bila kita google.. ni sedikit info secara umum: 

A chemical pregnancy is the clinical term used for a very early miscarriage. In many cases, the positive pregnancy test was achieved before the woman’s period was due but a miscarrige occured before a heartbeat was able to be seen on an ultrasound.

huhu.... sedih... lemah rasanya nak teruskan menaip... 
insyaAllah.. sampai masanya yang TEPAT, pasti Allah berikan jua zuriat buat kami...


nota: saya mula buat blog mac 2011... mac 2011 - bulan di mana saya akan bersalin sekiranya pregnant hari tu menjadi... dan... salah satu sebab blog ini wujud, saya nak luahkan apa yang terpendam di hati, dan mungkin boleh berkongsi cerita dengan orang lain.. next entri saya nak cerita pasal bidan yang pernah  mengatakan saya telah pregnant 3 bulan.. insyaAllah..


kisah klasik untuk masa depan....


8 comments:

LoVEaQshA said...

Dear yang terjadi tue pasti ada hikmahnya..setiap yang berlaku pasti ada keajaiban yang akn kta perolehi,insyallah.

Teruskan usaha,tapi yang penting jangan stress.bla stress bdan kta xbsdia,nti sgla usaha akn sia2..

Yang penting berdoa dan usaha selagi yang mampu.xsbr nk dgr cite awk psl bidan ada kta awk da peknen sb sy nk thu citer tue..tk cre yer dear:-)

Raudhah said...

insyaAllah.. mengharapkan kekuatan sentiasa ada :)

Siti said...

Raudhah, dengan kata2 TTCian, mudah2an ianya memberi kita semangat untuk terus berusaha :-)

Raudhah said...

insyaAllah! ;)

Umaira + Umar said...

Salam kenal dari Umaira,

Umaira dah jadi folower blog kamu....
Semoga matlamat kita yg satu ni akan dimakbulkan Allah...InsyaAllah~

Umaira + Umar said...

Saya baca pOn sedih...Saya dapat rasa mcm mane perasaan awk ketika itu~..

Mummy Wanna Be said...

saya juga pernah mengalami macam awak. before period naik 2 line agak terang sampai due period cik P pun datang. lom rezeki lagi..insya'allah moga ALLAH permudahkan usaha kita semua amin

izhams said...

As Salaam, kisah yg hampir sama terjadi... masih menunggu dan bersabar dengan setiap dugaan Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...