Followers

Saturday, 7 October 2017

Alhamdulillah

assalamualaikum.
segala puji-pujian hanya bagi Allah.
alhamdulillah.

lama menyepi... rindu sungguh pada blog.

last post berkenaan pregnancy yang masuk 18w..
alhamdulillah, saya selamat melahirkan little caliph.
8 bulan lebih dah umurnya sekarang :)

ku panjatkan syukur yang tak terhingga..
nikmat yang ditunggu..
Allah beri jua amanah ini.

seperti tajuk blog ini...

`menanti saat Allah perkenankan doa kami untuk bergelar ummi dan ayah...`

Allahu....
Allah sudah perkenankan <3

soon........ kawan2 ttc jua akan merasa nikmat ini.
insyaAllah! yakin!

cepat atau lambat... Allah dah tentukan..
Dia akan beri pada masa yang sangat tepat <3


:)


Monday, 5 September 2016

Pejam Celik

assalamualaikum.

baru ada mood sikit nak jenguk blog..
sekarang nak buat apa pun `berchenta`..

berkenaan pregnancy..
alhamdulillah, hari ni dah 18 minggu..
di trimester ke-2.. subhanallah

doa tak putus2.. moga semuanya selamat....

<3

Friday, 10 June 2016

LPPKN 10: 15 DPO, Nikmat Tuhan yang Mana Hendak Kamu Dustakan?

assalamualaikum.

15 dpo = 29 mei. pada hari itu juga merupakan hari terakhir saya makan duphaston (selama 16 hari). badan letih.. asyik nak tidur je walaupun tak buat kerja berat pun..

petang tu abah minta saya belikan ubat di farmasi. masa nak bayar ubat sempat lagi grab satu upt.

ikutkan malas nak cek.. tapi memikirkan esoknya nak ke penang, saya cek juga maghrib tu dengan penuh tiada perasaan. kot2 lah positif boleh berjaga2.. dah la penang musim durian... uhuu dalam fikiran simptom ni semua nak period je dan sebab makan duphaston..

titiskan urin.... dan... tak terlintas di fikiran... line T naik perlahan2... Allahuakbar... sebak sangat...


 15 dpo.. line samar..


selang satu hari saya cek lagi...

 
hasil upt sehingga 21 dpo.. line makin pekat


tak terungkap rasanya.. bersyukur di atas segala nikmat dan peluang yang Allah berikan ini..


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [Ar-Rahman 55:13]


walaupun pada awalnya Allah duga iui cancel... dan saya tak letak harapan tinggi. tapi kekuasaan dan perancangan Allah itu lagi hebat! tak terjangkau dek fikiran saya... Allah dah aturkan yang terbaik dan Dia Maha Mengetahui..

kandungan ini masih terlalu baru... masih terlalu awal juga untuk kami (saya dan suami) terlalu gembira.. kami mengharapkan kandungan ini kuat dan selamat sampai melahirkan serta cukup bulan..

sejak pindah duduk dengan mak abah.. makin murah rezeki kami suami isteri.. dan.. hikmah 7 tahun tanpa zuriat juga dapat kami lihat.. terlalu banyak hikmah. Allah tidak membebani kami tanpa kemampuan kami sendiri.. Allahuakbar.

buat kawan2 ttc... semoga rezeki berpihak pada kawan2 juga, soon!... 
dengan berkat bulan ramadhan ini..
doakan saya juga..

#7yearsttc
#sesungguhnya perjalanan ini bukan mudah, sungguh!
#mula treatment di lppkan 29feb, upt positif 29mei <3




Thursday, 9 June 2016

LPPKN 9: 2WW

assalamualaikum.

14 mei (sabtu) iaitu sehari selepas suntik pregnyl 5000iu, saya perasan ada egg white pada hari itu. lagi pun jangkaan doc telur akan pecah pukul 10 malam (selepas 36 jam suntik pregnyl). pada 14 mei juga saya mula makan duphaston.

maka bermulalah sesi 2ww.. 1 dpo = 15mei.

  • 1-5 dpo: sore n*, bloating
  • 6-11 dpo: bermula 6 dpo dapat simptom baru - perut mencucuk2@senak@senggugut dan sore b*. sore n* dan bloating tetap ada. peliknya saya rasa perut mencucuk2 tu.. masa tengah drive, solat, duduk atau berjalan - bila tiba2 sakit tu datang rasa nak nangis.. bila nak tidur pun tak selesa.. 10 dpo ada cek upt.. tapi negatif.
  • 12 dpo: saja nak tengok apa simptom yang selalu orang ada, saya buka web countdown to pregnancy...


kesemua 10 simptom ni saya ada! cycle2 yang sebelum ni kadang2 ada separuh je simptom tu..huhu

  • 13 dpo: disebabkan kononnya semua simptom 12 dpo tu saya ada, saya pun cek upt.. hasilnya.. negatif.. baiklah
  • 14 dpo: simptom masih sama.. cuma tahap letih tu makin menjadi2.. asyik nak tidur je.... nak cek upt malas... ermmm

sambung..



Wednesday, 8 June 2016

LPPKN 8: TVS CD12, IUI?

assalamualaikum.

13mei (jumaat) = cd12..
tvs kali kedua. result:

  1. ovari kiri - masih kecil2
  2. ovari kanan - tetap ada satu saja yang besar. saiz 16.7 x 21.5.. wahhh.. alhamdulillah.. tak sangka kamu membesar dengan cepat walau selang satu hari. sempat saya tengok di skrin masa doc dah ke meja dia
  3. ketebalan dinding rahim - 8mm 

disebabkan rezeki saya hanya ada satu saja telur yang besar, maka iui dibatalkan... sebab tak cukup syarat.. lppkn nak 2-5biji telur.. kalau kat tempat lain mungkin 1 biji saja sudah mencukupi..

seterusnya saya tak jangka kena cucuk pregnyl 5000iu untuk pecahkan telur pada masa itu juga.. hehee sebab doc kata telur tu dah cukup besar. 

bagus juga kena cucuk kat situ.. nurse yang tolong cucukkan.. masa tu pukul 10 pagi.

doc bagi tarikh untuk bd..

saya dibekalkan dengan duphaston. makan 2 kali satu hari (1 biji pagi, 1 biji malam) dari 14-29 mei (16 hari). makan pada waktu yang sama ye..

doc bagi tarikh datang ke lppkn pada 6 jun (isnin) untuk cek upt seandainya tak period... kalau period sambung treatment lepas raya. lppkn tak buat treatment masa bulan puasa..

maka... bermulalah 2ww..
dalam fikiran... ada harapankah?
saiz telur lonjong.. tak bulat cantik?
kalau ikut gred, apalah agaknya grednya ye?.. (pengaruh baca blog dr adilah :P)

astaghfirullah.. jangan menerawang sangat fikiran tu.. positif2..

usaha.. doa.. tawakal..

#2ww.......







Tuesday, 7 June 2016

LPPKN 7: TVS CD10

assalamualaikum.

setelah berclomid 100mg dan bergonal f 75iu, tvs kali pertama dilakukan pada 11 mei (cd10) untuk lihat perkembangan telur. hati berdebar Allah saja yang tahu..

sebelum tvs, saya kena buat pap smear (ujian untuk selepas period). jadi 2 kali kena buat pap smear.. sebelum dan selepas period.

lepas tu baru tvs.. kena kosongkan pundi kencing. result:


  1. ovari kiri - telur kecil2. tiada telur yang besar :(
  2. ovari kanan - ada satu je besar.. saiz 13 x 16
  3. ketebalan dinding rahim - 6mm

doc decided tak tambah ubat pun.. doc nak tengok telur tu boleh membesar sendiri lagi tak... Allahu.. agak kecewa doc tak tambah ubat..

next tvs on 13mei = cd12..

selesai urusan.. dalam kereta.. saya speechless. sedih... husband yakinkan saya.

saya rasa rendah diri.. telur satu je besar.. Allahu.. Allah nak kami suami isteri sabar lagi <3

tipu la kalau tak nangis kan.. terharu bila husband kata 'kalau satu hari nanti Allah bukakan pintu hati sayang suruh B kahwin lain, B takkan kahwin lain~~..'

huhuu next.....



Sunday, 5 June 2016

LPPKN 6: Pengalaman Cucuk Gonal F 75iu

assalamualaikum.

doc bekalkan saya gonal f 75iu..
3 bekas.. bermakna 3 kali la cucuk.huhu
cucuk selang sehari ikut tarikh yang doc tetapkan.
masa cucuk kena pada waktu yang sama ye.
saya cucuk gonal f pukul 8.50 malam.. (walaupun nurse tulis 9 malam) clomid makan pukul 9 malam. kalau dua2 buat serentak susah pulak.heheh

masa kat lppkn hari tu, ada sembang dengan sorang kakak ni.. dia nak buat ivf.. dia bagi saya semangat boleh handle sendiri jarum2 tu.. saya ni takut jarum. walaupun nurse dah ajar cara handle gonal f tu tapi macam tak confident je.. tq kakak atas semangat.

saya fikir..cucuk sendiri lagi bagus. sebab:

  1. balik kerja dah penat.. biasa kul 7.15 malam baru sampai rumah.. malas nak keluar.
  2. masa. ubat kena cucuk pada masa yang sama. kalau kat klinik takut 'lari'.
  3. jimat. hehee kalau kat klinik dalam rm20-30 kot sekali cucuk..

pertama kali nak cucuk saya sediakan ubat tu 30 minit awal. sebab tak biasa lagi kan. sambil buat sambil buka youtube. nebes mak.. dah la tok laki tiada, kerja malam.. saya minta mak temankan. takut pengsan pulak.hahaa



ni la rupa gonal f 75iu..


maaf la ye gambar terbalik. jarum besar untuk pindahkan ubat. jarum kecil untuk cucuk kat perut.

kali pertama alhamdulillah berjaya buat sendiri..hihii rasa bangga dapat buat sendiri tanpa bantuan husband.hihii

kali kedua husband ada..tapi saya handle sendiri semua.. kali ketiga pun alhamdulillah berjaya.

tips:

  1. sediakan gonal f dalam 20-30 minit awal.
  2. cucuk jarum kat perut 90 darjah.
  3. jangan terus cabut bila dah habis suntik. kira dalam 10 saat baru cabut jarum.
  4. biarkan gonal f dalam suhu bilik sebentar. kalau sejuk lagi terasa sakit @ pedih masa cucuk.

lain2 tips kawan2 boleh gugel ye..saya pun budak baru belajar :)

#maaf kalau ada salah kat mana2..









Saturday, 4 June 2016

LPPKN 5: Maka Bermulalah CD1..

assalamualaikum.

setelah makan duphaston selama 7 hari (22 apr - 28 apr), period datang selepas 4 hari dari last makan ubat tu.. cd1 = 2 mei..

disebabkan 2 mei (isnin) cuti hari pekerja, saya call lppkn pada 3 mei. so nurse suruh datang esoknya, 4 mei (cd3).

lupa nak cerita pada entri yang lepas. doc tawarkan saya untuk masuk kajian pcos.. kalau masuk kajian ni ada beberapa step tambahan yang kita kena buat berbanding kalau kita terus buat iui. kami setuju masuk kajian ni.. pertama boleh sumbang sesuatu untuk penyakit ni.. kedua tak perlu bayar kos iui, kecuali kalau kena ambil ubat tambahan. hihii


ok, apa yang saya buat pada 4 mei (under kajian pcos):

  1. ambil sample urin
  2. ambil darah untuk cek glucose (bacaan sebelum makan/minum air gula-puasa sejak 10 malam), kolestrol dan kromosom
  3. naik tingkat 7 untuk minum air gula. selalu dengar orang pregnant tak lalu la apa la..saya pun nerves jugak. tips yang saya baca: minum semasa masih suam dan minum laju2. hehh dan berjaya ikut tips tu hehee
  4. lepas 2 jam ambil darah semula (untuk bacaan selepas minum air gula). pehh asyik kena cucuk je :(
  5. dapat ubat. yeayy! clomid dan gonal f.. cara makan nurse tulis siap2:



maka bermulalah kisah menelan clomid 100mg dan menyuntik gonal f 75iu..hohoo

tvs on 11 mei (cd10) untuk tengok telur @ folikel ;)



Tuesday, 31 May 2016

LPPKN 4: Jumpa Doktor

assalamualaikum.

22april, jumaat.

kali pertama jumpa doktor.. saya under dr komathy..debar..

masuk bilik doc, dia minta utk tvs..
lepas tvs saya dan suami mendengar semua keputusan dan cadangan utk next treatment.

keputusan suami:
sperm normal
ujian darah semua ok

keputusan saya:
tiub/rahim ok (doc refer result hsg)
ujian darah sah saya pcos..
hasil tvs lg mengesahkannya..sebab telur kecik2 comey :P

so doc kata no big problem..

dia bg 2 cadangan:

1. makan ubat subur then bersama
2. iui

kami pilih pilihan kedua...

disebabkan period ting tong..doc bg duphaston untuk induce period.

tp...syarat iui di lppkn nak 2-5 telur sahaja....tettttt

so..bermula la mkn ubat nak induce period tu... satu hari 2 biji (1 pagi 1 malam) selama 7 hari. makan kena waktu yg sama ye..

sukaa sangat dengan servis lppkn...kawan2 yg nak buat treatment tu cuba la ke lppkn ye :)

#update: lupa nak cerita.. masa appointment ni saya ada buat pap smear - sebelum period (under kajian pcos). pap smear perlu dibuat 2 kali.. sebelum dan selepas period.





Thursday, 14 April 2016

Bad Evap or Faint Line?

Assalamualaikum.


last period 28 feb 2016.
macam biasa..tangan ni gatal nak celup2..


meh layan upt saya..

05.04.2016
nampak tak?


08.04.2016
yang ni?


11.04.2016
makin jelas?
hehee


emmm..nampak macam makin jelas kan?
nampak macam good progession kan?
hahaa

tapi..bila pakai upt jenama lain clearly -ve.
huahuaaa

ntah la.... dah guna 2 upt jenama lain memang -ve...

so.. saya anggap bad evap je la..
sampai hari ni tak period lagi.....

k... jangan fikir sangat...
#sedapkan hati sendiri =P


 brand upt yang saya guna di atas tu....
teruk sangat evap nya =P





Sunday, 10 April 2016

LPPKN 3: Blood Test CD 23

Assalamualaikum.

21 Mac 2016 - Isnin

blood test done pada 21 mac bersamaan CD23.. kenapa tak CD 21?
CD 21 jatuh pada 19 mac (sabtu)... LPPKN tutup..
*blood test untuk progesterone boleh diambil pada CD 21-23 saja..

next appointment lagi 2 minggu..akan jumpa doc..insyaAllah.

pesanan nurse untuk next app:
-bawa hsg x-ray
-datang dengan suami
-mungkin akan buat pap smear

kos blood test.. RM25

#tak sabar untuk next step..........

Sunday, 13 March 2016

LPPKN 2: HSG, ouuchh!

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah.. akhirnya selesai juga hsg.. mana taknya.. takut nak hadap lg.. trauma hsg pertama tahun 2012 dulu. macam mana pula pengalaman kali ni?? hehee


8 Mac 2016, selasa

appointment jam 930 pagi di KPJ Selangor @ Shah Alam.
masa ni CD 10..
daftar... 15 minit kemudian nombor dipanggil.

ok...kita shortcut la ye...
*prosedur hsg yang detail boleh gugel @ rujuk entri lama ;)

masa doc masukkan tiub sgt sakit!
sampai saya cakap sakit....senak! huuu
doc kata sabar...dah separuh jalan ni.

masa dye masuk senak sikit je..
x sesakit masa masukkan tiub.

*masa hsg pertama... skala sangat sakit!
hsg kedua.... sakit! :P yang bestnya doc perempuan.. kurang la segan sikit..

dah selasai tu... tunggu di luar untuk ambil report.
berdebar sangat masa ni.


result....

 normal. alhamdulillah :)
*umur kurang tepat.. 32 tahun dah..


mine :)


dye keluar dari hujung tiub :)


 puas hati sangat buat hsg kali ni..
-doc perempuan
-kurang sakit dari yang dulu
-result terus dapat pada hari tersebut... jadi kurang la debaran..hehee kita belek la byk kali pun result tu...hehee
-dapat mc :))

next appointment di LPPKN adalah untuk ambil darah CD21-23 nanti..lagi seminggu lebih. masa appointment tu bawa sekali result hsg kita. then nurse akan bagi tarikh appointment untuk jumpa doc pula... insyaAllah :)

kos hsg :)





Sunday, 6 March 2016

LPPKN 1: Semangat Baru!

Assalamualaikum.

2016.. dah pun masuk bulan ketiga.. jom kita usaha ttc secara klinikal semula. jumpa doktor ;)

throwback..
2012.. usaha di Hospital Pulau Pinang.. boleh cek entri2 lama..
2013 - 2015.. semangat tak luntur... macam2 usaha secara natural.. rezeki mac 2014.. upt double line yang kedua (entri lepas - tak habis lagi cerita)..


Awal Jan 2016

saya call LPPKN KL untuk 1st appointment. dapat tarikh 29 feb. tu je yang paling awal boleh dapat... haa.. ni atas desakan adik saya. memang pun ada niat nak buat treatment di LPPKN ni.. tp bertangguh sebab tiba-tiba 2015 terpaksa pjj.. saya di penang, suami di selangor. alhamdulillah 2016 dapat kembali bersama husband.. merasa la pengalaman pjj selama setahun.. huuu

*adik saya buat iui di LPPKN KL feb 2015.. tapi tak berjaya. lepas 3 cycle pregnant DIY.. alhamdulilah :)

masa call kena interview sikit - dah berapa lama kawen, pernah pregnant @ tak. diberi juga pesanan:

- datang bersama suami isteri
- digalakkan suami isteri untuk ambil cuti pada hari tersebut. sebab kemungkinan proses agak lama
- bawa kad / sijil nikah
- tidak boleh bersama 3-5 hari sebelum tarikh appointment sebab nak buat sperm analysis @ SFA
- sediakan duit dalam RM200 untuk kos pada hari tersebut


29 Feb 2016 - Isnin

appointment pukul 8 pagi. tingkat 6.
daftar.
suami naik tingkat 7 untuk SFA.
saya dinterview oleh nurse - sorang2..
tunggu result SFA.
suami pula diinterview oleh nurse - sorang2..
tak lama tu result SFA keluar.
saya dan suami dipanggil berjumpa dengan nurse.
alhamdulillah result normal. *ni pengalaman suami buat SFA kali ketiga. ketiga2 result normal.
rezeki saya.. masa ni saya CD 2.. cun sangat la sebab kena ambil darah antara CD2 - CD5.

*sebenarnya saya ambil ubat induce period. heheeeee sebelum tu last period 14.12.2015.. cik p buat hal...padahal sepanjang 2015 period saya sgt cantik. cycle 30 - 40 hari. 2016 mula nak buat hal pulak :( saya beli sunolut di farmasi. makan 3 biji sehari selama 3 hari. hari ke-4 stop makan sunolut period keluar.. sengaja makan sunolut sebab nak period kalau boleh masa 1st appointment tu.. alhamdulillah rezeki.

jadi saya dah jimat masa, tenaga, cuti untuk ambil darah CD 2 - 5 ni...
masa ni suami pun kena ambil darah..
untuk cek penyakit kelamin, jenis darah dan hormon.

nurse juga bagi refferal letter untuk buat hsg.
huuu seriau. ni merupakan kali kedua saya akan buat hsg.
again.. rujuk entri lepas untuk hsg pertama saya ;)
result hsg pertama tak valid dah... sebab dah lebih 2 tahun.

pilihan saya nak nak buat hsg ni di kpj shah alam.
sebab doc perempuan :)
tak mauuuuu dah doc lelaki.
cukup la pengalaman dulu!

tik tok... lagi beberapa hari untuk hsg kedua..
semoga dipermudahkan..
kita call sendiri kpj shah alam tu..
pilihan di tangan kita nak buat di mana.
LPPKN cadangkan di Pusat Pakar Tawakal atau Daya X-ray..
tak silap saya doc di sana lelaki..
so..saya tak nak.

appointment CD21 - 23 di LPPKN juga dah dapat..

doa yang baik2... moga yang datang juga yang baik2... amin;)


kos 1st appointment.

;)



Wednesday, 8 July 2015

Bila Masa Itu Tiba

Bismillah..
Assalamualaikum.

Allahuakbar..
Lamanya tak menulis di sini.
Ketar pula nak menaip.
Sepi tapi ada.

Dalam tempoh tak menulis ni banyak sangat cerita berlaku..

Salah satu....kisah tahun lepas...


Janji Allah itu pasti..
Bila sampai masa yang sesuai Dia akan beri..
Ya..ni kisah kali kedua upt positif..

Saya tak sangka...sangat tak sangka.
Betul la kan, bila kita buat tak tau time tu la rezeki tu datang :)

Tapi... bila Allah nak tarik bila2 masa dia boleh tarik kan..
Ada dugaan buat kami...

Nanti sambung lg...

#kisah klasik untuk masa depan

Wednesday, 10 July 2013

Syukur dari Sudut Saintifik



Ya Allah, besarnya nikmat bersyukur...
Allah akan menambah nikmat bila kita bersyukur..
kadang2 hati ini mempersoalkan itu ini.
astaghfirullah..
jauhi kami daripada kufur nikmat..



Wednesday, 13 March 2013

WW: Pasti


[Sedang kehidupan akhirat adalah yang lebih baik dan lebih kekal]
Al-A`laa Ayat: 17







Saturday, 9 March 2013

Mood~






mood sekarang nombor 11!
grrr banyak kerja..


# lamanya tak update perihal ttc.. senyap bukan bermakna tak buat apa2.. macam2 cerita nak kongsi di sini.. pasal bbt, homeopathy, upt, egg white dan lain2.. bila dah bertangguh, bercinta la nak menaip... huhu







Wednesday, 5 December 2012

Sepatutnya Hari Ini..

gulp!


sepatutnya hari ni... saya ada appointment di GH! tapi... saya tak pergi.. huhu memang rasa serba salah, tapi perasaan tak nak pergi tu lagi menebal. hehe sebab saya tak nak pergi:


  1. saya tak makan pil yasmin seperti yang disuruh! kalau saya makan, dah habis 3 cycle kan... hehe saya `takut` la dengan pil2 ni... takut gemuk dan ubat tu bertahan untuk sementara je betulkan period kita..
  2. nak cuba naturally. sebenarnya, sejak lepas ramadhan, saya cuba naturally dengan tambahkan lagi amalan petua2 natural ni... 8 okt lepas period saya keluar sendiri.. tapi sampai sekarang tak period lagi. mungkin kena konsisten minum susu kambing+kurma! dah lama tak minum dah, sejak raya haji. huhu

sepanjang tempoh cubaan secara naturally ni, saya amalkan (ada yang on off):


  1. buah delima fresh. hampir setiap hari makan. pasar malam setiap jumaat je jumpa.
  2. madu. culas sejak raya haji.
  3. susu kambing + kurma. pun culas sejak raya haji.
  4. multivitamin. dah hampir dua botol. stok botol ke-2 dah nak habis.
  5. homeopathy hassan.
  6. tak minum ais/manis/berkabonat/caffein. ais kadang2 kantoi, tapi tak kerap. caffein - paling kuat teh tarik nak hilangkan gian. hehe nescafe?? sejak lepas ramadhan tak minum! macam tak percaya pula. hehe bila makan nasi pun order air suam je.. tak pun bawa air sendiri ke kantin :) sekurang2nya dah dapat cut gula di situ kan... hehe
  7. elakkan makanan berlemak/berkanji.
  8. BBT. yang ni baru je mula 29 nov..   


saya target nak cuba naturally sehingga hujung tahun ni... harap ada la rezeki.. amin.. sekiranya masih belum, mungkin nak cuba klinik swasta... lagipun, treatment di GH tu saya dah agak puas hati, sebab benda2 yang `besar` saya dah buat... terutamanya HSG, tiada cyst/fibrod, rahim ok, hormon/tiroid ok... hubby pun normal. alhamdulillah...


cuma period ni je kan... tak teratur. saya agak, kalau saya pergi appointment tu hari ni, mungkin doktor suruh saya makan lagi ubat untuk betulkan period... nak buat iui macam payah je....


emmm.... saat saya menulis, ini perasaan saya pada waktu ini, apa yang saya fikir (tentang usaha sekarang). di kemudian nanti tidak tahu la... harap ada rezeki buat kita semua.. amin!



Thursday, 29 November 2012

CD 53 ; BBT?

BBT?


seronok tak rasanya nak buat BBT? kalau cycle pendek dan tetap mungkin seronok kan... sekejap je dah keluar garis merah tanda ada ovulasi. orang yang cycle panjang macam saya?? kesabaran perlu dilipat gandakan la kot ek.. hehe saya tiada pengalaman, tapi dah lama teringin nak cuba. tapi terbantut sebab cycle panjang... macam tak boleh nak sabar je.. heheheeeee


tapi,
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
;P berperibahasa pula....


emm.. saya nak buat BBT ni, sebab nak pantau cycle ada ovulasi tak. yela, kadang2 rasa macam ada tanda ovulasi/pregnant.. tapi bila cek opk/upt negatif je.. lepas tu, mula la rasa agak down... mujur la kekuatan cepat datang.. saya pun tak suka layan perasaan sedih2... tak suka! tapi itu la yang syaitan suka... huhuhu


jadi bila kita buat BBT, insyaAllah kita akan tahu bila kita ovulasi dan boleh la mula counting DPO dengan tepat... tak macam saya, main agak2 je DPO.......... kemudiannya cek upt negatif. mesti sebenarnya tiada ovulasi tu, sebab main agak je... period pun tak teratur kan.. huhu entah la, itu yang bermain di fikiran, baru nak cuba... tak tahu la kalau apa yang saya fikir pasal BBT ni salah... hehehe


semalam, keluar jalan2 singgah guardian.. beli termometer cap guardian je, RM 16.90.. saya beli yang satu titik perpulahan... yang bagusnya untuk BBT ada dua titik perpuluhan kot..


harap kamu dapat berkawan baik dengan saya ya!


hari ni sebenarnya dah CD 53, last period 8 oct...
saya mula ambil suhu..
tapi bila saya key in dalam FF hari ni (29 nov) jadi CD 1 pula....
memang pun patutnya kalau kita nak BBT kena mula dari CD 1 kan...
takpe la, belasah je la kalau FF ni nak anggap hari ni CD 1... hehe


sebelum tidur malam tadi, saya saja2 ambil suhu (12.30 am) - 36.4
set jam pukul 6 am untuk ambil suhu - 36.2
lepas subuh tidur balik sekejap, bangun pukul 9.00 am, suhu - 36.3


nampak menarik suhu saya tu sebab takde la lari banyak mana sebelum/selepas tidur..
ok, jom kita cari garis merah!




# hari ni genap 2 minggu makan homeopathy... dah botol 3 :)




Sunday, 18 November 2012

Homeopathy Hasan

dah lama sangat nak cuba rawatan hemeopathy ni. sampaikan ada kenal dengan seorang hamba Allah ni masa awal tahun 2011 di facebook Hospital Bersalin, dia suruh saya cuba hemeopathy hasan di bangi.. dia berjaya pregnant tak silap kurang tiga bulan lepas treatment kot... padahal.......... kampung saya tersangat la dekat dengan pkns bangi ni.. sebelah ajer... haa, saya bertemu jodoh saya pun di sini... hehe ;D


rasanya, hemeopathy hasan ni memang terkenal dengan penduduk sekitarnya. kliniknya terletak di dalam kompleks pkns bangi di tingkat atas sekali, berdepan esklator. baru-baru ni kami suami isteri balik kampung saya.. teringat tentang homeopathy ni.. 14 nov (rabu) kami main terjah je datang. masa tu dah pukul 6.30 petang.. rupanya klinik ni tutup pukul 6.00 petang. kalau dulu tutup 9.00 malam..


hubby memang kenal dengan Dr Hasan dan anak-anaknya (staf terdiri daripada anak-anknya juga). syukur la diaorang bagi masuk walaupun dah tutup. haa nasib la diaorang ingat lagi hubby walau lama juga tak jumpa. hehe tapi Dr Hasan tidak ada, yang ada Dr Salman. hubby kata tak silap Dr Salman ni adik Dr Hasan.


masuk bilik Dr... dia tanya apa masalah kita. err tak tau nak jawab apa sebenarnya sebab tak sakit. hihi dan2 Dr tanya tu handphone hubby bunyi, dia keluar la sekejap.. alamak, tinggal saya berdua dengan Dr tu. saya cakap `kami dah 3 tahun kahwin tapi takde zuriat lagi`. fuhh, panas rasa muka. hehe tak lama tu hubby masuk balik.


pastu bla2... Dr suruh letak tangan atas meja. Dr akan tengok masalah kesihatan kita melalui tapak tangan. semasa tangan kita di `scan` Dr akan tengok kertas yang ada senarai apa tak pasti.. Dr kata rahim saya 90% tak sihat.... atau bahasa sedihnya 90% kurang subur. diulang 90%! sedihnyaaa..... lain-lain saya ada masalah penghadaman, tak silap 80%.


hubby pula, kesuburan ok! cuma ada masalah penghadaman tak ingat berapa peratus. 60% kot... gitu la yang Dr bagitau.....


ni ubat yang saya dapat.


 
ubat ni makan kena ikut urutan. dah habis botol 1 baru boleh makan botol 2 dan seterusnya..

  • BOTOL 1 : makan 1 biji setiap 1 jam. saya makan 6 biji je sehari... maknanya 6 jam je.. jenuh juga setiap jam nak makan. tapi ubat ni makan waktu siang je. elakkan makan ubat ni sejurus selepas makan. pastikan makan ubat ni setengah jam sebelum makan / setengah jam selepas makan...
  • BOTOL 2 : makan 1 biji setiap 3 jam
  • BOTOL 3 : makan 2 biji 3 kali sehari
  • UBAT HAID : makan 2 biji 3 kali sehari. hanya dimakan pada waktu period. sekiranya kita period, botol 1-3 tu stop makan dulu. habis period baru sambung makan botol 1-3
(maksud makan di atas adalah kemam/hisap. tak boleh terus telan ye..)


ni pula ubat hubby..



cara makan ubat hubby ni sama je macam botol 1-3 di atas.. total RM 46.. ok la, berdua dengan hubby. kira murah la tu..


makan ubat ni ada pantangnya...



semoga dengan izin Allah, DIA permudahkan usaha kami... insyaAllah ada kesempatan kami akan datang semula. harap-harap tak sempat datang dah `ada` la... huhu ni pun saya dah ada di utara, malam tadi sampai... syukur la sampai sebelum jambatan ditutup (sempena maraton), kalau tak naik feri la nampaknya.. esok sambung tugas mengawas SPM sampai 6 dis... lepastu pergi bercuti! tak sabar.. semua dah siap booking bulan september lagi :) harap tiada halangan...


kawan-kawan ttc yang tinggal area lembah klang mungkin boleh cuba hemeopathy hasan ni.. sebelum keluar bilik Dr... sempat lagi Dr kata `ramai yang datang nak zuriat... lepastu datang semula kata nak stop zuriat dulu...` saya tersenyum... moga Allah makbulkan! kita usaha... usaha... hingga DIA perkenankan!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...